Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 30 June 2014

Atasi keputihan dengan berkesan

Assalamualaikum

Ramai wanita yang mengalami masalah keputihan tetapi tak ramai yang betul-betul serius untuk mengatasinya. Pada peringkat awal mungkin keputihan itu tidak begitu ketara tetapi jika dibiarkan berlarutan ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan, tidak berbau hanyir atau tiada keradangan di bahagian faraj bermakna tiada jangkitan yang berlaku.

Antara punca masalah keputihan ialah perubahan hormon, jangkitan bakteria, kencing manis, tiroid dan ubat-ubatan. Jika anda menghadapi masalah keputihan yang serius, segeralah berjumpa dengan doktor atau anda boleh mencuba vitamin Shaklee yang dapat membantu masalah tersebut.

Produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan adalah Alfalfa Complex. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya bagi mereka mempunyai masalah dalam "hubungan" suami isteri.

Jadi bagi mereka yang ada masalah keputihan, jangan malu, jangan segan untuk cuba Alfalfa Complex. Selain membantu masalah keputihan, banyak lagi kelebihan alfalfa yang bakal anda perolehi.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Sunday 29 June 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum

Alhamdullilah...dapat bertemu kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak. Masih diberi kesempatan olehNya untuk mengerjakan ibadah puasa tahun ini. Syukran Ya Allah...

Azam puasa tahun ni nak baca Al-Quran seberapa kerap dan banyak yang boleh. Memang terigin nak habiskan 30 juzuk..insya-allah akan cuba ke arah itu. Bulan Ramadhan ni memang banyak kelebihan dan kebaikannya, jadi marilah kita manfaatkan satu bulan yang mulia ni dengan pelbagai aktiviti yang baik-baik.




KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1) Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

3) Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.

4) Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.

5) Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.

6) Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.

7) Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

8) Bagi mereka yang beriman, dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan)
Amalan-amalan di bulan Ramadhan:

1. Mengerjakan solat sunat tarawih dan solat-solat sunat lain.

2. Banyak membaca Al-Quran.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran.


Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Sama-samalah kita memperbaiki dan melipat gandakan amalan-amalan yang baik sepanjang Ramadhan ini...

Thursday 26 June 2014

Susu badan merudum di bulan puasa?

Assalamualaikum

Tak beberapa hari je lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan. Mesti ramai yang dah plan setiap petang nak masak apa untuk menu berbuka. Tentu ada juga yang dah susun pasar Ramadhan mana yang nak diterjah lepas balik kerja...hehehe...

Tapi yang paling seronok bagi mereka yang bekerja sudah tentu la dapat balik awal, masak untuk keluarga, ada lebih banyak masa dengan anak-anak dan boleh sama-sama menunaikan solat terawih. Selain daripada tu satu benda yang saya suka masa bulan puasa ni, kita boleh jumpa banyak kuih-kuih tradisional yang susah nak dapat pada waktu lain. Dapat la lepaskan ngidam ye tak?

Berbalik pada topik kita hari ni, ramai ibu-ibu menyusu di luar sana yang risau bekalan susu mereka merudum masa bulan puasa. Mengapa? Antara sebabnya kita tak boleh minum air lebih banyak pada waktu siang. Tapi sebenarnya bukan kurang makan atau minum air saja punca susu merudum, banyak lagi faktor lain yang anda perlu tahu. Antaranya ialah:

1) Tekanan/Stress
Tekanan di tempat kerja atau selalu sangat memikirkan samada susu akan cukup atau tidak untuk anak.

2) Pumping
Tidak 'pump' secara konsisten. Jarak antara sesi mengepam janganlah terlalu lama. Seelok-eloknya 3-4 jam sekali.

3) Teknik penyusuan yang tidak betul
Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Pastikan bayi anda menyusu dengan betul dan posisi ketika menyusu juga amat penting.

4) Tidak bersahur
Penting untuk ibu menyusu bersahur supaya dapat nutrisi yang diperlukan dan lebih bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan untu mengelakkan masalah susu berkurangan semasa di bulan puasa?

1) Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan rezeki
Apa yang kita fikir itu yang kita dapat. Fikir dan katakan pada diri sendiri yang susu akan sentiasa cukup untuk anak anda. Kuasa minda sangat hebat jadi jangan selalu fikirkan yang negatif.

2) Jangan kurangkan sesi mengepam/direct feeding
Apa yang anda lakukan sebelumnya, perlu diikut juga semasa bulan puasa. Jangan fikir anda kurang minum di bulan puasa jadi sesi mengepam juga patut dikurangkan. Ini yang akan menyebabkan kuantiti susu jatuh kerana ia bergantung kepada 'demand & supply'.

