Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 30 January 2015

4 peringkat didik anak ikut sunnah Rasullulah

Assalamualaikum...

Panas betual cuaca tengah hari ni...harapnya petang ni hujan la pulak...barulah balance kan? Cuaca sekarang ni dah tak menentu macam dulu...bila-bila saja boleh hujan atau panas melampau. Sebab tu kanak-kanak sekarang mudah kena demam, batuk atau selsema. Jadi kita sebagai ibubapa wajib berikan pemakanan dan penjagaan terbaik untuk mereka agar tidak mudah dijangkiti penyakit...orang kata 'badan kebal' gitu...

Berbalik kepada topik yang saya nak share hari ni...sebenarnya dah lama pernah baca tapi tak pernah betul-betul menghayati dan mengamalkannya. Benda yang baik elok kita kongsi dan jadikan amalan betul tak? Nak mendidik nak sebenarya taklah begitu susah asalkan kita sebagai ibu bapa tahu cara-caranya. Tapi yang paling senang kita cuba ikut cara Rasullulah mendidik anak mengikut perigkat umur anak itu sendiri...




Tahap pertama (0-6 tahun - mummayiz)
Pada masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang serta diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar bahawa ibu bapalah tempat rujukan yang terbaik bagi mereka dalam semua hal.

Tahap kedua (7-14 tahun)
Ketika ini ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan kasih sayang tetapi tegas dengan arahan dan disiplin. Mereka juga perlu diajar untuk bertanggungjawab dan berdikari. Di tahap ini anak-anak perlu diajar perkara-perkara yang wajib sebagai seorang Muslim seperti solat dan puasa.

Tahap ketiga (15-21 tahun)
Pada ketika ini, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak-anak kerana mereka akan merasa lebih selesa untuk meminta pendapat atau menceritakan masalah yang mereka hadapi. Kita juga boleh bertukar-tukar pendapat dan mendengar pandangan anak-anak serta menegur dengan baik jika mereka melakukan kesilapan.

Tahap keempat (21 tahun ke atas) 
Ibu bapa boleh memberi kebebasan bertindak kepada anak-anak asalkan ianya tidak melanggar syariat. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Anak adalah amanah Allah kepada kita. Mereka bukan hakmilik kita tetapi hanyalah pinjaman sementara dan dipertanggungjawabkan kepada kita.



Thursday 29 January 2015

Vivix bantu pesakit kanser

Assalamualaikum

Hari ni dapat berita sedih seorang rakan sekolah dulu disahkan mengidap brain cancer...hati lebih luluh sebab ni kali kedua beliau beliau diserang kanser. Sebelum ni brain cancer jugak tapi di bahagian lain dan sebelum ni alhamdullilah dia bebas kanser dengan menjalani rawatan di hospital. Tapi feedback yang dapat dari kawan-kawan yang pergi melawat beliau di rumahnya siang tadi, sekarang ni beliau susah nak bercakap, cepat letih dan tak berapa boleh nak recognise orang. Selain daripada itu suami beliau ada beritahu yang beliau dah tak nak menjalani rawatan di hospital sebaliknya cuba rawatan alternatif pulak. Allahuakbar! Besar sungguh dugaan kawanku ini. Semoga beliau tabah dah cepat sembuh...

Bila dapat tahu tentang penyakit yang boleh membawa maut ni, memang teringat testimoni-testimoni Vivix yang pernah saya baca. Memang teruja bila tahu orang yang mengidap kanser tahap 4 pun boleh sembuh dengan mengamalkan Vivix. Bagus sangat ke Vivix ni? Apa kandungan Vivix yang mampu membantu pesakit kanser? Bagaimana ia bertindak melawan sel kanser? 

Vivix juga digelar 'Tonik Ajaib' dihasilkan dari ekstrak botani 4 jenis tumbuhan iaitu Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Lobak Ungu dan Elderberi Eropah. Bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix sangat kaya dengan resveratrol yang mampu membantu melawan sel-sel kanser. 

