Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Bonus dibayar setiap bulan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Dah tengah-tengah minggu ni jangan ada yang lemau pulak. Bila dah hari Rabu tak lama lagilah nak weekend kan? Jadi kita patut happy sebab lagi dua hari boleh rehat dan bersama dengan anak-anak dan ahli keluarga. Bagi saya hari minggu adalah hari untuk beri 'reward' pada anak-anak. Lima hari diorang dah penat belajar jadi hari minggu saya selalu bawa diorang keluar dan belanja makan. 'Reward' tu tak semestinya sesuatu yang mahal...setakat apa yang kita mampu dan anak-anak happy. Kadang-kadang tu bawa diorang shopping grocerries kat Tesco, si kakak minta coklat Kit Kat...jadi beli la yang satu pek ada 6 ketul tu jadi diorang boleh share sesama. Si adik pula nak beli bola kecil dalam mesin tu yang berharga RM1...jadi apa salahnya belikan...priceless ok tengok muka diorang happy bila dapat apa yang berkenan di hati. Tapi bukan semua permintaan anak-anak kami ikutkan...kalau taknak bagi kami akan beritahu sebab kenapa tak boleh beli atau kenapa tak boleh pergi ke sesuatu tempat yang diorang nak pergi. Insya-allah kalau kita explain betul-betul dan pastikan diorang faham...diorang boleh terima. Diorang pun pelik tengok setengah budak berguling menangis atas lantai kedai bila tak dapat barang yang diorang nak. 

Berbalik pada topik saya harini...bonus apa yang dapat tiap-tiap bulan? Kerajaan pun bagi bonus setahun sekali je...sama la jugak dengan syarikat swasta. Yang sedihnya ada juga company yang tak bagi bonus langsung. Rezeki masing-masing la kan. Tak dapat dinafikan lagi, Shaklee memang bayar bonus setiap bulan dan yang paling best tu bonus bukannya awal atau hujung bulan tapi di tengah-tengah bulan. Haaaa...di kala duit gaji orang lain dah hampir kering, kami dapat bonus paling lambat pun 15hb tapi selalunya awal sehari atau dua hari. Best ke best???

Mereka yang bekerja dan pada masa yang sama buat bisnes Shaklee memang masyuk. Hujung bulan dapat gaji dari company tempat kerja...tengah bulan masuk pulak bonus Shaklee...tak ke nikmat namanya tu? Rugilah sangat siapa yang tak ambil peduli. Dah la sekarang ni harga barang semakin mahal...tak tau lah bila GST dilaksanakan tak berapa lama lagi ni macam mana pulak. Walaupun harga minyak dah turun, harga barang tak turun-turun pun...jadi nak tak nak kita yang kena bersedia hadapi keadaan ekonomi negara...tak boleh nak harapkan kerajaan atau sesiapa nak tolong. Peluang-peluang bisnes yang bermodal rendah macam inilah yang kita perlu rebut kalau kita betul-betul nak tingkatkan ekonomi keluarga. Kalau yang kena keluar modal ribu-ribu tu lagilah tak mampukan?

Susah ke nak buat Shaklee? Tak susah pun...konsep dia USE-SHARE-BUILD. Mula-mula kita cuba dulu produk yang kita nak atau yang berkaitan dengan masalah kita. Contohnya kita selalu sakit belakang dan lutut. Jadi boleh cuba set sendi Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, Omega Guard dan AJHT. Bila dah rasa kebaikan dan kesannya bolehlah mula share dengan kawan-kawan, sedara-mara dan jiran tetangga. Shaklee Effect tu penting! Bila ada yang mempunyai masalah yang sama, diorang akan datang cari anda sebab selalunya manusia akan lebih percaya kepada orang yang diorang rapat atau kenal. Dari situ kita dah boleh bina jaringan pelanggan yang semakin lama semakin besar. BUILD ni pulak maknanya kumpulan kita sendiri...dari menjadi pelanggan nanti mesti ada yang nak jadi ahli dan buat juga bisnes sama-sama dengan kita. Macam ni saja yang perlu anda buat. Senangkan? Jumlah bonus setiap bulan anda yang tentukan dengan usaha sendiri...tak lupa juga semuanya rezeki dari Allah...kita cubalah yang terbaik dulu!

