Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 20 June 2016

Farha's birthday & Father's Day celebration

Assalamualaikum...

Alhamdullilah...semalam dapat sambut birthday Farha yang ke-7 dan sekaligus sambut Hari Bapa. Pagi Ahad tu pergi GM Klang beli barang-barang untuk buat party pack Farha. Dia nak bagi pada kawan-kawan di sekolah. 

Bila dah azan Maghrib, minum air dan makan roti sekeping then terus solat. Lepas tu siap cepat-cepat dan terus gerak ke Star Avenue. Kami pilih Restoren Big Brother for this double celebration. Sampai dalam pukul 8.10 mlm, tak ramai pun orang kat restoren tu. Sebenarnya dulu kami selalu pergi Big Brother di Kota Damansara jadi dah tahu la nak expect quality yang macam mana. Kami pun order Chicken Parmigiana, Chicken Chop, Fish & Chip, Mushroom Soup, Kids Meal, Nachos with beef, Strawberry & Oreo Smoothies. Semua makanan di situ boleh dikatakan big portion dan yang paling best semuanya sedap-sedap belaka. Rasa sangat worth it makan kat situ. Sampai ada yang tapau bawa baliklah sebab dah tak larat nak habiskan.

Bagi yang nak buat apa-apa celebration bolehlah bawa kawan-kawan atau family makan di Big Brother, Star Avenue dekat Subang Bestari tu. Lepas makan kami pusing-pusing di lobby Star Avenue. Cantik decoration raya yang diorang buat...dengan lagu raya lagi...memang feeling la nak raya sangat-sangat dah. Anak-anak pun happy je bergambar dan lari sana-sini.

Lastly, mama doakan Farha dapat membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan rajin belajar. To my beloved hubby, thanks for everything...you are our hero!








Monday 13 June 2016

Birthday Fahim ke -12

Assalamualaikum...

Jumaat lepas bersamaan 5 Ramadhan genaplah usia anak sulungku 12 tahun. Dah nak remaja dah anak terunaku sorang ni. Mama doakan semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dapat 6A dalam UPSR nanti. Mama tak bagi hadiah pun cuma belanja kat NY Steak Shack je. Tunggu result UPSR nanti boleh bagi hadiah besarrr...





Set Sahur Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 bulan Ramadan. Ada yang dah pening nak makan @masak apa masa bersahur dan berbuka. Kalau nak senang boleh je ambil Set Sahur Ramadhan ni...so utk bersahur tak payah pening-pening fikir dah nak bangun awal siapkan lauk-pauk semua...yang penting set sahur ni sangatlah berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga. Tak percaya? Cubalah dulu!


Kalau berminat nak cuba boleh contact saya ye...

Asmin
012-7747 857