Bagaimana resveratrol membantu pesakit kanser? Secara ringkasnya resveratrol ialah sejenis molekul yang mudah hadam dan berfungsi untuk membetulkan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan. Antara manfaat untuk pesakit kanser ialah :


  • Menghentikan penghasilan enzim penyebab kanser dan menggalakan fungsi enzim yang membuang sel kanser.
  • Meningkatkan keberkesanan rawatan dengan cytokine, iaitu bahan yang tiada toksin yang dijumpai dalam badan untuk membunuh sel kanser.
  • Mengganggu kitaran sel kanser seterusnya menyebabkan sel kanser tidak membiak.
  • Menghalang keradangan dan protein yang boleh menyebabkan pertumbuhan tumor dan salur darah yang menyumbang kepada sel kanser.
  • Mengawal selia hormon – contohnya estrogen yang menyebabkan tumor jika tidak seimbang.
  • Mengatasi masalah kerintangan terhadap kimoterapi.
  • Mengubah taburan reseptor yang menyebabkan kematian sel kanser.
Tak salah jika pesakit kanser mencuba Vivix Shaklee bagi menghalang sel kanser dari terus merebak atau menghilangkan sel kanser tapi kita harus ingat semuanya dengan izin Allah. Kita hanya perlu berusaha dan yang lainnya serahkan kepada Yang Maha Esa. 

Promosi Vivix hanya tinggal 2 hari saja lagi...selepas ni bila GST dah dilaksaakan...tak mungkin dapat Vivix pada harga yang sama...jangan lepaskan peluang keemasan ini.







Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Monday 26 January 2015

Resepi Maggi Sup Tulang

Assalamualaikum...

Dah dinner ke semua? Apa korang makan malam ni? Saya masak maggi sup tulang je malam ni. Sebenarnya saya dapat resipi ni dari mak mertua saya...dulu masa kami balik, dia selalu buat menu ni. Suami saya memang suka sup tulang jadi selain makan dengan nasi atau roti, kita boleh juga masak dengan maggi atau mi kuning. Saya suka sebab menu ni simple tapi sedap dan seimbang. 

Mula-mula kita kena la masak sup tulang dulu hingga dagingnya empuk. Ni saya rasa cara yang paling senang nak buat sup...

Bahan-bahan :

500g tulang lembu
300g daging lembu
Sebatang lobak merah
1 peket rempah sup tulang Adabi
Suku sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam
Air

Cara memasak:

1) Bersihkan tulang dan daging lembu.
2) Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk dan masukkan air. Masak sehingga daging agak lembut dengan api perlahan. (Kalau ada pressure cooker lagi cepat masak)
3) Masukkan rempah sup tulang, serbuk kunyit dan lobak merah.
4) Bila lobak dah lembut boleh masukkan garam.
5) Biar mendidih sekejap dan tutup api.








Bila sup tulang dah siap bolehlah mula masak magginya pulak. Selalunya saya masak bila dah dekat time makan sebab maggi kan cepat kembang kalau lama terendam dalam kuah.

Bahan-bahan:

5 batang sawi
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil cili kisar
Sedikit minyak masak
3 peket Maggi kari
Setengah peket perencah Maggi kari

*kalau nak letak sayuran lain macam kubis dan taugeh pun boleh.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar dan masak sebentar.
3) Masukkan sup daging, batang sawi dan maggi. Biar sebentar hingga maggi agak lembut. 
4) Masukkan perencah Maggi kari.
5) Tambahkan daun sawi dan tomato. Kacau sekejap dan boleh tutup api.
6) Tambah sup kalau kuah agak kering. Letakkan daging atas maggi. Siap!  

*Kalau nak rebus maggi berasingan pun boleh, lepas dah siap kuah boleh masukkan maggi ke dalamnya.





Mudah saja kan? Kalau beli tulang je saya mesti masak maggi ni. Sup tu mesti ada lebih dan boleh makan dengan roti atau nasi pulak esok. Jimat sangat.

Selamat mencuba!



Sunday 25 January 2015

Blogging for Millionaires 5.0

Assalamualaikum...

Alhamdullilah semalam saya berkesempatan menghadiri kelas Blogging for Millionaires yang diadakan di Sunway Pinnacle, Shaklee HQ. Kelas ni adalah kelas asas blogging yang di host oleh Master Aishah. Master Aishah  ni pun dah lama jadi blogger kalau tak silap since 2007 rasanya. Boleh terjah blog beliau http://undomesticated.blogspot.com/...memang banyak info yang menarik.

Kelas semalam adalah kelas yang kelima dikendalikan oleh Master Aishah. Pelbagai info dan tips untuk mula buat blog dan bagaimana nak teruskan momentum berblogging. Master Puteri juga berkongsi beberapa tips yang bagus dan Master Azlin pulak cerita bagaimana dia besarkan empayar Supermommies dari hanya berblogging. Yang penting katanya kita perlu 'have fun to blog' barulah tak rasa yang menulis di blog tu membebankan. 

