Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday 29 October 2014

Johor trip part one

Assalamualaikum

Sebelum cerita ni basi baik buat entry cepat-cepat hehe...hari Jumaat lepas kami sekeluarga bertolak ke Johor dalam pukul 7.30 pagi. Pukul 6.30 pagi dah kejutkan budak-budak, lepas mandi, masukkan barang-barang dalam kereta pastu terus bertolak. Breakfast pun makan roti je dalam perjalanan. Cuaca sangat cantik dan jalan pun tak jam tapi banyak je lori sepanjang perjalanan. Sebenarnya husband yang ada event kat Pasir Gudang hari Jumaat dan Sabtu, kebetulan anak sulung Khamis dan Jumaat sekolah memang cuti jadi kami pun ikut skali. Bila lagi kan nak pegi Johor...orang kata sambil menyelam sambil minum air. Kali terakhir pegi Johor pun enam tahun lepas...dah lamakan?

Pukul 11.15 pagi kami sampai ke Johor Premium Outlet (JPO). Memang plan nak pegi situ dulu sebab hotel pun tak boleh check-in lagi. Sampai sana orang pun tak ramai lagi. Kami pun mulakan tour dan masuk almost semua kedai kat situ...ada jugak yang tak masuk sebab tak minat brand tu. Tapi yang bestnya hampir semua kedai ada sale...best la kan tapi saya ni bukan yang jenis rambang mata sangat...memang dah plan nak beli apa dan dah ada guideline dan barang yang macam mana nak beli. So memang susah sikit nak dapat yang betul-betul berkenan. Macam ada sorang kawan husband (masa diorang datang JPO last two weeks), masuk Charles & Keith Reductions beli kasut sampai lima pasang tapi bila saya masuk kedai tu belek punya belek takde satu pun yang betul-betul suka dan nak beli. Itulah saya suka pegi shopping tapi tak semestinya beli hahaha...

We are here!

Tengok peta dulu...

Boleh sewa untuk anak-anak

Adik yang sweet

Backdrop salah satu restoren

Isi perut dulu


Pukul 2.45 petang gerak pegi hotel untuk check-in. Sampai dalam pukul 3 macamtu, lepas selesai register dan angkut barang, husband pegi ke Pasir Gudang untuk nak buat last preparation untuk event esok hari. Budak-budak ni dah excited nak terjun pool...amboi awal lagi kot...petang-petang skit la ye. Jadi lepak-lepak la dalam bilik sambil tengok tv dulu. Memandangkan cuaca pun redup, pukul 4.45 dah bawak budak-budak mandi pool. asib baik si abang dah boleh diharap dan tolong tengok adik-adik so saya tengok je la dari tepi pool sambil layan whatsapp, facebook dan baca apa-apa yang patut kat internet. Kat area pool ni internet ok je tapi kalau dalam bilik memag out...sabar je lah...sampai pukul 6.30 petag jugaklah budak bertiga ni main. Balik bilik terus bagi mandi dan bagi diorang makan sebab dah tahu mesti letih dan mengantuk...kalau tak bagi makan cepat-cepat mesti terus tido dengan perut kosong je. Lepas makan tak sampai setengah jam si kakak dah lelap. Malam dalam pukul 8.30 kami nak pegi makan kat satu restoren ni tapi cari tak jumpa end up makan kat Restoran Boboiboy sebab nampak macam baru dan menarik hehehe...


Nice ambiance

Tempat masak

Deko ikan penuh sepanjang dinding

Overall makanan kat sini biasa saja tapi servis dia cepat sangat...rasanya tak sampai 10 minit order makanan dah sampai. Harga pun standard la macam kuetiew goreng rm5.50, fish and chip rm12 dan nasi ayam penyet rm10. Tapi deko restoren ni memang menarik...tak pasti apa motif diorang letak banyak ikan kat dinding tu sebab ini bukan restoren seafood. Kat sini ada makanan local dan western jugak...banyak jugak pilihan. 