Sesiapa yang nak tambah pendapatan bulanan di samping gaji tetap tu bolehlah berjinak-jinak dengan Shaklee ni. Saya suka sebab produknya sendiri...selamat, berkesan, mesra alam dan berpatutan. Tak lupa juga sistem yang adil dan benefit yang ditawarkan iaitu 3C (cash, car & convention). Apa lagi yang anda boleh dapat? Tentulah financial freedom dan time freedom. MASA...inilah yang ramai orang paling nak especially wanita yang dah ada anak. Kalau boleh nak anak 24/7 depan mata kan? Bukanlah saya kata buat 3 bulan dan dapat semua ni....tapi kalau tak mula sekarang sampai bila pun tak akan dapat apa yang anda nak.

Okeh dah panjang kot membebel...nak tahu lebih lanjut whatsapp je lah ye.

Join us @ Tripple F Millionaire Club...see ya!





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Wednesday, 26 November 2014

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan?

Assalamalaikum
Empat tahun yang lalu, saya lepaskan tugas saya di sebuah bank untuk menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Pada masa tu lagi sebulan saya nak bersalin anak bongsu. Niat saya hanyalah untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada mereka memandangkan jarak anak kedua dan ketiga begitu dekat. Lagi satu saya dan suami tidak dapat mencari nurseri yang kami suka dan pada harga yang berpatutan sebab nak kena hantar 3 orang sekaligus kan? Memang dua tahun pertama tu saya tak buat apa-apa selain menjaga mereka. Tapi setahun yang lalu apabila mereka dan semakin membesar, saya pun mula berfikir dan mencari apa yang saya nak buat untuk mengisi masa dan mencari sumber pendapatan sendiri. Ada juga dapat tawaran untuk bekerja semula di bank tapi saya tak kuat untuk lepaskan anak-anak kembali ke tangan orang lain. Lagipun semasa mereka membesar inilah mereka sangat memerlukan perhatian, kasih sayang dan didikan ibu bapa. Dengan pencapaian anak sulung setakat ini, saya bersyukur dan tak pernah rasa menyesal tinggalkan kerjaya saya dulu. Saya sentiasa dapat bersama dengannya dalam apa jua keadaan.

Sebelum bertemu jodoh dengan Shaklee, lapan bulan saya mencari di internet dan buat kajian untuk memilih online bisnes yang saya minat dan kena dengan jiwa saya. Apa yang paling penting saya nak bisnes yang tak perlu keluar setiap hari bertemu pelanggan. Saya cari dari satu blog ke satu blog yang lain. Akhirnya saya buat keputusan untuk join Shaklee sebab selain boleh menjana pendapatan dengan syarikat yang sudah lama bertapak dan stabil, kami sekeluarga dapat mengekalkan tahap kesihatan dengan suplemen yang selamat, halal dan berkesan. Saya menjadi pengguna dan pada masa yang sama mula menjana pendapatan dengan Shaklee. Orang kata dapat 2 kebaikan pada satu masa. Kebetulan jugak saya mencari suplemen yang sesuai untuk kami suami isteri sebab zaman sekarang ni memang banyak penyakit yang baru dan menakutkan. Sekurang-kurangnya imun sistem kami kuat dan kesihatan terjaga.

Masa nak mencari untuk mendaftar pun pening jugak sebab saya nak mentor (upline) saya area Shah Alam sebab kalau ada kelas atau diskusi senang saya nak pergi. Cari punya cari saya terbaca blog Miakiddles yang dimiliki oleh saudari Azlin Mohd Atan. Bila tengok dia tinggal di Shah Alam saya terus contact dia...masa tu tak tau pun yang dia dah capai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Saya bersyukur dipertemukan dengan group Jutawan di bawah PM Shareeza umumnya dan Group Success Supermommies khasnya di bawah Master Azlin. Bila dah join group ni saya banyak diberi panduan, didikan, motivasi dan galakan untuk saya terus majukan diri dalam bisnes ini. Saya sangat hargai ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Walaupun kebanyakan dari kami hanya berkenalan di alam maya, tapi kami dapat rasakan ikatan persaudaraan yang kuat.