3) Penting untuk bersahur
Jangan 'skip' sahur anda. Cuba ambil makanan yang seimbang dan minum air sebanyak yang boleh. Pengambilan kurma juga mampu menambah tenaga ibu dan meningkatkan penghasilan susu badan.

4) Tenangkan diri dan selalu berzikir
Semasa menyusu atau mengepam sentiasa tenangkan fikiran tanpa memikirkan masalah-masalah lain di luar sana. Tumpukan pada sesi tersebut sepenuh hati. Rajin berzikir 'Ya Mattin' yang bermaksud 'Maha Sempurna KekuatanNya'.

5) Ambil suplemen tambahan
Jangan risau, banyak suplemen yang dapat membantu anda mengekalkan kuantiti susu badan walaupun anda berpuasa. Shaklee juga menawarkan produk yang dapat membantu anda kekal bertenaga dan kurangkan hidrasi.

ESP
  • bekalkan tenaga yang berpanjangan
  • sebagai 'milk booster' dan menjadikan susu lebih pekat
  • memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • menjadikan kulit ibu dan bayi lebih cantik

Performance Drink
  • mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi
  • memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • berperisa oren yang sangat sedap

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday 22 June 2014

Start Bright Series 8

Assalamualaikum

Semalam berkesempatan hadir Start Bright Series (SBS) yang ke 8. SBS adalah kelas yang dikendalikan oleh Puteri & Friends (PAF) yang diketuai oleh Master Puteri. Setiap bulan mereka akan organize SBS ni secara percuma kepada ahli kumpulan mereka. Walaupun saya bukan di bawah PAF tapi Master Puteri memberi peluang juga kepada kumpulan lain yang berminat.

Memang untung sangat dapat leader-leader yang bersemangat untuk memberi ilmu kepada anak-anak buah. Inilah keistimewaan yang kami dapat apabila mendaftar di bawah group Jutawan Muslimah. Semua leader memang akan berusaha untuk membantu ahli-ahli di bawah mereka.

Saya suka attend kelas-kelas yang macam ni sebab selain dapat ilmu, dapat kenal dengan ahli-ahli lain, dapat lucky draw produk-produk Shaklee yang best-best, ada makanan dan minuman free flow dan yang paling best kami tak perlu tinggal anak-anak di rumah kalau tiada penjaga. Bawa je sama-sama bagi dia belajar pasal Shaklee gak...hahahaha...

So SBS semalam diadakan di Ours Cafe, Bandar Sri Damansara. Semalam ahli yang ahdir lebih kurang 15 orang. Kelas semalam dikendalikan oleh Coordinator Fadlina dan Supervisor Bad. Untuk pengetahuan semua, setiap kelas SBS akan membincangkan tajuk yang berlainan dan dikendalikan oleh orang-orang yang berlainan juga. Sebelum ni saya pernah menyertai SBS ni tapi tak ingat bulan berapa. Masa tu Master Puteri sendiri yang kendalikan kelas tersebut di training room Shaklee, Empire Subang.

Jadi semalam kami ditanya apakah plan kami untuk masa 6 bulan akan datang. Apa target dan apa yang kami perlu buat. Selepas tu Fadlina cerita tentang Minda Usahawan. Bagaimana cara kita nak ada produk tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Bagaimana kita nak kendalikan duit bonus yang diperolehi supaya kita nampak hasil usaha kita selama ini. Bad pula menyentuh tentang medium yang kita boleh gunakan untuk kongsi kebaikan produk dengan mereka di luar seperti Facebook, Instagram, Wechat dan blog. Menurut beliau, perkongsian di blog lebih baik kerana ramai orang yang boleh baca sekiranya mereka mencari tajuk yang betul. Kalau guna Facebook pula hanya limited pada kawan-kawan yang ada dalam friend list dan kawan-kawan orang yang 'like' entry kita sahaja. Itupu sebenarnya hanya 20% daripada friend list kita yang dapat tengok apa yang kita tulis. Kalau kawan kat FB beribu-ribu ok la jugak kan...

Lepas dah habis topik-topik yang dibentangkan, apalagi sesi bergambar kenangan la. Thanks to Fadlina & Bad. Sebelum balik boleh tapau makanan lagi...dapat cupcake red velvet sorang satu...suke! Jadi kesimpulannya kalau kita nak menyertai mana-mana MLM, pastikan ianya sesuai dengan jiwa anda (pernah sertai bisnes lain tapi cara mereka tak kena dengan jiwaku..tsk..tsk). Kalau yang berminat mimilih Shaklee sebagai bisnes anda, pilihlah kumpulan yang dapat membimbing anda sehingga berjaya mencapai impian masing-masing. Jom sertai saya di bawah Success Supermmomies!

