Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 30 January 2015

4 peringkat didik anak ikut sunnah Rasullulah

Assalamualaikum...

Panas betual cuaca tengah hari ni...harapnya petang ni hujan la pulak...barulah balance kan? Cuaca sekarang ni dah tak menentu macam dulu...bila-bila saja boleh hujan atau panas melampau. Sebab tu kanak-kanak sekarang mudah kena demam, batuk atau selsema. Jadi kita sebagai ibubapa wajib berikan pemakanan dan penjagaan terbaik untuk mereka agar tidak mudah dijangkiti penyakit...orang kata 'badan kebal' gitu...

Berbalik kepada topik yang saya nak share hari ni...sebenarnya dah lama pernah baca tapi tak pernah betul-betul menghayati dan mengamalkannya. Benda yang baik elok kita kongsi dan jadikan amalan betul tak? Nak mendidik nak sebenarya taklah begitu susah asalkan kita sebagai ibu bapa tahu cara-caranya. Tapi yang paling senang kita cuba ikut cara Rasullulah mendidik anak mengikut perigkat umur anak itu sendiri...




Tahap pertama (0-6 tahun - mummayiz)
Pada masa ini anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih sayang serta diajak bermain dan bergurau. Natijahnya agar anak sentiasa sedar bahawa ibu bapalah tempat rujukan yang terbaik bagi mereka dalam semua hal.

Tahap kedua (7-14 tahun)
Ketika ini ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan kasih sayang tetapi tegas dengan arahan dan disiplin. Mereka juga perlu diajar untuk bertanggungjawab dan berdikari. Di tahap ini anak-anak perlu diajar perkara-perkara yang wajib sebagai seorang Muslim seperti solat dan puasa.

Tahap ketiga (15-21 tahun)
Pada ketika ini, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak-anak kerana mereka akan merasa lebih selesa untuk meminta pendapat atau menceritakan masalah yang mereka hadapi. Kita juga boleh bertukar-tukar pendapat dan mendengar pandangan anak-anak serta menegur dengan baik jika mereka melakukan kesilapan.

Tahap keempat (21 tahun ke atas) 
Ibu bapa boleh memberi kebebasan bertindak kepada anak-anak asalkan ianya tidak melanggar syariat. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Anak adalah amanah Allah kepada kita. Mereka bukan hakmilik kita tetapi hanyalah pinjaman sementara dan dipertanggungjawabkan kepada kita.



No comments:

Post a Comment