Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Tuesday 30 June 2015

Farha 6th birthday...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Pantasnya masa berlalu, dah hari terakhir bulan Jun maknanya dah setengan tahun dah 2015. Puasa pun dah hari ke-13...tak lama lagilah nak raya...anda semua dah buat persiapan raya? Kuih raya saya dah tempah dengan kawan, baju anak-anak perempuan dah tempah dengan sedara kat kampung cuma baju Melayu suami dan anak bujang sorang tu je belum beli.

19hb yang lalu genap usia anak kedua saya 6 tahun. Happy birthday, kakak. Mama doakan kakak sentiasa gembira sesuai dengan makna nama kakak, membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan bahagia dunia dan akhirat. Tahun ni birthday Farha celebrate kat Genius Aulad dengan kawan-kawan dia. Saya tempah sebiji kek tema Frozen dan sediakan goodie bag. Hope kakak happy dapat sambut birthday dengan kawan-kawan kat sekolah....






Thursday 18 June 2015

Tahniah Dr. Fatin Liyana

Assalamualaikum...

Walaupun dah 6 hari berlalu saya tetap nak tulis jugak dalam blog ni...supaya ada dalam Library saya hehe. Tahniah saya ucapkan pada adik blogger kesukaan saya ni Dr Fatin Liyana sebab dan selamat berkahwin dengan jejaka idaman hati Dr. Anwar Fazal. Saya suka baca blog beliau sebab cara penulisannya santai je. Terjumpa blog honeykoyuki ni pada tahun 2013...mula baca macam best pulak entry-entry Fatin ni so korek la baca dari mula beliau start blogging. Follower beliau pun ramai dan banyak jugak award blogger yang Fatin dapat...tahniah dan semoga terus aktif di dunia blogging.

Berbalik kepada majlis pernikahan diorang...13 Jun 2015 Fatin & suami selamat disatukan. Majlis resepsi diadakan pada hari berikutnya. Memang sweet sangat colour baju yang diorang pakai...soft & simple. 

Selamat Pengantin Baru

Sweet & simple

Majlis resepsi
Dulu masa dapat tahu Fatin Liyana dah bertunang, google la siapa Dr Anwar Fazal ni...rupanya beliau juga seorang penulis buku Diagnosis & Diagnosis 2. Dr Fazal ni sepupu dengan pengarah filem Syamsul Yusof...pernah berduet jugak diorang tu tau:)


Fatin pun ada sumbangkan idea beliau dalam buku ni tau. Kalau nak tau best ke tak silalah baca ye. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda!

Semoga Dr. FL & Dr. AF bahagia hingga ke hujung nyawa. Semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah...kalau nak tengok banyak gambar kahwin diorang silalah follow ig 'dr.afl'. Follower kat ig pun dah dekat 44k even baru dua minggu create...ye la orang ramai peminat kan? Apapun tahniah sekali lagi...semoga sentiasa sukses dalam kerjaya dan rumah tangga...

Selamat berpuasa

Assalamualaikum...

Sempena menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menulis di blog ini. Semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah taala.



Alhamdullilah semalam dapat menunaikan solat terawikh bersama suami dan anak-anak. Saya hanya pergi ke surau berdekatan dengan rumah. Solat selesai dalam 9.50 malam...buat 8 rakaat dengan 3 rakaat solat witir. 

Sahur pagi tadi pun alhamdullilah senang je si abang dan kakak bangun sahur. Tahun ni kakak baru nak belajar puasa. Elok la umur 6 tahun mula belajar puasa separuh hari. Si adik memang dah bagitau awal-awal tak nak puasa lagi tahun ni. It's ok adik...tahun depan boleh cuba.

Tahun ni azam saya nak cuba khatam Quran atau pun baca sebanyak yang boleh. Harap dapat la habiskan sebelum Raya kan. Nak lebih banyak bersedekah juga...ingat ye bersedekah bukan dari segi wang ringgit & harta benda saja...banyak cara lagi kan? Jangan lepaskan peluang sepanjang Ramadhan ini untuk membuat amal kebajikan dan mengumpul saham akhirat kita:)

Monday 15 June 2015

Bulan kecantikan

Assalamualaikum...

Tak lama lagi dah nak puasa maknanya dah tak lama jugaklah nak raya. Time raya memang sinonim dengan kita akan berjumpa dengan sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat. Bila nak jumpa ramai orang ni, mestilah nak pakai cantik-cantik, badan langsing dan yang paling penting muka pun cantik berseri.

Memang bertepatanlah dengan promosi yang Shaklee tawarkan bulan ni...produk untuk cantik iaitu Vita C dan E. Vitamin C Sustained Release ni memang sangat popular di kalangan mereka yang menjaga kecantikan kulit. Satu masa dulu bila Vita C takde stok ramai yang meroyan:)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Bagi Vita E Shaklee pula, ia dihasilkan dari minyak soya organik dan minyak biji gandum
yang sememangnya kaya dengan vitamin E juga dari ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocoperol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E. Ia merupakan vitamin E yang lengkap.

Vita E complex dilengkapi dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kaya menyerap vitamin E dengan lebih efisyen. Ia juga memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Vita E juga tinggi anti-oksidan dan penyahtoksik yang hebat.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Vita C & Vita E hari ini pada harga promosi...buat pengetahuan semua dari sekarang hingga October 2015, pendaftaran ahli baru akan mendapat sebotol Vitalea (multivitamin lengkap) secara percuma. Jom join Shaklee!

Sihat dan cantik dengan vitamin semulajadi...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Friday 12 June 2015

Happy birthday, my bodyguard...

Assalamualaikum...

Dua hari lepas genap usia anak sulung saya 11 tahun...haishhh cepat sungguh masa berlalu. Tahun ni tak beli kek pun sebab macam bosan je bila birthday mesti ada kek. So tahun ni celebrate kat Tony Roma's je. Yang bestnya bagitau waiter kat situ yang kami celebrate birthday, dapat complimentary aiskrim vanila & coklat cake...ada lilin sebatang dan diorang siap nyanyi 'happy birthday':)

Lepas settle makan, pegi The Curve ada aiskrim 'tongkat' punya stall. First time tengok aiskrim macam tu...sebatang rm5...tapi rasa berbaloi kot sebab aiskrim dia penuh dalam batang yang panjang tu.

Mama doakan Fahim sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki serta bahagia duia akhirat. Jangan sia-siakan masa yang kita ada. Sentiasa berbuat baik pada semua orang.

Sedap appertizer ni esp yang potato tu

Lamb ribs full slab...boleh share sekeluarga

Complimentary kek & aiskrim

Aiskrim tongkat...pilih flavour strawberry

Adik muka masam sebab taknak share

Balik rumah ada suprise present dari Mak Teh
Happy sangat dapat bola tu sebab memang dah lama nak beli. Tup...tup ada orang hadiahkan. Actually mama yang bagitau Mak Teh awak nak beli bola...hehehe.