Sepervisor Bad
Coordinator Fadlina
Sebahagian dari mereka yang hadir

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 20 June 2014

Makanan terbaik untuk otak

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi sumber makanan yang bagus untuk otak. Otak adalah organ yang penting dalam tubuh kita jadi kena la bagi dia makanan yang terbaik kan? Jom tengok makanan yang disenaraikan terbaik untuk fungsi otak...

1. Salmon
Ikan ini adalah sumber terbaik lemak omega-3 (DHA dan EPA) yang berperanan penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil lemak Omega-3 yang mencukupi mempunyai pemikiran yang tajam dan daingatan yang tinggi. Menurut kajian juga, ikan tuna juga mengandungi lemak omega-3, namun kandungannya tidak sebanyak ikan salmon.

2. Telur
Telur telah lama dikenal sebagai sumber penting protein yang mudah didapati dan harganya pun tidak mahal. Walaupun mengandung kolesterol, bahagian kuning telur ternyata kaya akan kolin, iaitu suatu zat yang membantu perkembangan daya ingat atau memori.

3. Kekacang
Kekacang kaya dengan vitamin E, antioksidan yang berperanan dalam melindungi membran-membran sel saraf. Bersama tiamin, vitamin E akan membantu sel saraf dan otak untuk menggunakan glukosa sebagai keperluan tenaga.

4. Gandum
Otak memerlukan glukosa dari tubuh. Gandum mempunyai peranan untuk memenuhi keperluan tersebut. Serat yang terkandung di dalamnya membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Makanan ini juga memiliki kandungan vitamin B yang berguna dalam memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat
Oat atau oatmeal adalah sejenis cereal yang selalu dijadikan sarapan. Oat merupakan sumber nutrisi penting bagi otak. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan anak-anak dalam menjalani aktiviti di waktu pagi. Selain itu, serat pada oat juga memiliki peranan untuk daya pemikiran kanak-kanak di waktu pagi. Kandungan lain seperti potasium, vitamin B dan vitamin E yang ada pada oat dapat meningkatkan fungsi tubuh dan otak pada tahap yang optimum.

6. Buah beri
Buah berry seperti strawberi, blackberi, rasberi, blueberi kerana buah-buahan ini mengandungi banyak nutrisi penting yang baik untuk kesihatan. Antioksidan yang tinggi pada buah berry, terutama vitamin C, memiliki peranan untuk mencegah kanser. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak strawberi dan blueberi mempunyai fungsi untuk tingkatkan daya ingatan. Biji buah berry juga mengandung lemak omega-3.

7. Sayuran berwarna
Bayam, labu, ubi, dan tomato merupakan sayuran-sayuran kaya nutrisi dan antioksidan yang akan membuat sel-sel otak jadi lebih kuat dan sihat.

8. Daging lembu tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi adalah mineral penting yang dapat membantu anak-anak tingkatkan kosentrasi dan lebih bertenaga.

9. Susu dan Yogurt
Makanan-makanan dari produk susu cenderung mengandung vitamin B dan protein yang tinggi. Kedua jenis nutrisi penting ini dapat membantu pertumbuhan otak, enzim dan neurotransmitter. Susu dan yogurt juga dapat membantu perut lebih kenyang kerana kandungan karbohidrat dan proteinnya menjadi sumber tenaga untuk otak.


Tetapi jika anda jarang dapat mengamalkan makanan di atas anda tak perlu risau. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang kaya dengan lemak omega-3, DHA dan EPA. Ia juga sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur untuk kesihatan otak.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday 18 June 2014

Gla Complex vs EPO : Apa bezanya?


Assalamualaikum

Memandangkan semalam ada customer tanya perbezaan antara Gla Complex Shaklee dan EPO yang ada di pasaran, hari suka saya nak buat entry berkenaan isu ini. Jom kita lihat di manakah perbezaan antara kedua-dua produk ini tetapi mempunyai fungsi yang sama.

Perbezaan Gla Complex dan EPO

EPO dihasilkan dari minyak bunga evening primrose yang tinggi dengan kandungan GLA (gamma-linolenik acid), manakala GLA Complex pula dihasilkan dari minyak bunga borage yang mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi iaitu sebanyak 25% berbanding hanya 10% di dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis malah ekzema.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu menguatkan sel dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6.