Senior Supervisor Suhaimi pun ada share bagaimana kita nak naikkan blog kita di first page Google dan bagaimana memilih perkataan penting yang disukai oleh SEO (Search Engine Optimization). Masa 3 jam setengah tak terasa pun berlalu malah rasa tak cukup...memang banyak benda yang diterokai bila dah ada blog ni. Semoga lepas ni saya berpeluang belajar lebih banyak dan jadikan blog ini lebih baik dan menarik...insya-allah.



Siri yang kelima

Master Aishah sebagai host

Tips dari Master Puteri

Master Azlin bermula dari blog MommaMia

Owner blog JomSupplement

All of us...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 23 January 2015

7 zikir pembuka rezeki

Assalamualaikum...

Saya suka sangat nak kongsi zikir pembuka rezeki yang saya terbaca di facebook petang tadi. Sebelum ni ada sekali terbaca tapi tak sempat nak share kat sini. Zikirnya pendek-pendek saja dan mudah untuk diingati dan diamalkan.

1. La hawla Wala Quwwata Illa Billah

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucap kalimah di atas (HR At-Tabrani)

2. La Illaha Illahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa yang membaca ayat di atas setiap hari, bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan tenteramkan rasa takut dalam kubur (HR Abu Nu'aim & Ad Dailami)

3. Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap kalimah itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah sehingga hari kiamat (HR Al-Mustaqfiri dalam Ad-Da'awat)

4. Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk ke dalam rumah, berkah bacaan dapat hilangkan kefakiran bagi penghuni rumah dan tetangga (HR At-Tabrani)

5. Surah Al-Waqiah

Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup (HR Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

6. Selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Al-Khatab dari Nabi S.A.W bersabda : Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkat sepuluh darjat.

7. Istigfar

Barangsiapa yang selalu beristigfar, Allah akan mengeluarkan seseorang dari kesusahan dan memberi rezeki dari arah yang tidak diduga-duga (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah).

Semoga bermanfaat...


Thursday 22 January 2015

Herbal blend krim serbaguna

Assalamualaikum...

Hari ni nak berkongsi satu produk Shaklee iaitu magic cream. Haaa sebelum ni dah pernah cerita pasal 'Tonik Ajaib' tapi hari ni 'Krim Ajaib ' pulak. Tak lain dan tak bukan Herbal Blend Shaklee yang sentiasa 'hot' dan menjadi kesukaan ramai. Bayangkan kadang-kadang 2-3 bulan stok takde tapi bila Shaklee annouced je dah ada balik tak sampai setengah hari stok dah habis. Ada yang borong 100 tiub...mana la tak habis cepat. Maknanya ramai la customer yang ternanti-nanti Herbal Blend ni kalau out of stock.

Bagi saya, Herbal Blend ni patut ada di setiap rumah sebab ia mempunyai pelbagai kegunaan. Lagipun harganya murah sangat rm27.50 je satu tiub. Herbal Blend diperkayakan dengan ekstrak semula jadi seperti Rosemary, Chamomilla, minyak jagung, dan Salvia. Selain itu krim ini bebas paraben tau dan satu tiub mengalami 4oz ataupun 113gram. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak...bila pakai tu rasa sejukkkk je...

Antara kebaikan Herbal Blend adalah seperti berikut:

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga

Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Aak-anak saya kalau kena gigit nyamuk atau apa sekali pun mesti cepat-cepat suruh sapu krim ni sebab diorang dah tahu lepas sapu sekejap je dah baik. Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je radang kat kulit tu hilang. Taklah asyik menggaru je kan.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Ramai yang bimbang masalah tumit pecah ni terutamanya wanita. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Cuma sapu pada bahagian tumit setiap malam sebelum tidur. Insya-allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.

3. Ubat luka atau melecur

Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Lepas ni terkena pisau ke cepat-cepat sapu Herbal Blend.

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka di bahagian puting. Memang sakitkan nak teruskan penyusuan kalau dah terluka ni. Jangan risau, Herbal blend ni sangat natural, tidak mengandungi bahan kimia dan tentunya selamat untuk bayi.

5. Menghilangkan parut

Kalau ada parut akibat chicken pox, campak atau parut lain, cuba sapukan Herbal Blend. Insya-allah parut akan cepat pudar.