The next day pepagi pegi breakfast kat coffee house hotel dulu...kami duduk M Suite hotel dekat Danga Bay tu...nanti cite pasal hotel pulak. Lepas breakfast dalam pukul 8.40 pagi husband pun gerak ke Pasir Gudang. Budak-budak ni biasa la terjun dalam pool lagi. Dalam pukul 11 pagi ajak diorang naik bilik sebab dah mula panas dan takut gak la berendam lama-lama nanti demam pulak. Balik bilik sure la dah lapar balik kan so bagi makan roti dulu. Lepas Zohor bawak diorang jalan-jalan kat City Square. Memula nak pegi KCL City tu tapi cari dalam Waze tak jumpa hehehe...takde apa la sangat, lunch dan jalan-jalan situ je. Balik hotel dekat pukul 5 petang, gaduh nak pegi pool lagi...main la korang sampai lemau...duduk dalam bilik pun takde aktiviti nak buat.


Pool budak-budak

Ni untuk orang dewasa

Empat kali jugak diorang main sini

Dalam pukul 7 malam husband sampai dan dia ada bawak balik roti jala dan bihun goreng. Alhamdullilah rezeki malam tu. Macam biasalah, lepas mandi bagilah diorang makan dulu sebab takut diorang tertidur. Sebelum ni memang dah plan dengan husband nak pegi makan yong taufu yang best kat Kg. Melayu...nostalgia tau tempat tu hihihi...Budak-budak semua taknak ikut dan dah start mengantuk...so tinggalkan diorang bertiga lepas dah pesan macam-macam kat si abang. Kami berdua pun pi la pekena yong taufu Md Aris kat Kg Melayu. Siapa pernah makan??? Rasa dia still sama macam dulu. Apa yang menariknya harga yong taufu diorang tulis atas piring bawah mangkuk yang kita makan. Bila panggil brother nak bayar, dia akan angkat je mangkuk dan kira harga. Malam tu kebetulan Johor lawan Terengganu separuh akhir Piala Malaysia. Since tempat makan tu dekat dengan stadium, kami pun balik cepat-cepat...takut jam nanti. Sampai bilik semua dah selamat tido dengan lampu dan tv terpasang.


Jemput tengok!

Sambung part two nanti ye...stay tune!

Tuesday 28 October 2014

Tips kurangkan perut buncit

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat selalu. Alhamdullilah dari jumaat hingga Ahad baru ni dapat bercuti ke negeri Johor. Lama jugak tak jejakkan kaki ke sana...kalau tak silap last pegi sana tahun 2008 masa konvo adik kat UTM. Kisah jalan-jalan ni saya akan cerita di lain entry.

Hari ni nak share tips untuk kempiskan perut yang buncit tak kira untuk lelaki atau wanita. Bukan lelaki sahaja yang ada perut buncit atau boroi ni...wanita pun tak terlepas jugak tau. Perut buncit ni ada dua sebab samada banyak lemak atau banyak angin. Kalau yang banyak lemak tu banyak la tips yang boleh dikongsikan tapi kalau banyak angin kenalah kurangkan ambil makanan yang berangin dan selalu berurut.

Cara-cara berkesan untuk kurangkan perut buncit:

Tips 1 : Kurangkan pengambilan karbohidrat

Apabila kita kurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet harian, badan akan dilatih untuk menggunakan karbohidrat yang disimpan (glikogen) dan bakar mana yang berlebihan. Jadi, anda masih boleh ambil karbohidrat pada kadar yang minimal bukannya hapuskan terus dari diet anda.



Tips 2 : Kurangkan alkohol

Alkohol terutamanya wain dan bir, sangat tinggi kalorinya (fakta yang menakutkan: satu botol wain mengandungi hampir 600 kalori). Alkohol juga merangsang selera makan.

Tips 3 : Minum banyak air kosong

Minum air yang banyak akan membantu untuk mencuci toksin daripada sistem badan dan menjaga usus anda. Bagi mereka yang mengamalkan suplemen, pastikan anda mengambil air yang banyak supaya suplemen dapat menjalankan tugas dengan efisien dalam badan anda. Sukatan air yang mencukupi bergantung kepada berat badan masig-masing. Setiap 25kg memerlukan satu liter air untuk sehari. Jadi jika berat anda 75kg pastikan anda minum sehari paling kurang 3 liter air kosong!