Apa yang seronok ber'Shaklee'? Bagi saya selain mempunyai pendapatan sendiri, feedback positif yang diberikan oleh pelanggan saya adalah yang paling membahagiakan. Walaupun saya tak dapat bantu orang lain dengan wang ringgit tapi saya dapat bantu mereka memilih suplemen terbaik untuk mereka sekeluarga. Selain daripada itu, apa yang saya suka ialah kami sentiasa diingatkan agar memperbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir dan bersedekah. Dalam group ni kami bukan hanya mengejar 'sales' tapi perbanyakkan amalan-amalan yang baik untuk mendapat 'sales' tu. Alhamdullilah...saya rasa bisnes begini memang kena dengan jiwa saya dan apa yang saya cari selama ini.

Memandangkan ekonomi sekarang ni semakin mencabar dengan harga barang yang semakin meningkat dan keperluan yang makin banyak, rasanya semua orang perlu ada 'second income'. Dengan adanya pendapatan tambahan ni, kita boleh jadikan ianya sebagai simpanan untuk masa depan. Bagi sesiapa saja tak kira suri rumah, pelajar atau mereka yang bekerja tetapi masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, boleh join group saya dan anda akan dibimbing sehingga berjaya. Anda hanya perlu ada semangat untuk berjaya dan usaha yang bersungguh-sungguh. Bak kata pepatah 'rezeki tak datang bergolek' jadi kita sendiri yang kena cari jalan. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli dengan yuran berjumlah RM75, anda dah boleh menikmati kebaikan produk Shaklee dengan lebih murah dan dah boleh mulakan bisnes anda. Anda sendiri yang tentukan berapa bonus yang anda nak setiap bulan. Jom berubah!





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Sunday, 22 June 2014

Start Bright Series 8

Assalamualaikum

Semalam berkesempatan hadir Start Bright Series (SBS) yang ke 8. SBS adalah kelas yang dikendalikan oleh Puteri & Friends (PAF) yang diketuai oleh Master Puteri. Setiap bulan mereka akan organize SBS ni secara percuma kepada ahli kumpulan mereka. Walaupun saya bukan di bawah PAF tapi Master Puteri memberi peluang juga kepada kumpulan lain yang berminat.

Memang untung sangat dapat leader-leader yang bersemangat untuk memberi ilmu kepada anak-anak buah. Inilah keistimewaan yang kami dapat apabila mendaftar di bawah group Jutawan Muslimah. Semua leader memang akan berusaha untuk membantu ahli-ahli di bawah mereka.

Saya suka attend kelas-kelas yang macam ni sebab selain dapat ilmu, dapat kenal dengan ahli-ahli lain, dapat lucky draw produk-produk Shaklee yang best-best, ada makanan dan minuman free flow dan yang paling best kami tak perlu tinggal anak-anak di rumah kalau tiada penjaga. Bawa je sama-sama bagi dia belajar pasal Shaklee gak...hahahaha...

So SBS semalam diadakan di Ours Cafe, Bandar Sri Damansara. Semalam ahli yang ahdir lebih kurang 15 orang. Kelas semalam dikendalikan oleh Coordinator Fadlina dan Supervisor Bad. Untuk pengetahuan semua, setiap kelas SBS akan membincangkan tajuk yang berlainan dan dikendalikan oleh orang-orang yang berlainan juga. Sebelum ni saya pernah menyertai SBS ni tapi tak ingat bulan berapa. Masa tu Master Puteri sendiri yang kendalikan kelas tersebut di training room Shaklee, Empire Subang.