Bunga borage
Bunga Evening Primerose

Kebaikan Gla Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Ramai yang salah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya  GLA (gamma-linolenik acid) yg sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga mereka yang sudah monopause dan andropause (lelaki).

Jadi Gla Complex memang elok dijadikan suplemen harian. Ia merupakan suplemen favourite saya selain ESP!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 16 June 2014

Kelebihan B Complex

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi kenapa elok kalau kita jadikan B Complex sebagai vitamin harian. B Complex turut dikaitkan dengan kecantikan kulit dan membantu mengurangkan stress. Jom kita lihat dulu apakah manfaat utama B Complex...

1) Menukarkan makanan kepada tenaga 
B Complex membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan tekanan (Anti-stress)
B Complex memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu tumbesaran 
B Complex menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan rambut 
B Complex memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Sangat sesuai bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan mata 
B Complex mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia
B Complex membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan senggugut 
B Complex baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8) Mengurangkan risiko mendapat Perleche
B Complex boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi 

B Complex Shaklee menganngi lapan kumpulan vitamin B , dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee.


Siapa yang memerlukan B Complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:

  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migrain
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang ingin kelihatan cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang
Dengan suplemen B Complex Shaklee anda sudah mendapat semua vitamin B yang lengkap dan diperlukan oleh badan. Jadi jangan tunggu lama-lama...pastikan anda mendapat bekalan vitamin B dari Shaklee yang semestinya halal, selamat dan berkesan.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com






Sunday 15 June 2014

CoQ Health Plus untuk jantung sihat

Assalamualaikum

Mesti kita semua risau kalau ada orang yang kita sayang mengalami sakit jantungkan? Seperti yang kita sedia maklum serangan jantung adalah antara penyebab utama kematian di kebanyakan negara maju dan membangun seperti Malaysia. Bukan saja faktor keturunan, faktor pemakanan dan gaya hidup masa kini juga banyak menyumbang kepada terjadinya serangan jantung. Dalam 3-4 tahun kebelakangan ini, kita banyak terbaca mereka yang masih muda mati secara mengejut. Ini tak lain tak bukan adalah disebabkan oleh serangan jantung secara tiba-tiba. Jadi, marilah kita mula mengamalkan suplemen yang dapat menjaga jantung kita agar dapat berfungsi dengan baik.

Apa itu CoQ Health Plus?

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co-Enzim Q10 , vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co-Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel.


Apakah peranan Co-Enzim Q10?
  • menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung.
  • bertindak sebagai antioksida (melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL) 
  • melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
  • membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah yang menyalurkan darah ke jantung.
  • Kebaikan utama Co-enzim Q10 ia dapat menangani serangan jantung. Jika kita didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi dengan baik.
Fungsi dan kebaikan Co-Enzim Q10 dalam CoQ Health Plus adalah:

1. Untuk kesihatan jantung:

  • membantu untuk mencegah penyakit-penyakit kardiovascular termasuk arteri tersumbat
  • menguatkan otot-otot jantung
  • memperbaiki mutu kehidupan dan kesihtan mereka yang telah mengalami kegagalan fungsi jantung
  • membantu untuk mengawal tekanan darah
2. Untuk penyakit kanser

Para doktor telah menggunakan co-enzim Q10 untuk membantu pesakit kanser payudara dan menyokong kesihatan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.

3. Untuk penyakit kencing manis

Co-enzim Q10 dapat menambah penghasilan insulin yang mana membantu pesakit yang menghidap kencing manis.

4. Untuk kesihatan gusi

Co-enzim Q10 telah digunakan untuk mereka yang mempunyai simptom bagi sakit gusi dan ‘muscular dystrophy’ dan menghasilkan keputusan yang sangat memberangsangkan.

5. Untuk kesihatan minda

Ujian klinikal telah menunjukkan pesakit yang menghidap Parkinson mendapat manfaat dari pengambilan co-enzim Q10.

6. Untuk mengurangkan berat badan

Obesiti boleh juga dikaitkan dengan kekurangan co-enzim Q10 di dalam tubuh badan. Kajian juga telah menyarankan bahawa ko-enzim dapat membantu pesakit yang mengalami sindrom cepat penat yang kronik.

7. Untuk kesuburan lelaki

Dalam kajian yang melibatkan pesakit lelaki tidak subur, co-enzim Q10 didapati meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma sekaligus meningkatkan kadar kesuburan.