Tips 4 : Makan dalam kuantiti yang sedikit

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik daripada makan banyak sekaligus. Ini membolehkan perut mencerna makanan dengan lebih efektif.
Tips 5 : Makan makanan ringan yang kaya dengan protein

Menurut pakar, makan makanan ringan yang kaya dengan protein  antara pukul tiga hingga empat petang akan meningkatkan metabolisme anda dan mengimbangi gula dalam darah anda.
Tips 6 : Kurangkan makanan dan minuman bergula

Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula seperti coklat, aiskrim, kuih-muih, kek, minuman bergas, minuman isotonik patut dielakkan.



Tips 7 : Makan makanan indeks glisemik rendah

Makanan ini mengambil masa lama untuk dihadam, supaya anda berasa kenyang berpanjangan. Badan anda secara perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya anda akan mengelakkan kelaparan. Antaranya ialah kobis, lobak, saderi, timun, bawang, tomato dan pisang. Untuk memudahkan anda, ESP Shaklee boleh diambil bagi fungsi yang sama.

Tips 8 : Makan tiga jam sebelum tidur

Pada waktu malam badan menjadi kurang aktif. Ini bermakna badan anda lebih cenderung untuk menyimpan kalori yang anda makan lewat malam sebagai lemak, dan bukannya membakarnya sebagai tenaga. Cuba untuk tidak makan apa-apa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.

Tips 9 : Lakukan senaman

Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan untuk mengempiskan perut seperti senaman kardio dan sit-up. Tapi senaman yang paling senang dan boleh dilakukan pada bila-bila masa ialah pertamanya tegakkan badan anda (sambil berdiri atau duduk pun boleh) dan kedua tarik otot perut ke dalam (macam kita menarik nafas). Tahan dalam 10 saat, lepaskan dan ulang semula hingga 10 kali untuk setiap sesi.

Selamat mencuba!



Asmin Fahmi

012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday 22 October 2014

Tips penjagaan kulit berjerawat

Assalamualaikum

Hari ni sempena cuti Deepavali, kawasan kejiranan saya adakan pot luck gathering pagi tadi. Ramai jugak la yang hadir dah makanan pun beraneka jenis. Balik rumah saya telan 3 biji Omega Guard untuk bakar semua lemak-lemak dalam badan ni. Seronok juga dapat jumpa ramai jiran sebab kalau hari-hari biasa kadang-kadang jiran depan belakang pun tak nampak!

Hari ni saya nak berkongsi tentang tips penjagaan kulit. Seperti yang kita ketahui, kulit kita terdiri daripada tiga jenis iaitu kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, masalah yang selalu dialami ialah pigmentasi, jeragat dan garis-garis halus cepat muncul. Untuk kulit berminyak pula, jerawat adalah masalah utama. 

Tips untuk mereka yang mempunyai kulit muka berjerawat:

1) Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai. Hati-hati dalam memilih produk pencuci muka.

2) Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak.

3) Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan.

4) Elakkan makanan terlalu banyak kekacang. Tetapi anda boleh cuba jenis kacang yang sesuai dengan anda dan yang tidak menambahkan masalah jerawat anda.


5) Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu muka.

6) Mengamalkan vitamin dan suplemen yang sesuai.

Jadi untuk penjagaan luaran kulit muka berminyak dan mempunyai masalah jerawat, saya cadangkan anda menggunakan set Enfuselle dari Shaklee yang terdiri daripada:


  • Purifying Cleansing Gel
  • Purifying Toner
  • Balancing Moisturizer
  • Eye Treatment





1) Purifying Cleansing Gel 

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner

Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan pro-oksida.

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer

Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit.

Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment

Garis-garis halus dan kedutan tidak lagi ketara.

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 20 October 2014

SBS 12 & baking session


Assalamualaikum

Beberapa hari jugak tak update blog ni...tak tahu apa la yang sibuk sangat ntah. Yeay...hari ni kita kembali dengan update terbaru. Ni kisah aktiviti weekend lepas. Hari Sabtu petang dalam pukul 2.30 petang saya dan dua orang sideline pegi ke kelas Start Bright Series (SBS) yang ke-12. Kelas kali ni dikedalikan sendiri oleh Master Puteri dan suaminya Master Aznin.

