Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 5 January 2015

Vitalea multivitamin kanak-kanak

Assalamualaikum

Apa khabar semua readers Alamwellness? Dah hari ke-5 di tahun baru...cepat je masa berlalu. Semoga kita semua sentiasa sihat dan ceria. Hari ni saya teruja nak kongsi satu vitamin untuk anak-anak kita. Sebenarnya dulu Vitalea untuk kanak-kanak ni dah wujud tapi dihentikan seketika pengeluarannya sebab Shaklee nak perbaharui formulanya. Jadi sempena tahun baru ni, Shaklee memperkenalkan semula Vitalea multivitamin kunyah untuk kanak-kanak dengan formula yang diperbaharui dan rasa yang lebih enak.

Kenapa anak-anak perlu diberi multivitamin? Dari pengalaman sendiri dengan anak-anak berumur 11, 6 dan 5 tahun, kanak-kanak terutamanya yang bawah 6 tahun memang sangat memilih makanan. Mereka hanya akan makan makanan yang mereka selalu dan suka makan saja. Bukannya kita tak perkenalkan dengan makanan baru tapi mereka yang tak begitu nak mencuba. Tapi saya dapat lihat paternnya...bila dah mula masuk sekolah rendah anak-anak lebih mudah mencuba sesuatu yang mereka tak makan sebelum ni. Anak saya yang bongsu hanya suka makan timun saja untuk kategori sayur-sayuran tapi kakaknya dah mula suka bendi dan bayam. Ya! Memang mereka tidak mengambil makanan yang seimbang.

Contohnya bila saya masak mi goreng, saya akan masukkan ayam (sumber protein) dan sayur-sayuran seperti sawi, taugeh dan kucai. Anak yang sulung memang akan makan semua dalam mi goreng tersebut tapi the girls akan makan mi dan ayam saja...sayur tolak tepi. Jadi di sini pun kita dapat lihat mengapa kanak-kanak amat memerlukan multivitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka setiap hari. Masa umur beginilah mereka sebenarnya memerlukan pemakanan yang lengkap kerana mereka tengah membesar.

Vitalea multivitamin kunyah memang sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar. Ia mengandungi 18 vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh badan. Mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak. Yang paling penting ianya tiada perasa, pemanis dan pewarna tiruan serta bebas bahan pengawet.

Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak tersayang...





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment