Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday 30 April 2014

Mealshakes untuk anak anda

Assalamualaikum

Mealshakes??? Macam milk shake je bunyinya. Mesti sedapkan? Sebenarnya ramai ibu-ibu yang happy bila jumpa Mealshakes ni sebab ianya dapat membantu pelbagai masalah anak-anak. Kebanyakan anak-anak sekarang tinggal dengan pengasuh atau dihantar ke nurseri. Setiap hari mereka bercampur dengan ramai budak-budak lain dan dengan sebab itulah mereka lebih senang terkena jangkitan penyakit. Penyakit yang paling senang dan selalu kena ialah demam, batuk dan selsema. Dalam sebulan tu kadang-kadang 2-3 kali kena pergi klinik. Itu semua kos jugak kan?

Jadi apa yang bagus sangat Mealshakes ni yang menyebabkan ia mendapat sambutan hangat di kalangan ibu-ibu? Jom kita tengok apa kebaikannya...

Kebaikan Mealshakes untuk kanak-kanak:

  1. Kurangkan ekzema
  2. Untuk tumbesaran
  3. Untuk perkembangan minda
  4. Untuk tingkatkan selera makan anak
  5. Untuk anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak (bagi yang kurang makan)
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obes
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
  16. Yang paling BEST, Mealshakes membekalkan 19 vitamin & mineral untuk tumbesaran anak anda.

Jadi kaum ibu di luar sana tak perlulah risau sangat kalau anak anda terlalu memilih makanan (picky eater), makan dalam kuantiti yang sedikit, terlalu gemuk atau sering sakit...insya-allah Mealshakes dapat membantu. Lagi elok bagi makanan tambahan kepada anak-anak daripada selalu kena bagi ubat. Selain daripada itu, boleh kurangkan kos jumpa doktor di klinik. Anak sihat ibu happy...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 29 April 2014

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Assalamualaikum

Siapa suka ambil kolagen sebagai suplemen harian? Sekarang ni kalau kita tengok memang banyak sangat jenama kolagen di pasaran. Kekadang tu sampai tak tahu mana satu nak pilih. Hari ni saya nak kongsi tentang collagen powder yang ditawarkan oleh Shaklee. Sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan Shaklee Collagen Powder (SCP).


  • Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietatri RSS iaitu Red Snapper Scale Collagen, kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen yang bermolekul sangat ringan  kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu peningkatan kepada sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dalam tubuh badan kita dan sangat mudah untuk dihidangkan dengan campuran makanan ataupun minuman kegemaran.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk ektrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstak kerang-kerangan. Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari luar dan dalam.
Kebaikan bahan-bahan dalam SCP:

Kolagen ikan - Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal.
Ekstrak kulit kerangan - mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.
Ekstrak biji Camellia Japonica - Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
Ekstrak Pfaffia - Merawat rambut gugur, ketidak seimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
Vitamin C - Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2 & B6 - membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Kelebihan SCP:
  • anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
  • menghidratkan - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada muka
  • mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menyubur - menggalakkan pertumbuhan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
  • mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang, membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut
Kalau nak dibandingkan SCP dengan kolagen lain di pasaran, memang harganya agak mahal tapi bila anda dah cuba mesti tak nak tukar jenama lain dah. Kesan pengambilannya boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan bergantung kepada kulit masing-masing. Kesan maksimum boleh dilihat dalam masa 8 minggu. 

Ok, yang lagi best bila ada beli 3 kotak SCP sekaligus...terus dapat FREE lifetime membership. Wow! Dah la dapat kulit cantik, gebu, menawan...dah jadi member terus. Lepas ni boleh enjoy harga ahli yang jauh lebih murah dan jimat.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 28 April 2014

Cara efektif untuk kejut anak bangun pagi

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hari ni nak kongsi tips parenting pula. Maklum la ramai antara kita ada anak-anak yang masih bersekolah. Rasanya tanggungjawab harian yang paling mencabar ialah nak kejutkan anak-anak bangun pagi untuk ke sekolah terutamanya kanak-kanak yang masih kecil. 