6. Ruam pada bayi

Bayi memang selalu kena ruam lampin atau ruam susu sebab kulit mereka terlalu sensitif. Selalunya kalau jumpa doktor atau pergi farmasi mesti dapat Hydrocorte tapi tak elok la pakai selalu sebab ada steroid kan? To be safe gua Herbal Blend ni je senang dan sagat berkesan.

7. Kegatalan (alergik)

Ada yang elergik pada makanan terutamanya seafood. Lepas makan sotong atau udang je mulalah menggaru. Nak makan boleh tapi kena berpada-pada tapi kalau dah datang gatal-gatal tu sapu je Herbal Blend ok.

8. Losyen harian

Herbal Blend sesuai dijadikan krim harian terutama yang seharia duduk dalam aircond...kulit mesti kering kan? Jadi rajin-rajinlah sapu krim ni agar kulit sentiasa lembut. Herbal Blend tidak berminyak sebalikya nyaman dan selesa.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Wednesday 21 January 2015

Bonus dibayar setiap bulan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Dah tengah-tengah minggu ni jangan ada yang lemau pulak. Bila dah hari Rabu tak lama lagilah nak weekend kan? Jadi kita patut happy sebab lagi dua hari boleh rehat dan bersama dengan anak-anak dan ahli keluarga. Bagi saya hari minggu adalah hari untuk beri 'reward' pada anak-anak. Lima hari diorang dah penat belajar jadi hari minggu saya selalu bawa diorang keluar dan belanja makan. 'Reward' tu tak semestinya sesuatu yang mahal...setakat apa yang kita mampu dan anak-anak happy. Kadang-kadang tu bawa diorang shopping grocerries kat Tesco, si kakak minta coklat Kit Kat...jadi beli la yang satu pek ada 6 ketul tu jadi diorang boleh share sesama. Si adik pula nak beli bola kecil dalam mesin tu yang berharga RM1...jadi apa salahnya belikan...priceless ok tengok muka diorang happy bila dapat apa yang berkenan di hati. Tapi bukan semua permintaan anak-anak kami ikutkan...kalau taknak bagi kami akan beritahu sebab kenapa tak boleh beli atau kenapa tak boleh pergi ke sesuatu tempat yang diorang nak pergi. Insya-allah kalau kita explain betul-betul dan pastikan diorang faham...diorang boleh terima. Diorang pun pelik tengok setengah budak berguling menangis atas lantai kedai bila tak dapat barang yang diorang nak. 

Berbalik pada topik saya harini...bonus apa yang dapat tiap-tiap bulan? Kerajaan pun bagi bonus setahun sekali je...sama la jugak dengan syarikat swasta. Yang sedihnya ada juga company yang tak bagi bonus langsung. Rezeki masing-masing la kan. Tak dapat dinafikan lagi, Shaklee memang bayar bonus setiap bulan dan yang paling best tu bonus bukannya awal atau hujung bulan tapi di tengah-tengah bulan. Haaaa...di kala duit gaji orang lain dah hampir kering, kami dapat bonus paling lambat pun 15hb tapi selalunya awal sehari atau dua hari. Best ke best???

Mereka yang bekerja dan pada masa yang sama buat bisnes Shaklee memang masyuk. Hujung bulan dapat gaji dari company tempat kerja...tengah bulan masuk pulak bonus Shaklee...tak ke nikmat namanya tu? Rugilah sangat siapa yang tak ambil peduli. Dah la sekarang ni harga barang semakin mahal...tak tau lah bila GST dilaksanakan tak berapa lama lagi ni macam mana pulak. Walaupun harga minyak dah turun, harga barang tak turun-turun pun...jadi nak tak nak kita yang kena bersedia hadapi keadaan ekonomi negara...tak boleh nak harapkan kerajaan atau sesiapa nak tolong. Peluang-peluang bisnes yang bermodal rendah macam inilah yang kita perlu rebut kalau kita betul-betul nak tingkatkan ekonomi keluarga. Kalau yang kena keluar modal ribu-ribu tu lagilah tak mampukan?