Sebagai mukadimah, Master Aznin ceritakan serba sedikit tentang pengasas Shaklee iaitu Dr Forest C.Shaklee. Syarikat Shaklee Corporation ditubuhkan pada bulan April 1956...setahun sebelum Malaysia merdeka. Rupanya Dr Shaklee ni mengalami tiga fasa genting dalam hidup dia sebab diserang tiga penyakit yang berbeza sepanjang hayatnya. Beliau mula mencari membuat kajian tentang alternatif selain dari ubat iaitu suplemen semulajadi. Dari situlah bermulanya Shaklee dan suplemen pertama yang diberi nama 'Vitalized Mineral'. Kemudian ada satu slot tayangan video yang agak menarik tentang Shaklee.

Kemudian Master Puteri teruskan presentation tentang apa yang Shaklee tawarkan kepada seorang Distributor, bagaimana cara untuk berjaya dalam bisnes dan ketahui apa push-factor seseorang untuk terus bergerak ke hadapan. Ada juga satu slot di mana kami 'Skype' dengan adik Master Puteri iaitu Coordinator Puteri Hafiza yang menjalankan bisnes ini dari Ruwais. Dia ceritakan bagaimana di bermula, apa cabaran dan kelebihan menjalankan bisnes dari luar negara. Semuanya mustahil jika kita bersemanagt, fokus dan sanggup menghadapi cabaran dan rintangan. Yang paling seronok katanya jika kita berada di luar negara dan adalah orang pertama yang buat Shaklee...memang semua orang kat sana akan cari kita.

Mukadimah oleh Master Aznin

Master Puteri in action

Thank you for having us
Pada hari Ahad pula saya, Master Azlin dan Mai pegi rumah Mona untuk belajar buat cheesecake. Ni memang aktiviti yang ditunggu-tunggu sebab saya ni memang suka makan kek termasuk cheesecake ni tapi tak pandai nak buat. Memang orang cakap banyak je resipi atau video kat internet tapi saya lebih suka belajar sendiri dengan orang yang dah pandai. Jadi pada petang tu dapatlah ilmu buat cheesecake yang marvelous. Bahan-bahan nak buat cheesecake ni mudah je tapi nak siap tu lambat sebab lepas bakar kena biarkan lama sikit dalam oven supaya tak ada perubahan suhu yang mengejut. nanti merekah kek tu,,,lepas tu kena letak dalam peti sejuk lebih kurang 8 jam then baru boleh deko dan makan. Apapun memang best sesi baking haritu dengan gelagat anak-anak yang riuh-rendah. Thank you Masterchef Mona!

Bahan-bahan untuk cheesecake


Potong cream cheese


Masukkan dalam acuan


Pukul bagi kembang


Sebelum masuk oven

Inilah hasil kek saya


Seronok baking sambil layan anak-anak


Tuesday 14 October 2014

Set kombo ESP

Assalamualaikum

Promo ESP masih lagi berlangsung...anda ada 18 hari lagi untuk buat tempahan. Rugi kalau tak rebut peluang ni sebab anda bayar hanya untuk 6 canister tapi anda dapat 7. Selain daripada itu anda juga dapat keahlian seumur hidup secara percuma. Untung tau sebab lepas ni jika anda nak beli produk lain, dapat jimat 15-20%. Lagi satu dapat cash bonus pertengahan November nanti.

ESP ni digelar 'hot seller' di Shaklee sebab ia mempunyai pelbagai kegunaan dan semua peringkat umur boleh ambil. ESP merupakan protein yang dihasilkan daripada soya non-GMO yang selamat dan baik untuk tubuh sebab protein merupakan makanan kepada sel badan. Bila sel-sel dalam badan sihat, secara automatik tubuh kita pun sihat sejahtera.

ESP memang popular dan selalunya digabungkan dengan beberapa produk Shaklee yang lain untuk membantu mereka yang mencari suplemen yang bersesuaian dengan diri masing-masing. lgipun kebanyakan set kesihatan Shaklee mesti terkandung ESP di dalamnya seperti set kurus, set kecantikan, set hamil, set bersalin dan set gastrik. Jadi jom kita lihat apakah antara set kombo ESP yang kami tawarkan...

esp, tenaga, hamil, cantik, anjal, berseri, kulit kusam, kurus, rambut gugur


1. ESP + Vita-E Complex
– Untuk kecantikan kulit
– Hilangkan parut
– Awet muda

2. ESP + OmegaGuard
- Untuk ibu hamil
– Baik untuk perkembangan otak dan visual bayi

3. ESP + Vita-Lea Iron Formula
– Untuk kesihatan menyeluruh
– Vitalea ialah multivitamin dengan zat besi

4. ESP + Lecithin
– Untuk kurangkan berat badan
– ESP memberi rasa kenyang yang lama, manakala Lecithin untuk pecah lemak