Setakat ni saya tak la rasa susah sangat nak kejut anak-anak yang berumur 4 & 5 tahun untuk ke tadika. Biasanya saya akan kejutkan mereka pada pukul 7.45pagi. Dah bangun terus ajak ke toilet untuk mandi. Lepas dah bersiap, suapkan breakfast. Selalunya mereka berdua ni makan cereal atau roti saja. Lagi 10 minit sebelum kelas mula, baru kami gerak dari rumah. 

So sekarang saya nak share tips bagaimana nak kejutkan anak-anak yang masih kecil ni supaya senang bangun pagi. Yang dah sekolah rendah tu rasanya tak la susah sangatkan? Antara yang boleh diamalkan ialah:

  • Beri anak-anak makan malam awal sedikit sekitar pukul 7 malam. 
  • Kurangkan aktiviti yang aktif sebelah malam. Kalau boleh pukul 9 tu dah tutup televisyen. Boleh baca buku atau siapkan kerja sekolah.
  • Masuk tidur awal. Pukul 10 saya dah ajak anak-anak masuk tidur. Jadikan ini sebagai rutin. Jangan biarkan anak tidur tak tentu masa.
  • Sebelum tidur tu pesan pada anak supaya esok dapat bangun dengan mudah bila kita kejutkan. 
  • Peluk dan cium sebelum mereka tidur. Mereka akan rasa happy dan bersemangat.
  • Pastikan mereka tidak tidur petang terlalu lewat dan terlalu lama. Kalau anak-anak biasa tidur petang, biarkan mereka tidur dalam sejam antara pukul 2-5 petang.
  • Kalau dah kejut tapi taknak bangun juga, beritahu mereka yang hari ni ada aktiviti menarik di sekolah. Mereka akan lebih teruja untuk ke sekolah. Ataupun boleh cakap yang Si A (kawan baik anak) sedang menunggu dia di sekolah.
  • Apabila ada hari yang anak anda senang bangun, puji sikap dia yang baik tu.
  • Selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita.


Inilah antara tips yang saya sendiri amalkan. Para ibu di luar sana boleh la guna kalau nak cuba. Semoga anak-anak kita dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang taat kepada perintah Allah...

Sekian tips untuk hari ini...


Sunday 27 April 2014

Kebaikan Vita C Sustained Release

Assalamualaikum

Ramai yang suka makan buah oren kan? Tapi mampukah kita nak makan 7 biji oren dalam satu hari? Kalau anda nak khasiat yang sama dengan 7 biji oren setiap hari, ada hanya perlu mengambil sebiji Vita C SR. Sebenarya sebiji Vita C SR bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Hebatkan???


Ok sekarang mari kita lihat apakah kebaikan Vita C SR..

  • Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yg terlibat dlm pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan 'kolagen' berasal dari perkataan Yunani yg bermaksud 'lekat' atau bersifat pelekat. Sebab itu mereka yang amalkannya mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat. 
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang mengidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan salur jatung tersumbat. 
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantum bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vit C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang daripada mengalami kerosakan yg teruk. 
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormon fungsi imun).Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin c dan oleh kerana kekurangan vitamin C, sistem keimunan kita lemah dan mudah diserang penyakit. 
  • Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan dalam badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut (goyang) dan luka lambat sembuh, pendarahan dlm otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin c adalah umpama gam yg melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dlm badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin c pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepat proses penyembuhan.
Antara manfaat lain Vita C SR ialah:
  1. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma juga memerangi simptom selsema. 
  2. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yg berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells utk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. 
  3. Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat. 
  4. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 
  5. Mengekalkan kolesterol sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dlm darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 
Apa KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN Vita C Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran?
  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara 'sustained release' atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-laha. Jadi vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. 
  • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet. 
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik. 
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan kita.

