Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label pembuka rezeki. Show all posts
Showing posts with label pembuka rezeki. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Surah pembuka rezeki

Assalamualaikum

Ramai yang mengeluh duit tak cukup, tak sampai hujung bulan gaji dah habis, kena ikat perut dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak kita cari cara mengatasinya? Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, kita boleh juga cari amalan-amalan rohani yang boleh membantu kita lebih tenang dan dipermudahkan rezeki. Konsep rezeki ni sendiri luas...bukan setakat harta benda dan wang ringgit saja. Rezeki meliputi kesihatan yang baik, anak yang soleh dan solehah, jiran dan kawan-kawan yang baik, bos yang bertimbang rasa dan pelbagai lagi. 

Hari ni saya ingin berkongsi tentang satu surah pembuka rezeki iaitu Surah Al-Waqiah. Sesiapa yang rasa rezekinya selalu sempit bolehlah mengamalkan surah ini kerana Surah Al-Waqiah menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Ditambah dengan usaha yang setimpal, insya-allah rezeki akan dalam pelbagai bentuk.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Kita cuba amalkan bacaan surah ini setiap hari tetapi kita janganlah hanya mengharapkan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan Allah. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan sedekah jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.

Selamat beramal...

Tuesday, 9 September 2014

Amalan zikir harian

Assalamualaikum

Sebenarnya layu je mata petang-petang macam ni ditambah pulak hujan kat luar tu. Kalau nak tido pun dah lepas asar so kita update blog lah:)

Hari ni just nak share pasal amalan zikir. Terus-terang saya bagitau sebelum join Shaklee under group Jutawan Muslimah atau lebih spesifik group Supermommies under Master Azlin, saya tak pernah jadikan zikir ni sebagai amalan harian. Tapi bila dah join, of course saya diajar bagaimana selok-belok perniagaan Shaklee ni, apa yang leader-leader kami yang dah berjaya buat dulu dan yang bestnya kami diterapkan dengan amalan rohani jugak. Maknanya dalam bisnes memang kena usaha, kerja keras tapi paling penting dekatkan diri dengan Allah melalui zikir dan solat-solat sunat. Seperti yang kita sedia maklum, zikir juga pembuka pintu rezeki dan amalan zikir juga dapat menenangkan jiwa.

Jom kita amalkan!
Antara kebaikan berzikir ialah:

1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah di hari kiamat.
2. Zikir adalah ubat yang dapat melembutkan hati seseorang.
3. Zikir mendekatkan seseorang kepada ahirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia.
4. Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa.
5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredaan Allah.
6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya.
7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengata.
8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafiq.
9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan ganguan syaitan.
10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia.

Syukur sangat dipertemukan dengan kumpulan yang betul untuk memulakan bisnes Shaklee ni. Kami mempunyai support group yang sangat best dan setiap hari ada saja tips-tips dan motivational words yang menyuntik semangat untuk terus berjuang. Alhamdullilah!

Kepada anda yang masih mencari-cari peluang bisnes dengan modal yang kecil, anda dijemput join group saya. Insya-allah dengan hanya membayar yuran keahlian bernilai RM75 seumur hidup, anda boleh tentukan sejauh mana impian anda...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com