Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 20 April 2015

Family Sports Day

Assalamualaikum

Sabtu lepas Genius Aulad adakan family sports day di Taman Lembah Bukit SUK, Shah Alam. Temanya ialah 'Loving Plants and Trees'. Memang tak pernah sampai area situ nasib baik Waze tunjuk jalan yang betul hehehe. Sampai dalam pukul 8.50 pagi dah...ramai yang dah beratur tapi belum start aktiviti lagi. Saya pun pergi register dulu...dapat topi, air mineral, nasi lemak, roti sosej dan insect repelent serta stiker. Kakak dan adik dalam group pink. So senang mama nak monitor sebab aktiviti-aktiviti tu semua kena ada sorang parent accompany. 

Pink group start dengan aktiviti tekap daun. Lupa pulak nak ambik gambar masa tu. Tapi basicly ambil 4 jenis daun berlainan, letak bawah kertas putih dan color dengan krayon. Jadi nampak la urat-urat daun tu kat kertas. Aktiviti kedua kena jalan atas satu tempat yang dah disediakan. Halangan dia tak susah pun tapi kalau budak yang 4 tahun tu slow la sikit. Aktiviti ketiga panjat bukit guna tali...sarung tangan disediakan jadi tak perlu risau. Aktiviti ni kakak je buat...adik tak nak pulak. Aktiviti keempat papa dan abang diorang pulak handle...mama rehat makan nasi lemak. Sedaplah sambal nasi lemak tu...rasa macam dulu-dulu punya...terbaiklah!

kami tak sempat join aktiviti terakhir sebab rushing nak pergi hospital. so pukul 11 pagi kami dah gerak balik. Seronok juga kat taman ni sebab pagi tu banyak je family yang bawak tikar so hampar bawah pokok. Pagi-pagi tu angin takde so agak panas tapi lepas pukul 10 baru la ada udara bergerak. Bagi saya satu je la yang kurang best iaitu ada 2 aktiviti yang kena tunggu semua ahli dah habis baru boleh mula. Penat gak menunggu dan ada budak-budak yang dah cranky.

Setakat tu je lah yang kami join...lepas settle semua aktiviti rasanya ada penyampaian hadiah pada semua kanak-kanak. Jom layan gambar aktiviti yang kakak dan adik masuk dan yang sempat snap.











Tuesday 14 April 2015

Kurus dengan Cinch Shake

Assalamualaikum...

Semua dah tahu kan promosi bulan ni antaranya Cinch Shake. Cinch Shake ni memang minuman protein berfungsi untuk bantu anda kurangkan berat badan. Ia memberi rasa kenyang yang berpanjangan kerana Cinch Shake mempunyai indeks glisemik yang rendah.

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protein? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protein terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yang kaya protein ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam dan tauhu.



Kelebihan Cinch Shake:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
Kalau nak selim melim time raya nanti bolehlah mulakan program diet anda sekarang dengan Cinch Shake dan Set Diet Shaklee. Contact saya ya:)

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 6 April 2015

Promo meriah bulan April

Assalamualaikum...

Bulan ni promosi lagi menarik terutamanya bagi mereka yang nak kurangkan berat badan. Kenapa ya? Sebab ni first time ada promo Cinch Shake tau...lecithin tu dan selalu gak la ada. Jadi memang best sangat bagi mereka yang nak kurus tu...sesuai la sebab tak lama lagi dah nak raya kan...kalau start dari sekarang confirm masa raya ni boleh sarung baju kebaya hehehe...

Selain daripada tu ada promosi DTX Complex yang berfungsi untuk detox hati...kalau hati banyak toksin, senang je dapat penyakit. Vitalea for children pun masih ada promosi...multivitamin perasa anggur ni memang bagus untuk anak-anak kita. 

Yang terakhir sekali promosi Gla Complex. Ini memang suplemen kegemaran saya. Dah setahun lebih saya amalkan. Apa yang best? Yang paling ketara period setiap bulan dah tak kena senggugut. Period pun agak tetap tiap-tiap bulan jadi tak la pening kepala. Gla ni bagus untuk menstabilka hormon badan kita. Yang mana period tak tetap, ada masalah kesuburan dan selalu mengalami PMS elok amalkan Gla Complex.

Jadi jangan lepaskan peluang promosi bulan April ni ye. Dapatkan daripada saya pada harga istimewa.






Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com