Bestkan Vita C SR ni? Siapa yang masih tercari-cari jenama vitamin c apa yang nak guna eloklah cuba Vita C Shaklee. Memang berbaloi sebab 1 botol boleh tahan 6 bulan!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 25 April 2014

Jenis-jenis sedekah

Assalamualaikum

Ramai orang kata 'aku tak banyak duit, jadi macam mana nak beri sedekah?'. Tahukah anda sedekah sebenarnya boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk bukan sekadar memberi wang ringgit?

Antara sedekah yang boleh dan biasa diamalkan:

- bertasbih, bertahlil dan bertahmid
- buat perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang mungkar
- memberi pakaian yang tidak digunakan lagi (masih elok keadaanya)
- memberi makan kepada anak yatim
- membantu menyelesaikan masalah seseorang (tak kira apa jua masalah)
- bertegur sapa sesama manusia
- bekerja bersugguh-sungguh untuk menampung keperluan keluarga
- belanja kawan-kawan makan
- setiap langkah menuju ke masjid adalah sedekah

Jadi, banyakkan cara lain kita ak bersedekah? Buka hanya keluarkan duit yang banyak untuk bantu orang bina surau, masjid atau benda lain memerlukan jumlah wang yang besar. Tetapi kalau kita mampu, bolehlah memberi sedekah wang ringgit.

Satu lagi sedekah yang paling senang adalah SENYUM. Jadi sentiasalah berwajah manis tidak kira kepada sesiapa dan di mana jua...


Thursday 24 April 2014

Peppermint Ginger pilihan ibu hamil

Assalamualaikum

Perkongsian hari ni berkisar tentang satu produk Shaklee yang memang selalu menjadi pilihan ibu-ibu yag hamil. Mengapa?

Peppermint Ginger dapat membantu masalah loya atau alahan yang sering dialami oleh ibu hamil pada peringkat awal kehamilan. Mereka aka merasa lebih selesa setelah mengambil Peppermint Ginger ini. Selain daripada itu, Peppermint Ginger juga dapat menangani masalah berikut:
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.
Mari kita lihat bahan-bahan yang terkandung dalam Peppermint Ginger Plus...


Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut. Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan ciamanrit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.

Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Kelebihan dan kebaikan Vivix

Assalamualaikum

Hari nak sambung tentang kelebihan dan kebaikan Vivix pula. Jom kita tengok mengapa ramai yang dah jatuh cinta dengan Vivix...

Kelebihan Vivix

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam badan telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh).


Vivix sebenarnya merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang hebat. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan amat digalakkan mecuba Vivix. Mereka yang ingin sentiasa sihat dan awet muda pun elok amalkan Vivix. Memang diakui harganya yang agak mahal tetapi kalau result yang kita dapat lebih dari harga sebotol Vivix, tak ke berbaloi namanya tu? Bak kata orang 'health is wealth'. Kalau duit banyak pun tapi badan tak sihat, tak seronok juga kan?

Kepada sesiapa yang ingni merasai khasiat kebaikan Vivix boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 21 April 2014

Vivix tonik kesihatan hebat

Assalamualaikum

Hari ni saya nak bercerita tentang satu produk premium dari Shaklee iaitu Vivix. Vivix merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan. Hanya dengan satu sudu teh sehari, Vivix mampu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani dan merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi.





Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Sekarang mari kita berkenalan dengan setiap bahan yang terkandung dalam Vivix.


Anggur Muscadine (Muscadine Grape)

  • Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polifenol dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Saiznya adalah sebesar sebiji bola golf.
  • Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.
  • Untuk mencipta profil polifenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet Ungu.
  • Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.