5. ESP + Alfalfa Complex

- Sebagai milkbooster
– Untuk keintiman suami isteri

6. ESP + GLA Complex
– Untuk kesuburan wanita

- menyeimbangkan hormon badan
- membantu masalah PMS & senggugut

7. ESP + Ostematrix
– Memberi tenaga
- Membantu masalah sembelit
– Baik untuk mereka yang sering penat, kebas & lenguh badan

8. ESP + Zinc Complex
- Untuk sembuhkan luka selepas bersalin, baik bersalin normal atau ceasarean
- Mengurangkan masalah rambut gugur

9. ESP + Performance Drink
- Untuk kekal bertenaga sepanjang hari
– Baik untuk mereka yang sedang berpuasa atau aktif bersukan

Jom dapatkan promo ESP dengan segera. Contact saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma tentang set kombo yang anda ingini dan cara pengambilannya.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 13 October 2014

LPGA @ KLGCC 2014

Assalamualaikum

Semalam saya dan anak-anak berkesempatan pergi ke Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) untuk tengok final perlawanan LPGA (Ladies Professional Golf Association) tajaan Sime Darby. Actually dah 4 tahun husband bertugas untuk LPGA tapi tahun ni dia involve keempat-empat hari sepanjang tournament tu dijalankan. Since semalam dia dapat VIP pass yang membolehkan kami parking kereta kat dalam dan tak perlu menapak jauh-jauh so kami pun pergi satu family. Lagipun semalam temanya 'family day':)

Macam biasa husband awal-awal pagi dah keluar ke KLGCC. Saya siapkan anak-anak lepas tu dalam 8.45 baru kami keluar rumah. Sampai dalam pukul 9.15 pagi so terus cari parking...then terus masuk ke tempat exhibition. Lepas tu pegi makan jap sebab tak sempat nak breakfast kat rumah...rushing nak keluar awal. Then kami pegi la explore KLGCC tu...tengok orang main golf...bila anak-anak dah boring, pegi area pool side jap. Kat situ ada aktiviti untuk kanak-kanak macam mini golf, face painting, main belon buih yang besar tu dan beberapa aktiviti lain. 

Pada tahun ni ada 70 orang pemain golf wanita dari seluruh dunia join LPGA. Diadakan selama empat hari dari 9-12 Oktober. Semalam dalam pukul 3 petang, selesai perlawanan golf tu. Pemain dari China, Shanshan Feng yang menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD2 juta. Fuhhh!!!Lumayan sangattt...

Ok, sekarang jom layan gambar sepanjang setengah hari kat sana...balik terasa gak penatnya sebab jalan sana sini. Nasib baik matahari tak terik tapi terasa jugak la bahang tu.

Kat Chairman's Pavilion

View Chairman's Pavilion
Pool side

One of the players

The Triple F

Dengan orang kaki panjang

Face painting

Kakak tengah aim

Adik boleh tahan jugak main golf

Pendek sangat kayu golf tu

Kita minum dulu!

Saturday 11 October 2014

Perisai untuk anak-anak

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hujung minggu ni mesti banyak aktiviti yang korang dah rancangkan? For this weekend saya tak ke mana-mana pun sebab pagi ni anak sulung ada sekolah ganti, pastu kena start buat revision sebab Isnin ni dah start final exam. Lagi satu sebab kedua-dua hari ni suami kena bertugas untuk LPGA (Ladies Professional Golf Association) kat KLGCC. Jadi kami duduk rumah jelah jawabnya.

Sejak dua hari lepas cuaca start jerebu semula. Kekadang tu pagi agak teruk tapi petang kurang sikit. Indeks IPU pun ada masanya bacaan sampai 100...tak sihat tu. Bagi saya masa-masa macam ni memang kena pantau kesihatan anak-anak lebih sikit. Tak nak lah dah nak dekat exam ni sakit pulak kan. Kesian kat anak, nanti tak boleh nak concentrate buat revision dan jawab soalan-soalan periksa. Apa-apa pun kita cuba usaha yang terbaik, yang lain serah je pada Allah. Apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat jika keadaan cuaca tak berapa elok?