Co-enzim hanya terdapat dalam beberapa jenis sumber makanan. Ini menyebabkan ramai orang kekurangan co-enzim Q10 di dalam tubuh badan mereka sekaligus boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan mereka. Antara simptom-simptom kekurangan co-enzim Q10 ialah:
  1. Kegagalan fungsi jantung
  2. Strok
  3. Valve prolapse
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Kekurangan tenaga
  6. Jangkitan gusi
  7. Melemahkan sistem imun badan
Anda sayangkan jantung anda? Mulakanlah pengambilan Coq Health Plus hari ini...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Saturday 14 June 2014

Vitamin Shaklee untuk rambut gugur

Assalamualaikum

Kembali bersiaran...hari ni nak cerita 'solution' untuk mengatasi masalah rambut gugur pula. Memang memeningkan kalau masalah keguguran rambut berpanjangan dan lagi runsing kalau dah cuba banyak jenis produk tapi tak berkesan.

Vitamin, suplemen dan rangkaian penjagaan rambut Shaklee dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Melalui pengalaman sendiri, kesannya sangat positif apabila konsisten mengamalkan ESP dan zinc complex. Bukanlah sampai tak ada langsung rambut yang gugur tapi dan 80% berkurangan dari dulu.

Cadangan vitamin dan suplemen untuk masalah rambut gugur:



ESP
- Energizing Soy Protein sangat sesuai diambil untuk masalah rambut gugur, kuku yang rosak dan untuk mendapatkan kulit yang sihat.
- Ia membekalkan protein untuk membina rambut baru.

Vitalea
Rambut yang sihat memerlukan Vitamin A, B, C dan E. Jadi pengambilan multivitamin sangat membantu untuk melengkapkan keperluan vitamin dan mineral dalam badan.

Zinc Complex
- Kekurangan zink pula boleh mendorong kepada rambut gugur. Kekurangan zink akan menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kerosakan rambut serta menyebabkan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink elok sekali untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang rambut gugur.


Produk penjagaan rambut yang sesuai untuk masalah rambut gugur:



Revitalizing Shampoo

- Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
- Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.
- Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


Replenishing Conditioner

- Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut.
- Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan hujung rambut yang bercabang.
- Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.

Nourishing Scalp Treatment

- Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
- Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
- Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
- Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
- Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
- Formula eksklusif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut.

Jadi anda boleh cuba vitamin dan produk penjagaan rambut di atas. Insya-allah anda akan mendapat kesan yang diingini...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 13 June 2014

Masalah keguguran rambut merungsingkan?

Assalamualaikum

Ramai di antara kita tak kira lelaki atau wanita mengalami masalah keguguran rambut. Yang membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain ialah ada yang runsing dengan masalah ini dan ada yang tidak ambil peduli. Tapi yang pasti kebanyakan wanita mengambil berat kalau mereka mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Mesti nak cuba pelbagai jenis produk di pasaran yang dikatakan mampu mengurangkan rambut gugur. Tapi sebenarnya sebelum anda mencuba produk sedia ada, anda sepatutnya mengetahui dulu apakah punca yang menyebabkan rambut anda gugur kemudian baru mencari produk yang sesuai.

Jom kita tengok dulu apakah antara punca masalah keguguran rambut:

1. Hormon – Wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah keguguran rambut disebabkan perubahan hormon berbanding lelaki. Kehamilan, melahirkan anak dan menopaus adalah antara sebab wanita selalu megalami masalah ini.

2. Ubat-ubatan – hanya untuk lelaki, banyak ubat-ubatan moden seperti anti-depression, pencair darah dan ubat anti-kolestrol boleh menyumbang secara langsung kepada keguguran rambut. Bagi sesetengah wanita pil perancang boleh menjadi faktor utama kepada masalah rambut gugur.

3. Genetik – Keguguran rambut disebabkan oleh faktor genetik lebih dikaitkan dengan lelaki tetapi wanita juga boleh mengalami corak kepala botak atau androgenetic alopecia. Kira-kira 15% perempuan di Amerika Syarikat akan terjejas. Hanya untuk lelaki, dehydrotestosterone (Kademlia DHT) menyebabkan folikel rambut untuk menutup. Manakala bagi wanita ialah penipisan am rambut bukannya tompok-tompok botak di kepala.

4. Tekanan – Stress atau tekanan yang melampau samada di tempat kerja atau masalah peribadi boleh menggangu hormon badan dan menyebabkan keguguran rambut.

5. Penyakit – Kebiasaanya penyakit seperti gangguan kencing manis atau Tiroid, meletakkan badan di bawah tekanan dan menyumbang secara langsung kepada keguguran rambut.

6. Rambut rosak – wanita melakukan lebih banyak untuk rambut mereka berbanding lelaki dan beberapa rawatan harian kita pinggan ke rambut kita boleh mempunyai kesan yang tidak dijangka. Kesan syampu rambut colorants, pelunturan, penering rambut, straighteners – kita seolah-olah melakukan segala-galanya yang mungkin menyebabkan tekanan kepada akar rambut.

7. Diet – wanita secara umumnya diet lebih daripada lelaki dan lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang melampau untuk meurunkan berat badan. Diet penurunan berat badan yang melampau atau pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan keguguran rambut. Walaupun kekurangan zat besi,zink dan protein sering dikaitkan dengan keguguran rambut berkaitan pemakanan, pelbagai kekurangan nutrien boleh menyebabkan penipisan rambut.


Dalam entri yag lain anti saya akan kongsikan vitamin dan produk rambut Shaklee yag sesuai untuk masalah keguguran rambut ni. Tapi kalau masalah keguguran rambut anda terlalu kronik, eloklah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui puncanya...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday 12 June 2014

Halang kolestrol dengan Phytocol-ST

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi tentang produk terbaru Shaklee iaitu Phytocol-ST. Apa itu Phytocol -ST? Ia adalah produk terbaru Shaklee yang dilancarkan pada 7 Jun baru-baru ni yang mampu menurukan kadar kolestrol secara semulajadi.



Ini merupakan berita baik kepada lebih 6 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah kolestrol tidak sihat dalam darah. Mari kita lihat dulu apakah antara faktor yang menyebabkan kolestrol tinggi dalam badan.

1. Faktor yang tidak dapat dikawal

a. Keturunan

Apabila ada keluarga yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, maka besar kemungkinan anak-anak akan mengalami masalah yang sama.

b. Usia
Setelah usia lebih daripada 20 tahun, paras kolestrol mula meningkat. Untuk kaum lelaki, kolestrol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. Bagi wanita, kolestrol akan mudah untuk naik setelah menopause.

2. Faktor yang dapat dikawal

a. Makanan telalu banyak lemak
b. Berlebihan berat badan
c. Kurang senaman
d. Merokok
e. Gaya hidup yang tidak sihat
f. Stress
g. Diabetes mellitus
h. Minum kopi berlebihan

Kelebihan Phytocol-ST Shaklee:

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

Bagaimana Fitosterol bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Tahukah anda?


Jadi kalau kita rasa kita tidak mampu untuk mengambil kadar pemakanan seperti di atas untuk menurukan paras kolestrol LDL, eloklah kita ambil Phytocol-ST ni. Ianya terbukti berkesan secara semulajadi utuk menurunkan paras kolestrol anda!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 9 June 2014

Bahan istimewa dalam Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum

Pernah tak anda survey harga produk-produk yang berasaskan kolagen? Mesti ada pernah jumpa yang mahal dan yang murahkan? Kenapa kita perlu berhati-hati dalam memilih produk kolagen? Sebabnya bukan semua produk yang mengandungi kolagen akan memberikan kesan yang kita kehendaki. Memang tulis pada kotak tu bahan utamanya adalah kolagen tapi dapatkan kolagen tu menyerap sepenuhnya ke dalam badan anda? 

Hari ni saya nak berkongsi bahan-bahan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder (SCP) dan mengapa ia merupakan collagen yang terbaik. Sudah ramai yang mencuba SCP dan tidak beralih arah kepada produk kolagen yang lain. Kenapa? Jom tengok dulu apa bahan utama dalam SCP...

1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen terbaik. Merupakan ikan laut dalam, kurang pencemaran , tahan lasak dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica, terdiri daripada asid oleik yang dapat melembapkan kulit secara hebat, juga merupakan antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Juga dikenali sebagai Ginseng Brazil, bilamana bergabung dengan ekstrak biji Camellia Japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

5. Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B meningkatkan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.

6. Ekstrak Kekerang
Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus Acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula usus yang sihat, yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.




Kenapa SCP mudah diserap oleh badan?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yg mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Colagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah. Kenapa sisik ikan merah? Ikan Merah merupakan satu-satunya ikan yang boleh tahan hidup di bawah paras laut yang kedalamannya sehingga 5000m di bawah paras laut pada keadaan bertekanan tinggi dan selamat dari pencemaran. Ini menunjukkan sisik ikan merah ini sangat kuat menahan tekanan tinggi dan juga merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak.



Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1000 dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Jadi inilah sebabnya anda perlu memilih SCP kerana kebaikannya dan penyerapan yang mudah mampu memberikan kesan yang terbaik. Jangan bertangguh lagi jika anda inginkan kulit yang cantik, anjal dan licin.

Beli 3 kotak sekaligus, anda layak mendapat keahlian percuma dan cash bonus. Dah la dapat kulit cantik, dapat beli pada harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat duit lagi. Memang berbaloi!

Hubungi saya segera...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday 8 June 2014

Sumber makanan kaya antioksidan

Assalamualaikum

Kenapa kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan? Antara sebab utama adalah untuk menghalang radikal bebas, mencegah penyakit jantung dan kanser, mencegah penuaan, menguatkan sistem imun tubuh dan menjaga kesihatan saraf.

Hari ni saya suka untuk berkongsi tentang sumber-sumber makanan yang tinggi kandungan antioksidan supaya kita dapat sama-sama mengamalkannya.


1. Kurma
Buah kurma mengandung kalium (potassium), serat, kalsium, zat besi (Fe), Vit A, B2, B12, dan Vit C, aspirin, salisilat, fosfor, sulfur, natroum (sodium), magnesium, cobalt, seng, fluorin, tembaga (Cu), mangaan, selulosa, dan karbohidrat (berupa glukosa dan fruktosa). Kandungan vitamin C nya berperanan sebagai antioksidan.

2. Kismis
Kismis dihasilkan daripa buah anggur yang dikeringkan. Buah anggur memang tinggi kandungan antioksidan. Catechin, salah satu dari antioksidan pada ksimis yang sangat berguna dalam pencegahan tumor dan kanser kolon serta menjaga kesihatan jantung kita. Phenolic Phytonutrients dikenali kerana memiliki fungsi sebagai pembunuh kuman, antibiotik dan antioksidan yang banyak ditemui dalam kismis.

3. Blueberi
Blueberry adalah buah yang berasal dari Amerika Utara. Buah yang tumbuh di musim panas di Amerika Utara ini tumbuh secara liar namun memiliki banyak khasiat. Bluberry mengandung berbagai zat, contohnya beberapa mineral (mangan, kalsium, fosfor, besi, kalium, dan seng), Vit B1, B2, B3, dan B6, Vit C, Vit E. Vit K, karbohidrat, lemak, dan antosinin. Antosinin adalah zat antioksidan yang mampu menghambat perkembangan sel kanser, inflamasi serta baik untuk kesehatan kulit serta mencegah penuaan.

4. Strawberi
Strawberi mengandung Vit K, mangan, asam folat, potasium, riboflavin, Vit B5, B6, magnesium dan omega 3. Ia mengandung zat antioksidan yang membuat buah ini berwarna merah.

5. Rasberi
Rasa buahnya yang masam menandakan kandungan Vit C yang tinggi didalamnya. Buah raspberi ini jika diamalkan secara rutin sangat banyak faedahnya. Ia dapat mencegah kerosakan sel otak, melancarkan pencernaan, mencegah kanser usus, mengurangkan alergi, mencegah penyakit jantung, mencegah penuaan awal da mengawal diabetes.

6. Plum
Selain mengandung 38% antioksidan yang jauh lebih banyak daripada blueberi, buah plum sangat kaya akan serat larut yang membantu menurunkan kolesterol dalam badan.

7. Delima
Polifenol yang ada di dalam delima lebih efektif daripada antioksidan yang ada dalam kandungan makanan lain untuk memerangi radikal bebas.

8. Kekacang
Kacang merah mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Kekacang merupakan makanan antioksidan terbaik di antara keluarga sayuran.

9. Teh hijau
Teh hijau mengandung polifenol dan katekin yang sangat efektif menghalang radikal bebas tubuh.

10. Bayam
Bayam terkenal sebagai sayuran yang tinggi kandungan zat besi. Tidak hanya baik dalam hal nutrisi, bayam juga berkhasiat sebagai antioksidan. Kekuatan antioksidan bayam hijau terletak pada lutein dan beta-karoten.

11. Lemon
Rasanya yang masam adalah kerana ia memiliki kandungan vitamin C yang tinggi sebagai antioksidan. Ia dapat menyembuhkan gangguan pencernaan, mual, kembung dan masalah sembelit.