Jadi semalam kami ditanya apakah plan kami untuk masa 6 bulan akan datang. Apa target dan apa yang kami perlu buat. Selepas tu Fadlina cerita tentang Minda Usahawan. Bagaimana cara kita nak ada produk tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Bagaimana kita nak kendalikan duit bonus yang diperolehi supaya kita nampak hasil usaha kita selama ini. Bad pula menyentuh tentang medium yang kita boleh gunakan untuk kongsi kebaikan produk dengan mereka di luar seperti Facebook, Instagram, Wechat dan blog. Menurut beliau, perkongsian di blog lebih baik kerana ramai orang yang boleh baca sekiranya mereka mencari tajuk yang betul. Kalau guna Facebook pula hanya limited pada kawan-kawan yang ada dalam friend list dan kawan-kawan orang yang 'like' entry kita sahaja. Itupu sebenarnya hanya 20% daripada friend list kita yang dapat tengok apa yang kita tulis. Kalau kawan kat FB beribu-ribu ok la jugak kan...

Lepas dah habis topik-topik yang dibentangkan, apalagi sesi bergambar kenangan la. Thanks to Fadlina & Bad. Sebelum balik boleh tapau makanan lagi...dapat cupcake red velvet sorang satu...suke! Jadi kesimpulannya kalau kita nak menyertai mana-mana MLM, pastikan ianya sesuai dengan jiwa anda (pernah sertai bisnes lain tapi cara mereka tak kena dengan jiwaku..tsk..tsk). Kalau yang berminat mimilih Shaklee sebagai bisnes anda, pilihlah kumpulan yang dapat membimbing anda sehingga berjaya mencapai impian masing-masing. Jom sertai saya di bawah Success Supermmomies!

Sepervisor Bad
Coordinator Fadlina
Sebahagian dari mereka yang hadir

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 27 May 2014

Set resdung yang berkesan

Assalamualaikum

Dah beberapa hari tak update blog...memang banyak sangat benda yang nak buat dan weekend baru-baru ni memang pack sangat. Hari ni baru la boleh bernafas hehehe...

Anda tak tahu yang anda ada resdung? Senang saja kalau pagi-pagi mandi air sejuk lepas tu selalu bersin, itu adalah antara tanda anda ada resdung. Selain daripada tu kalau makan masakan yang ada belacan lepas tu gatal-gatal hidung...itupun tanda-tanda resdung jugak...antara tanda-tanda lain adalah:
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Gatal-gatal di kawasan mata, hidung, muka dan telinga
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Kebanyakan dari kita memandang remeh masalah resdung ni. Tapi kena ingat ye kalau dibiarkan berlarutan boleh membahayakan kesihatan dan membawa maut. Antara alternatif yang anda ada selain makan ubat adalah mengambil vitamin atau suplemen. Shaklee turut menawarkan kombinasi set yang boleh membantu masalah resdung. Jom kita tengok dulu jenis vitamin dan fungsi-fungsinya...


Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vita C Sustained Release
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jadi kepada mereka yang ada masalah resdung, jangan teragak-agak untuk mencuba set ni. Vitamin Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi dan berkesan jika diambil mengikut cara yang betul. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 30 April 2014

Mealshakes untuk anak anda

Assalamualaikum

Mealshakes??? Macam milk shake je bunyinya. Mesti sedapkan? Sebenarnya ramai ibu-ibu yang happy bila jumpa Mealshakes ni sebab ianya dapat membantu pelbagai masalah anak-anak. Kebanyakan anak-anak sekarang tinggal dengan pengasuh atau dihantar ke nurseri. Setiap hari mereka bercampur dengan ramai budak-budak lain dan dengan sebab itulah mereka lebih senang terkena jangkitan penyakit. Penyakit yang paling senang dan selalu kena ialah demam, batuk dan selsema. Dalam sebulan tu kadang-kadang 2-3 kali kena pergi klinik. Itu semua kos jugak kan?

Jadi apa yang bagus sangat Mealshakes ni yang menyebabkan ia mendapat sambutan hangat di kalangan ibu-ibu? Jom kita tengok apa kebaikannya...