  • Pastikan anak-anak tidak terlalu terdedah dengan persekitaran luar
  • Sentiasa tutup pintu dan tingkap
  • Kalau boleh pasang penapis udara (air purifier)
  • Pastikan anak-anak minum air kosong lebih banyak
  • Pakai topeng muka jika terpaksa keluar rumah
  • Ambil suplemen yang sesuai untuk tingkatkan imun badan mereka

Setiap hari memang saya bagi anak-anak Cheewable Vita C dan Mealshakes sebagai suplemen harian mereka. Tapi jika keadaan cuaca tidak begitu baik atau anak-anak ada tanda-tanda nak dapat demam/selsema, saya cepat-cepat bagi satu sachet Nutriferon untuk tingkatkan tahap imun badan mereka. Budak-budak kan lagi senang nak dapat penyakit jadi kita kena lebih alert dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati. 



MEAL SHAKES

- Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
- Sesuai untuk seisi keluarga
- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta       kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
- Meningkatkan selera makan anak
-Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
- Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
- Menangani masalah sembelit
- Amat bagus untuk kanak-kanak yang obes


NUTRIFERON

- Cepat membantu melegakan deman dan selsema
- Tingkatkan imun badan kanak-kanak jadi susah nak dapat demam/selsema dan lain-lain     penyakit
- Merupakan 'first aid kit' di rumah. Jika badan anak dedar, terus bagi satu sachet dulu.
- Mampu menurunkan suhu badan yang tinggi.

CHEEWABLE VITA C PLUS

- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting   bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Sesuai untuk anak-anak yang tidak pandai telan tablet


Saya tak risau bagi anak-aak suplemen ni sebab semuanya selamat dan semulajadi. Kalau boleh taknak lah asyik bergantung pada ubat saja setiap masa. Tak salahkan kita cuba alternatif lain dan ambil langkah pencegahan. Suplemen ni sebenarnya membantu meningkatkan imun badan seseorang jadi susah sikit nak dijangkiti penyakit. Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari vitamin atau suplemen utuk anak-anak, boleh cuba ketiga-tiga ni ok.

Happy weekend!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday 9 October 2014

Set bajet bersama ESP

Assalamualaikum

Ramai yang suka ambil ESP sebagai suplemen harian kerana ia merupakan sumber protein yang terbaik. Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO iaitu tidak diubah secara genetik menjadikan ESP selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Sempena bulan promosi ESP ni, saya nak cadangkan kombinasi set bajet yang mampu dimiliki oleh semua orang. Memang semua orang patut nikmati kebaikan ESP kerana ia membantu menigkatkan tahap kesihatan seseorang secara menyeluruh. Sebab tu ESP merupakan 'hot seller' di Shaklee.

Kombinasi set bajet ESP:

1) Set kulit gebu & cerah - ESP + Vita C SR
2) Set kulit berparut - ESP + Vita E
3) Set ibu hamil - ESP + Vitalea
4) Set bersalin - ESP + Zinc Complex 
5) Set ibu menyusu - ESP + Alfalfa
6) Set kesuburan - ESP + Gla Complex
7) Set kurus - ESP + Lecithin
8) Set perut kempis - ESP + Herblax
9) Set tambanh berat - ESP + Meal Shakes
10) Set tenaga - ESP + Performance Drink
11) Set sakit badan/lenguh - ESP + Ostematrix
12) Set rambut gugur - ESP + Zinc Complex

Jadi anda boleh pilih mana yang sesuai dengan keadaan dan keperluan anda. Masa promosi ni lah nak rebut peluang dapatkan harga yang lebih jimat. Kalau nak lagi berbaloi, grab promosi beli 6 percuma 1...terus dapat jadi ahli secara percuma dan dapat cash back jugak tau. 