Susah ke nak buat Shaklee? Tak susah pun...konsep dia USE-SHARE-BUILD. Mula-mula kita cuba dulu produk yang kita nak atau yang berkaitan dengan masalah kita. Contohnya kita selalu sakit belakang dan lutut. Jadi boleh cuba set sendi Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, Omega Guard dan AJHT. Bila dah rasa kebaikan dan kesannya bolehlah mula share dengan kawan-kawan, sedara-mara dan jiran tetangga. Shaklee Effect tu penting! Bila ada yang mempunyai masalah yang sama, diorang akan datang cari anda sebab selalunya manusia akan lebih percaya kepada orang yang diorang rapat atau kenal. Dari situ kita dah boleh bina jaringan pelanggan yang semakin lama semakin besar. BUILD ni pulak maknanya kumpulan kita sendiri...dari menjadi pelanggan nanti mesti ada yang nak jadi ahli dan buat juga bisnes sama-sama dengan kita. Macam ni saja yang perlu anda buat. Senangkan? Jumlah bonus setiap bulan anda yang tentukan dengan usaha sendiri...tak lupa juga semuanya rezeki dari Allah...kita cubalah yang terbaik dulu!

Sesiapa yang nak tambah pendapatan bulanan di samping gaji tetap tu bolehlah berjinak-jinak dengan Shaklee ni. Saya suka sebab produknya sendiri...selamat, berkesan, mesra alam dan berpatutan. Tak lupa juga sistem yang adil dan benefit yang ditawarkan iaitu 3C (cash, car & convention). Apa lagi yang anda boleh dapat? Tentulah financial freedom dan time freedom. MASA...inilah yang ramai orang paling nak especially wanita yang dah ada anak. Kalau boleh nak anak 24/7 depan mata kan? Bukanlah saya kata buat 3 bulan dan dapat semua ni....tapi kalau tak mula sekarang sampai bila pun tak akan dapat apa yang anda nak.

Okeh dah panjang kot membebel...nak tahu lebih lanjut whatsapp je lah ye.

Join us @ Tripple F Millionaire Club...see ya!





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Tuesday 20 January 2015

Kenapa protein penting untuk kulit yang cantik?

Assalamualaikum...

Ramai yang gunakan pelbagai jenis suplemen untuk mencantikkan kulit. Tapi tak semua orang mendapat kecantikan kulit yang mereka idamkan. Mengapa? Apa yang penting untuk diambil bagi mendapatkan kulit yang cantik? Protein merupakan makanan asas yang penting untuk kita dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah.

Protein penting untuk pembaik pulih tisu serta membina tisu yang baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangka hayatnya. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.

Kebanyakan sel darah putih diganti setiap 10 hari. Sel kulit pula diganti setiap 24 hari.
Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun. Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein? Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Fakta Penting Protein

Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.

Bagaimana protein mencantikkan kulit?

Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan. KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara protein yang penting di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan diet rendah protein sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Jadi pengambilan protein memang sangat penting dalam diet seharian kita. Bagi kecantikan kulit pula selain protein, vitamin A,C dan E juga penting untuk diamalkan.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 19 January 2015

B-complex atasi stress

Assalamualaikum...

Stress atau tekanan merupakan perkara yang dah jadi kebiasaan sekarang ni. Banyak sangat faktor yang boleh menjadikan seseorang itu stress lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Jika dibiarkan, stress dapat menimbulkan masalah kesihatan yang lebih kronik seperti migrain, penurunan berat badan, gangguan emosi dan serangan jantung. Kebanyakan kes yang kita dengar orang yang masih muda tiba-tiba meninggal dunia secara mengejut rata-rata disebabkan oleh stress. Jadi jangan pandang ringan jika anda megalami masalah tekanan yang teruk. Cuba cari jalan penyelesaian tak kira dengan berjumpa doktor, pakar kaunseling atau cari alternatif yang bersesuaian.



Dari segi suplemen, vitamin B sangat membantu mereka yang berhadapan dengan stress atau tekanan ni. Bagaimana pengambilan vitamin B yang mencukupi mampu membantu anda? Pertamanya, vitamin B terutamanya vitamin B12 membantu meningkatkan fungsi sistem saraf. Apabila saraf kita sihat, kita mampu mengendalikan tindak balas tekanan terhadap diri kita. Selain daripada itu, kita akan dapat lebih banyak tenaga dan menjadi lebih aktif dan cergas. Vitamin B meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan tekanan jika diambil secara teratur. Vitamin B juga membantu menangani hormon tekanan dengan lebih cekap.Vitamin B juga menyokong fungsi neurotransmitter dalam otak dan menghasilkan 'feel good' hormon. Jadi memang sangat penting untuk mereka yang selalu stress mengambil vitamin B.

Perbezaan B-Complex Shaklee:

Saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehan serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran ada bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan kesimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan, sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-complex setiap hari.