Kebaikan Mealshakes untuk kanak-kanak:

  1. Kurangkan ekzema
  2. Untuk tumbesaran
  3. Untuk perkembangan minda
  4. Untuk tingkatkan selera makan anak
  5. Untuk anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak (bagi yang kurang makan)
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
  16. Yang paling BEST, Mealshakes membekalkan 19 vitamin & mineral untuk tumbesaran anak anda.

Jadi kaum ibu di luar sana tak perlulah risau sangat kalau anak anda terlalu memilih makanan (picky eater), makan dalam kuantiti yang sedikit, terlalu gemuk atau sering sakit...insya-allah Mealshakes dapat membantu. Lagi elok bagi makanan tambahan kepada anak-anak daripada selalu kena bagi ubat. Selain daripada itu, boleh kurangkan kos jumpa doktor di klinik. Anak sihat ibu happy...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 29 April 2014

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Assalamualaikum

Siapa suka ambil kolagen sebagai suplemen harian? Sekarang ni kalau kita tengok memang banyak sangat jenama kolagen di pasaran. Kekadang tu sampai tak tahu mana satu nak pilih. Hari ni saya nak kongsi tentang collagen powder yang ditawarkan oleh Shaklee. Sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan Shaklee Collagen Powder (SCP).


  • Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietatri RSS iaitu Red Snapper Scale Collagen, kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen yang bermolekul sangat ringan  kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu peningkatan kepada sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dalam tubuh badan kita dan sangat mudah untuk dihidangkan dengan campuran makanan ataupun minuman kegemaran.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk ektrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstak kerang-kerangan. Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari luar dan dalam.
Kebaikan bahan-bahan dalam SCP:

Kolagen ikan - Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal.
Ekstrak kulit kerangan - mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.
Ekstrak biji Camellia Japonica - Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
Ekstrak Pfaffia - Merawat rambut gugur, ketidak seimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
Vitamin C - Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2 & B6 - membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Kelebihan SCP:
  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan pertumbuhan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang, membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut
Kalau nak dibandingkan SCP dengan kolagen lain di pasaran, memang harganya agak mahal tapi bila anda dah cuba mesti tak nak tukar jenama lain dah. Kesan pengambilannya boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan bergantung kepada kulit masing-masing. Kesan maksimum boleh dilihat dalam masa 8 minggu. 

Ok, yang lagi best bila ada beli 3 kotak SCP sekaligus...terus dapat FREE lifetime membership. Wow! Dah la dapat kulit cantik, gebu, menawan...dah jadi member terus. Lepas ni boleh enjoy harga ahli yang jauh lebih murah dan jimat.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 24 April 2014

Kelebihan dan kebaikan Vivix

Assalamualaikum

Hari nak sambung tentang kelebihan dan kebaikan Vivix pula. Jom kita tengok mengapa ramai yang dah jatuh cinta dengan Vivix...

Kelebihan Vivix

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam badan telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh).


Vivix sebenarnya merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang hebat. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan amat digalakkan mecuba Vivix. Mereka yang ingin sentiasa sihat dan awet muda pun elok amalkan Vivix. Memang diakui harganya yang agak mahal tetapi kalau result yang kita dapat lebih dari harga sebotol Vivix, tak ke berbaloi namanya tu? Bak kata orang 'health is wealth'. Kalau duit banyak pun tapi badan tak sihat, tak seronok juga kan?

Kepada sesiapa yang ingni merasai khasiat kebaikan Vivix boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 21 April 2014

Vivix tonik kesihatan hebat

Assalamualaikum

Hari ni saya nak bercerita tentang satu produk premium dari Shaklee iaitu Vivix. Vivix merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan. Hanya dengan satu sudu teh sehari, Vivix mampu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani dan merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi.





Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Sekarang mari kita berkenalan dengan setiap bahan yang terkandung dalam Vivix.