Kebaikan dan Kelebihan ESP:

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan.
6. Memberi tona warna kulit yang sekata.
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu.
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol.
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi.
12. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.
13. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.
14. Membantu mengurangkan risiko kanser.
15. Bertindak sebagai antioksida
16. Menguatkan sistem imun tubuh
17. Mempertingkatkan tahap kolestol baik.
18. Memelihara kesihatan jantung.
19. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
20. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
21. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
22. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dengan isoflavones.
23. Membantu merendahkan paras kolestrol.
24. Mencegah osteoporosis.
25. Membantu pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.
26. Membantu mengurangkan gejala gastrik.
27. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
28. Memudarkan parut
29. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
30. Kecantikan kulit dan rambut

Perbezaan ESP dengan soya lain

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (tidak diubah secara genetik).
2. Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan.
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
4. Setiap satu canister 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya.
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.
6. Rendah lemak, tanpa kolestrol.
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday 8 October 2014

Gerhana bulan @7.18pm

Assalamualaikum

Mesti ramai yang sedia maklum, malam ni 8 Oktober bersamaan 13 Zulhijjah akan berlaku gerhana bulan pada pukul 7.18 pm. Apa yang dimaksudkan oleh gerhana bulan? Menurut Wikipedia:

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.


Pelbagai mitos dikaikan dengan gerhana bulan antaranya:


  • Orang Arab Quraisy mengaitkan gerhana bulan dengan kejadian-kejadian tertentu, seperti adanya kematian atau kelahiran, dan kepercayaan ini dipercayai secara turun temurun sehingga menjadi keyakinan umum masyarakat.
  • Di negeri China, orang percaya bahawa seekor naga langit membanjiri sungai dengan darah lalu menelannya. Itu sebabnya orang Cina menyebut gerhana sebagai “chih” yang artinya memakan.
  • Orang Indian juga percaya bahwa seekor naga lah yang membuat gerhana bulan. Mereka lalu menyembah sang naga dengan berendam hingga ke leher.
  • Di Jepun, orang percaya bahawa waktu gerhana ada racun yang disebarkan ke bumi. Dan untuk menghindari air di bumi terkena racun, mereka menutup telaga/perigi mereka.
  • Ibu hamil pula dikatakan tidak boleh keluar rumah ketika gerhana bulan agar bayinya tidak lahir cacat, tidak boleh menggunakan pisau untuk memotong apapun saat terjadi gerhana bulan atau anaknya akan lahir dengan bibir sumbing atau ibu hamil yang menyentuh perutnya ketika gerhana bulan sedang berlangsung akan melahirkan bayi dengan tanda lahir.

Sebenarnya banyak lagi mitos yang dikaitkan dengan gerhana ni tak kiralah gerhana bulan atau matahari. Tapi ni semua mitos je tau...apa-apa pun yang baik boleh diambil sebagai iktibar. Apapun semua kejadian di muka bumi ni adalah tanda kekuasaan Allah. Dalam Islam, gerhana bulan adalah bentuk keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Sebagaimana sabda Rasullah SAW dalam Hadits Riwayat Bukhari, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat gerhana tersebut, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.”

Jadi malam ni lepas Maghrib bolehlah kita dirikan solat sunat khusuf (gerhana bulan) dan hukumnya adalah sunat muakad.

Sunday 5 October 2014

Salam Eiduladha...

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiadha kepada semua...mesti seronokkan beraya di kampung bersama keluarga dan sanak-saudara. Kami sekeluarga tak balik kampung kali ni sebab suami dah kena kerja esok. Semalam sempat sediakan rendang ayam...ketupat beli je dekat Pasar TTDI.

Rasa ramai yang dah tahu, promo bulan ni ialah minuman protein kegemaran ramai iaitu ESP. Mesti ramai yang teruja sebab ESP ni mempunyai pelbagai fungsi. Nak kurus, nak kulit cantik, ibu menyusu, ibu hamil, awet muda, nak tambah tenaga, masalan sembelit dan banyak lagi...semua boleh consume ESP ni. Lagi satu ESP ni famous sebab ia minuman protein non-GMO (tidak diubah secara genetik) yang selamat dan halal. Protein sangat penting untuk membina sel-sel tisu baru jadi badan kita akan lebih sihat dan bertenaga.

Lagi satu jangan lupa promo Meal Shakes masih berlangsung sampai akhir bulan ni jugak. Meal Shakes adalah minuman berkhasiat untuk anak-anak kerana ia membekalkan nutrien yang lengkap. Jadi, marilah kita berikan yang terbaik kepada anak-anak agar mereka dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Meal Shakes telah banyak membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah asma, kurang selera makan, sembelit dan mereka yang terlalu memilih makanan.

Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda!





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com