12. Nenas
Buah nenas memiliki kandungan nutrisi yang sangat banyak seperti vitamin A dan C yang berfungsi sebagai antioksidan. Buah nenas juga mengandung kalsium, fosfor, magnesium, besi, natrium, kalium, dekstrosa, sukrosa serta enzim bromelain. Kandungan-kandungan tersebut sangat baik untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa sihat.

13. Brokoli
Brokoli memiliki manfaat untuk mencegah kanser kolon, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Zat yang terkandung di dalam brokoli juga bermanfaat sebagai antioksidan. Kandungan anti-acetylcholinesterase-nya juga dapat mencegah kanser prostat.

14. Kiwi
Buah kiwi juga banyak kandungan phytonutrients yang baik untuk keshatan kerana akan menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan bagi tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan dan kesihatan mata.

15. Telur
Telur kaya dengan kandungan antioksidan iaitu lutein. Lutein berfungsi melindungi mata dari katarak dan mencegah kerosakan mata. Meskipun kandungan lutein dalam telur jauh lebih kecil daripada pada bayam, tetapi lutein pada telur diserap tubuh 3 kali lebih efektif.

Banyakkan makanan yang kaya dengan antioksidan? Jadi bolehlah anda cuba mengambil makanan yang telah tersenarai di atas. Tapi bagaimana kita hendak pastikan semua makanan yang kita ambil diserap dengan baik oleh badan? Jadi bagi mereka yang tidak pasti samada mereka betul-betul dapat manfaat atioksidan daripada sumber makanan di atas, anda tidak perlu risau. Anda boleh ganti pengambilannya dengan vitamin yang tinggi kandungan antioksidan seperti vitamin A, C dan E.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 6 June 2014

Vitamin E vitamin cantik

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi melancong atau balik kampung kan? Tengok status kawan-kawan kat FB dan instagram pun ramai yang makan angin sana-sini. Memang elok pergi melawat tempat orang ni...jauh perjalanan luas pengalaman. Kami sekeluarga pun weekend baru-baru ni balik kampung sebab ada wedding sepupu belah suami. Memang meriah dapat berkumpul jumpa sanak-saudara. Time wedding & hari raya je la boleh jumpa ramai sikit sedara-mara...kalau tak semua sibuk dengan urusan masing-masing betul tak?

Bulan Jun ni sempena promosi Vita E memang tepat pada masanya sebab tak sampai 2 bulan lagi dah nak raya. Jadi mesti la ramai yang nak kulit cantik, badan cantik sebab nanti jumpa ramai kawan-kawan dan sanak saudara bila balik kampung nanti. Ada yang memang setahun sekali baru jumpa...bila kulit wajah dah cantik tu mesti ramai yang tanya & puji kan?




Vita E ni memang antara vitamin yang masuk dalam kategori Set Kecantikan selain Vita C dan B complex. Jom kita lihat dulu kelebihan Vita E secara menyeluruh... 

  • Sebagai anti-oksidan yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular. 
  • Mencegah penyakit jantung 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan produksi air mani untuk kesuburan lelaki 
  • Anti penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari dapat melambatkan proses penuaan, mengurangi kedutan, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kulit dan tona muka yang sekata 
  • Merangsang rambut menjadi lebih sihat dan mencegah keguguran rambut 
  • Boleh dijadikan masker dan membantu masalah parut. 
  • Mencegah keguguran 
  • Mengurangi risiko kanker prostat di kalangan penghisap rokok 
  • Memperbaiki arthritis dan memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer 
  • Meningkatkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama memperkuat dinding kapilari darah 
  • Memperbaiki peredaran darah 
  • Membantu dalam masalah “premenstrual syndrome” dan penyakit fibroid 
  • Merawat sakit sendi 
  • Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan 
  • Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat 
  • Mencegah penyakit katarak 
Antara lain kelebihan vitamin E ni kepada kejelitaan kulit adalah dengan membantu:-
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut.
Artis-artis yang kulit cantik putih gebu tu memang kebanyakannya mengamalkan vitamin E dan C. Anda semua pun mesti nak kan kulit yang cantik? jom beli ramai-ramai sempena promosi Vita E bulan ni. Beli 6 botol dapat free 1 botol. Selain daripada tu secara automatik dapat free membership dan cash bonus. Rugi siapa tak grab peluang yang julung-julung kali datang ni. 

Sekarang kita tengok pula testimoni dari mereka yang dah gunakan vitamin cantik ni. [ihsan google]



Bestkan tengok mereka yang dapat kulit wajah yang mereka idamkan...jadi apa tunggu lagi sementara promosi sedang berlangsung ni...jom beli cepatttt...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com