Manfaat utama B-Complex Shaklee :

* Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan, kelesuan dan stress.
* Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia.
* Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (spina bifida).
* Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
* Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah pembentukan katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
* Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
* Mencegah kerekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 16 January 2015

Cara-cara mendapat tidur yang berkualiti

Assalamualaikum...

Kenapa tidur yang cukup penting? Kenapa ramai orang yang tak mendapat tidur yang berkualiti? Bila tidur tak cukup pelbagai masalah akan timbul tak kira dari segi emosi atau kesihatan. Jika seseorag tidak mendapat tidur yang cukup untuk tempoh tertentu, ianya boleh membawa maut. Kenapa perlu tidur yang mencukupi? Sebab masa kita tidurlah otak dapat berehat, sel-sel yang rosak dapat diperbaharui dan hormon-hormon tertentu dapat dikeluarkan. Haaaa...penting tu dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Apakah cara-cara yang sesuai untuk kita amalkan agar kita mendapat tidur yang berkualiti?

  • Bangun awal pagi.
  • Elak dari bersenam ketika hampir waktu tidur.
  • Bersenam secara konsisten.
  • Sentiasa kekalkan waktu tidur yang teratur. 
  • Set masa tidur yang sesuai.
  • Bangun pada waktu yang sama setiap hari.
  • Elakkan atau kurangkan waktu kerja shif.
  • Tutup TV dan komputer sejam sebelum tidur.
  • Sediakan tempat tidur yang selesa dan tenang
  • Ritual yang menenangkan jika perlu.
  • Beri perhatian dengan apa yang dimakan terutama pada waktu malam.
  • Jauhi makan makanan yang berat pada waktu malam.
  • Jangan tidur ketika perut terlalu lapar.
  • Kurangkan minuman berkafein.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday 15 January 2015

Jenis makanan yang bantu anda tidur nyenyak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi dengan anda semua jenis makanan yang membantu mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur atau lebih dikenali sebagai insomnia. 

Insomnia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. Antara simptom-simptom insomnia ialah:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia) 


* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur
(fragmented sleep)


Jadi apakah jenis makanan yang dikatakan dapat membantu masalah sukar tidur ni? 

1. Salmon
Salmon mengandung unsaturated docosahexaenoic acid (DHA), yang kaya dengan omega-3. Asid lemak ini membantu menghasilkan melatonin dalam tubuh. Melatonin sangat berguna mengatur pergerakan fisiologi badan manusia termasuklah waktu tidur.



2. Sayur kekacang
Mengandungi vitamin B dan folic asid yang tinggi. Antaranya kacang panjang, kacang merah dan kacang hijau membantu tubuh mengatur waktu tidur dan penghasilan serotonin. Hormon serotonin sangat penting dalam pembentukan melatonin yang membantu seseorang mendapat kualiti tidur yang lebih baik.



3. Ceri
Buah kecil berwarna merah ini terkenal sebagai anti-radang dan sumber melatonin. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan melatonin dalam ceri cukup tinggi iaitu sekitar 13,5 ng per gram.



4. Kacang
Para penyelidik di University of San Antonio menunjukkan bahawa orang yang mengalami gangguan tidur boleh mencuba makan segenggam walnut sebelum tidur. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Russel J. Reiter, Ph.D. menunjukkan bahawa walnut merupakan sumber melatonin yang baik dan mudah diserap oleh tubuh. "Kadar melatonin dalam darah meningkat tiga kali ganda apabila anda mengambil walnut," jelas Dr. Russel.



5. Madu
Madu mengandungi kandungan gula asli yang membantu mengantar triptofan ke dalam otak dan diubah menjadi serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter yang memberi anda lebih rasa tenang. 


6. Pisang
Pisang dapat meningkatkan rasa mengantuk kerana ia mengandungi kandungan kalium, karbohidrat, dan magnesium. Selain daripada itu, pisang juga elok diambil sebelum tidur kerana ia membantu fungsi kognitif dan kesihatan jantung. 




7. Teh herba
Jika anda inginkan tidur yang lebih nyenyak, eloklah minum secawan teh herba sebelum tidur. Ia akan memberi rasa tenang yang lebih lama dan memudahkan anda untuk tidur.  