Anggur Muscadine (Muscadine Grape)

  • Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polifenol dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Saiznya adalah sebesar sebiji bola golf.
  • Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.
  • Untuk mencipta profil polifenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet Ungu.
  • Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.


Elderberi Eropah (European Eldeberry)

  • Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
  • Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
  • Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit sendi atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan tetapi juga vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberi.
  • Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.
  • Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL.
  • Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
  • Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung.
  • Seterusnya manfaat penting dari elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Lobak Ungu (Purple Carrot)

  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi fitokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
  • Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.
  • Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi
  • Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren.
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.
  • Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Polygonum Cuspidatum

  • Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
  • Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.
  • Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol.
  • Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta mengurangkan berat badan.
  • Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita.
  • Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa.
  • Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi penemuan saintifik yang penting ini.
Memang banyak kan khasiat yang diperolehi daripada 4 jenis tumbuhan yang dirumuskan dalam menghasilkan Vivix? Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan hendak kelihatan muda dari usia sebenar bolehlah amalkan Vivix.

Nanti kita sambung lagi cerita tentang Vivix ni...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 17 April 2014

Mengapa perlu ambil suplemen dan vitamin?

  • Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  • Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  • Kopi, Teh Panas & Rempah. Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, vitamin B12, vitamin A, vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  • Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  • Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  • Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  • Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan vitamin B, C dan E.
  • Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  • Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  • Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  • Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
  • Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  • Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  • Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap vitamin B2, B5, B6 dan vitamin C.
  • Sindrom Pra haid. Penyelidikan Sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan vitamin B6.
  • Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  • Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  • Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap vitamin B6, vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  • Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 16 April 2014

Kempiskan perut dengan Herblax

Assalamualaikum...

Perut buncit? Memang menjadi masalah kebanyakan lelaki dan wanita tak kira bangsa. Selalu kita dapati perut senang menjadi buncit apabila berat badan bertambah, kurang aktiviti senaman dan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat.


Menurut satu kajian, kenaikan berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya 3 kilo di dalam usus besar tanpa disedari. Individu yang mempunyai usus bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya cenderung untuk makan lebih dari sepatutnya.


Dalam erti kata lain, mereka yang mengalami masalah seperti di atas perlu menjalankan proses detoks untuk membuang bahan-bahan buangan yang melekat pada dinding usus. Detoks juga penting untuk membuang sisa-sisa toksin berlebihan yang boleh membahayakan kesihatan.




Suplemen yang sesuai untuk proses detoks ialah Herb-Lax. Selain detoks, Herb-Lax juga dapat membantu mereka yang mengalami sembelit dan mereka yang mengalami masalah berat badan. Herb-Lax termasuk dalam Set Kurus Shaklee untuk mereka yang nak kurangkan berat badan secara selamat dan berkesan.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Herb-Lax:




Selepas badan dah detoks, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. 

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Ostematrix - Sumber kalsium terbaik!

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita kelebihan Ostematrix yang dah menjadi pilihan ramai. Memandangkan bulan April ni promosi beli 6 percuma 1, memang ramai yang ambil peluang beli dan buat stok. Satu botol memang untuk sebulan sahaja sebab satu hari perlu ambil 4 biji untuk memenuhi keperluan kalsium harian. 


Sebiji ostematrix mengandungi 250mg kalsium, orang dewasa berumur 19-50 tahun memerlukan 1000mg keperluan kalsium sehari. Jadi sehari mestilah wajib ambil 4 biji ostematrix kan? Mari kita lihat apa kelebihan ostematrix ni...


MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX :


Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan saraf. Ia juga merawat tulang reput dan menguatkan gusi.

Membantu masalah kekejangan dan kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat mengurangkan kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi.

Meringankan stress

Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih nyenyak, membantu depresi, mood yang tidak tetap dan sakit kepala.

Membantu masalah haid

Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit ketika haid.

Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral yang beralkali dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti semasa tua. kalsium juga membantu penyerapan nutrien dan merangsang detoxfikasi.



SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX?
1. Ibu hamil dan menyusukan anak
2. Mereka yang selalu mengalami sakit sendi, kejang dan kebas
3. Mereka yang tidak dapat tidur dengan nyenyak
4. Mereka yang sering sakit kepala
5. Mereka yang mengalami PMS yang teruk
6. Sesiapa yang sering sembelit
7. Golongan yang tidak mengambil susu atau produk tenusu lain.



Jom sama-sama tingkatkan pengambilan kalsium harian kita...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 7 April 2014

Apa ada dengan Shaklee?

Walaupun sudah ramai yang menjadi Distributor Shaklee, tapi kenapa dari hari ke hari masih ramai yang mendaftar?


  1. Ada yang mendaftar untuk menggunakan produk Shaklee untuk kegunaan sendiri & ahli keluarga. Mereka akan dapat membeli produk dengan harga ahli dan jimat 15-20%. Untuk pengetahuan semua, mulai bulan ini Shaklee telah mengeluarkan arahan bahawa harga ahli hanya untuk mereka yang berdaftar sahaja, bagi yang tidak berdaftar terpaksalah membeli dengan harga retail.
  2. Ada yang mendaftar untuk memulakan bisnes. Menambah pendapatan di samping kerja makan gaji atau sepenuhnya mendapat pendapatan dengan Shaklee.

Shaklee menawarkan peluang yang sama rata bagi setiap individu. Secara amnya, Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car Bonus dan Convention (percutian 6 bintang dalam/luar negara yang ditaja sepenuhnya). Selain daripada itu, Shaklee juga menawarkan beberapa incentive lain seperti 'power-up' cek, leadership bonus, coordinator incentive dan beberapa keistimewaan lagi.



Di dalam bisnes Shaklee, tiada istilah orang di atas goyang kaki dapat duit, siapa yang nak duit dia perlu berusaha ke arah matlamat sendiri. Dengan modal serendah RM75 (yuran keahlian seumur hidup), anda boleh tentukan sejauh mana kejayaan yang anda inginkan. Anda akan dibimbing melalui secret group FB, group whatsapp dan personal coaching. 

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kumpulan kami boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 5 April 2014

Mengapa Shaklee?

Mesti ramai yang tertanya-tanya dalam banyak-banyak bisnes online sekarang ni mengapa MLM Shaklee yang menjadi pilihan saya...

Sebenarnya 8 bulan saya meng'google' bisnes apa yang saya hendak jalankan secara online dan yang paling penting tak perlu keluar appointment sana-sini. Al-kisahnya, 3 tahun lepas saya berhenti kerja atas niat nak menjaga sendiri 3 orang anak yang masih kecil. Jadi apabila anak-anak dah semakin besar, saya mula berfikir apa yang saya nak buat untuk menambah pendapatan keluarga bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Selain daripada itu, saja juga inginkan 'kerjaya' sendiri dan mempunyai kelompok kawan-kawan untuk berkongsi idea dalam pelbagai perkara.

Alhamdullilah, dengan beberapa final option yang saya dapat, saya mula study tentang bisnes-bisnes tersebut dari pelbagai segi. Yang paling penting, produk/barang yang saya nak jual nanti selamat untuk kegunaan orang ramai dan mestilah yang statusnya confirm HALAL. Takut pula kalau tiba-tiba apa yang kita buat atau barang yang kita jual tu diragui status halalnya.

Akhirnya tanggal 24 Ogos 2013, saya secara sah menjadi Distributor Shaklee. Syarikat suplemen dan vitamin yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun menjadi pilihan saya. Saya juga bersyukur dipertemukan dengan group Jutawan Muslimah di bawah susur galur PM Cery dan Master Azlin. Dengan adanya mentor yang bagus, sistem dan ilmu yang betul sesuatu bisnes akan menjadi lebih mudah.

Semoga dengan permulaan blog ini saya dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang ingin sihat dan cantik dengan produk yang selamat, halal dan berkesan. Selain daripada itu, saya juga hendak membantu/menunjukkan jalan kepada mereka yang ingin menambah/menjana pendapatan dengan Shaklee.

TIME & FINANCIAL FREEDOM

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com