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 13 January 2015

Testimoni : Kurus dengan Vivix

Assalamualaikum

Ramai yang tak tahu produk Shaklee yang satu ni bukan saja bagus untuk mereka yang ada penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan stroke. Di samping terkenal sebagai tonik anti-penuaan yang hebat, Vivix juga membantu mengurangkan berat badan. Ramai yang dah mendapat berat badan ideal dengan hanya konsisten mengambil Vivix setiap hari. Jom tengok testimoni yang best ni...






Credit testi & pic dari Master Nana

Haaa...memang Vivix sesuai untuk mereka yang nak menurunkan berat badan dan nak kekalkan berat badan ideal. Tahu tak kenapa Vivix dikatakan mampu menurunkan berat badan? Pernah dengar Resveratrol? Vivix memang kaya dengan resveratrol. Resveratrol ni mampu menurunkan berat badan secara natural dengan 3 cara iaitu:


  1. Resveratrol membantu meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan seseorang berada pada kadar yang optimum, lebih banyak kalori yang akan dibakar dan ini membantu dalam pengurangan berat badan secara semulajadi.
  2. Resveratrol membantu memecahkan lemak. Lemak yang dipecahkan akan digunakan sebagai tenaga. Ini bukan sahaja mengurangkan berat badan malah menghapuskan lemak-lemak degil.
  3. Resveratrol berupaya menyekat hormon estrogen berlebihan yang dihasilkan oleh tubuh badan kita. Estrogen yang terlalu banyak menyebabkan badan menyimpan lebih banyak lemak. Apabila hormon ini stabil, badan tidak akan menyimpan lemak berlebihan malah mula membina otot yang diperlukan.

Jadi nampakkan bagaimana Vivix menjalankan tugas untuk mengurangkan berat badan anda? Sehari satu sudu je anda perlu ambil dan yang paling best bulan ni bulan promosi Vivix ok. Jangan lepaskan peluang...harga terbaik dari saya...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Monday 12 January 2015

Tips pembuka rezeki

Assalamualaikum

Alhamdulillah...dah selesai hantar anak first day masuk sekolah. Tadi ramai jugak ibu bapa yang tunggu anak masing-masing. Saya hantar depan sekolah je...dah darjah 5 kan. Lagi dua hari baru adik-adikya pula start tadika. 

Hari ni nak berkongsi satu tips pembuka rezeki. Memang dah tahu sebelum ni tapi jarang-jarang amalkan. Tapi mulai sekarang nak cuba istiqamah sebab bukanya susah pun nak buat. Memang banyak tips pembuka rezeki seperti membaca surah Al-Waqiah, zikir al-wahhab, solat tahajud dan sebagainya. Tapi tips yang satu ni sangat mudah dan simple iaitu sedekah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa setiap pagi tak kira mereka masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Senangkan? Jom kita amalkan setiap hari...





Saturday 10 January 2015

Surah pembuka rezeki

Assalamualaikum

Ramai yang mengeluh duit tak cukup, tak sampai hujung bulan gaji dah habis, kena ikat perut dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak kita cari cara mengatasinya? Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, kita boleh juga cari amalan-amalan rohani yang boleh membantu kita lebih tenang dan dipermudahkan rezeki. Konsep rezeki ni sendiri luas...bukan setakat harta benda dan wang ringgit saja. Rezeki meliputi kesihatan yang baik, anak yang soleh dan solehah, jiran dan kawan-kawan yang baik, bos yang bertimbang rasa dan pelbagai lagi. 

Hari ni saya ingin berkongsi tentang satu surah pembuka rezeki iaitu Surah Al-Waqiah. Sesiapa yang rasa rezekinya selalu sempit bolehlah mengamalkan surah ini kerana Surah Al-Waqiah menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Ditambah dengan usaha yang setimpal, insya-allah rezeki akan dalam pelbagai bentuk.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Kita cuba amalkan bacaan surah ini setiap hari tetapi kita janganlah hanya mengharapkan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan Allah. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan sedekah jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.

Selamat beramal...

Friday 9 January 2015

Starship Galactica

Assalamualaikum

Hari ni nak share pasal satu indoor play area di One Utama. Actually dah lama tahu tentang play area ni tapi semalam baru ada peluang nak bawa anak-anak. Semalam plan dengan adik nak bawa kids dengan cousin diorang pegi main dekat Starship Galactica. Kiranya last outing before the school kick start.

So dalam pukul 10.45 pagi baru gerak dari rumah...plannya nak start pukul 10 tapi lambat jugak jadinya. But it's ok...dengan harapan orang tak ramai even still school holiday. Sampai One Utama dalam pukul 11.20 pagi dan terus pergi ke tempat yang hendak dituju. Tengok rate situ RM20 untuk weekdays tapi if weekends, school holiday and public holiday RM25 per person per entry. Lepas dah buat payment, kids dapat tag sorang satu...parents boleh masuk dan kalau taknak naik atas boleh lepak kat kawasan bawah yang dah siap kerusi meja. Kalau nak accompany anak-anak kat atas pun boleh...bayaran hanya untuk kanak-kanak saja. Yang penting, sesiapa yang nak masuk dalam play area tu mesti pakai stokin. Bawaklah stokin dari rumah ye...

Apa yang saya suka kat play area ni ialah boleh bawa masuk makanan luar. Kids  masuk situ pukul 11.40 dan pukul 1.30 diorang dah start lapar. Sebelum tu memang dah 3-4 kali turun minum air...dahaga la tu sebab melompat sakan kat atas. Saya dan adik pergi Burger King (outlet paling dekat) untuk beli lunch. Lepas tu makan ramai-ramai dekat situ...air ice lemon tea & mango la yang paling laku...makanan pulak nugget & fries yang menjadi pilihan. Lepas tu diorang sambung main lagi kat atas, saya dan adik gilir-gilir pegi surau. Surau dan toilet pun dekat saja dengan play area tu. For info, kat atas play area ada juga toilet jadi budak-budak yang ada tag memang kena pegi toilet tu since diorang tak boleh keluar. Convenient la jugak. Pada pendapat saya, kanak-kanak berumur 4 hingga 10 tahun sesuai la main kat situ....kalau budak yang lagi besar mesti main kejap je dah boring sebab taklah banyak sangat benda yang boleh buat. Kami stay sampai pukul 4 petang...berbaloi la dengan duit yang dilaburkan hehehe...yang penting kids happy!














Wednesday 7 January 2015

Jus lemon dan kelebihannya

Assalamualaikum

Siapa yang suka minum air lemon? Kalau kat kedai makan suka juga order air lemon madu ais. Tapi suami suka suruh saya perah sebiji lemon dalam satu tumbler dan campur 3 sudu besar madu. Minum ulang-ulang sampai habis satu tumbler tu...memang bagus untuk detox secara semulajadi. Apa lagi kebaikan jus lemon yang belum kita ketahui...





1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum jus lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Jus lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum jus lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Jus lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Jus lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Jus lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.


Emmm...banyak kebaikan lemon untuk kesihatan kita. Bolehlah kita mula amalkan...tak mahal pun sehari RM1.60 je...






Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 6 January 2015

Kebaikan mengambil buah-buahan di waktu pagi

Assalamulaikum

Semalam saya ada terbaca post mentor saya tentang kepentingan mengambil buah-buahan di waktu pagi. Saya rasa nak share dengan anda semua dan kita boleh mula jadikannya sebagai amalan. Apa kebaikan kita mulakan hari dengan mengambil buah-buahan?

1) Dia antara pukul 7 hingga 11 pagi, badan dalam proses detoksifikasi jadi elok mengambil buah-buahan daripada makanan yang berat dan berlemak.

2) Perut yang kosong di waktu pagi elok dipenuhkan dengan buah-buahan dan dapat meningkatkan metabolisma badan.

3) Buah kaya dengan fiber jadi lebih mudah untuk kita membuang. Badan akan rasa lebih ringan, segar dan bertenaga.

4) Buah-buahan membekalkan tahap gula yang diperlukan oleh badan jadi anda tak perlu lagi bergantung kepada minuman manis seperti kopi, milo dan sebagainya.

5) Mereka yang mengambil buah-buahan di waktu pagi akan lebih sihat dan produktif sepanjang hari.

Antara buah-buahan yang elok diambil dalam kehidupan seharian kita adalah:

1) Buah kiwi - sumber potasium dan fiber

2) Manggis - boleh mematikan sel-sel kanser

3) Longan - penawar bisa ular

4) Betik - buah yang mengandungi enzim yang tinggi

5) Durian Belanda - ubat kanser terbaik. 10,000 kali lebih kuat dari kemoterapi

6) Delima - tinggi kandungan antioksidan

7) Avocado - elok untuk kesihatan jantung

8) Belimbing - tinggi kandungan vitamin C

9) Markisa - kaya dengan vitamin A, C, potasium dan fiber

10) Air kelapa - mengandugi kandungan eletrolit yang sama dalam tubuh badan manusia.






Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com