Elderberi Eropah (European Eldeberry)

  • Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
  • Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
  • Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit sendi atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan tetapi juga vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberi.
  • Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.
  • Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL.
  • Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
  • Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung.
  • Seterusnya manfaat penting dari elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Lobak Ungu (Purple Carrot)

  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi fitokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
  • Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.
  • Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi
  • Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren.
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.
  • Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Polygonum Cuspidatum

  • Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
  • Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.
  • Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol.
  • Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta mengurangkan berat badan.
  • Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita.
  • Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa.
  • Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi penemuan saintifik yang penting ini.
Memang banyak kan khasiat yang diperolehi daripada 4 jenis tumbuhan yang dirumuskan dalam menghasilkan Vivix? Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan hendak kelihatan muda dari usia sebenar bolehlah amalkan Vivix.

Nanti kita sambung lagi cerita tentang Vivix ni...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday 17 April 2014

Set kurus yang selamat dan berkesan

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang Set Kurus yang ditawarkan oleh Shaklee. Memang ramai yang mempunyai masalah berat badan dan ramai juga yang cuba mencari jalan penyelesaian. Lambakan produk penurunan berat badan di pasaran menjadikan pengguna bingung untuk mencuba produk yang betul-betul dapat mengatasi masalah mereka. 

Apa ciri-ciri yang anda cari untuk mendapatkan satu produk untuk kurangkan berat badan?

1. Produk yang cepat memberikan kesan tapi belum tentu selamat?
2. Produk yang murah?
3. Produk yang selamat dan berkesan?

Kalau anda pilih no. 1 & 2, memang itu tidak ditawarkan oleh Shaklee. Jadi set kurus Shaklee mahallah ye? Set kurus Shaklee tidak terlalu mahal dan kami telah dilatih untuk memenuhi keperluan dan melihat budget pelanggan terlebih dahulu. Ada gabungan set kurus yang dalam lingkungan rm100 saja. Murahkan? Yang paling penting, set kurus Shaklee selamat, halal, berkesan dan tiada kesan sampingan.



Bagi anda yang baru mengenali suplemen Shaklee, berikut adalah cadangan suplemen yang dapat membantu anda turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi. 

Herb-Lax - Detoks usus dan membantu masalah sembelit

Alfalfa - Detoks seluruh badan, keluarkan lemak dari badan dan kurangkan retensi air

Lecithin - Memecahkan lemak

Omega Guard - Membakar lemak dan membantu mengawal selera makan

ESP/Cinch Shake - Mengekalkan otot tanpa lemak supaya badan tidak mengelebar dan memberi rasa kenyang yang lama

Sila hubugi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang cara pengambilan set kurus yang betul agar anda mendapat kesan yang optimum.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Mengapa perlu ambil suplemen dan vitamin?

  • Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  • Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  • Kopi, Teh Panas & Rempah. Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, vitamin B12, vitamin A, vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  • Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  • Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  • Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  • Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan vitamin B, C dan E.
  • Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  • Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  • Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  • Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
  • Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  • Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  • Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap vitamin B2, B5, B6 dan vitamin C.
  • Sindrom Pra haid. Penyelidikan Sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan vitamin B6.
  • Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  • Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  • Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap vitamin B6, vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  • Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday 16 April 2014

Kempiskan perut dengan Herblax

Assalamualaikum...

Perut buncit? Memang menjadi masalah kebanyakan lelaki dan wanita tak kira bangsa. Selalu kita dapati perut senang menjadi buncit apabila berat badan bertambah, kurang aktiviti senaman dan pengambilan makanan yang kurang berkhasiat.


Menurut satu kajian, kenaikan berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya 3 kilo di dalam usus besar tanpa disedari. Individu yang mempunyai usus bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya cenderung untuk makan lebih dari sepatutnya.


Dalam erti kata lain, mereka yang mengalami masalah seperti di atas perlu menjalankan proses detoks untuk membuang bahan-bahan buangan yang melekat pada dinding usus. Detoks juga penting untuk membuang sisa-sisa toksin berlebihan yang boleh membahayakan kesihatan.




Suplemen yang sesuai untuk proses detoks ialah Herb-Lax. Selain detoks, Herb-Lax juga dapat membantu mereka yang mengalami sembelit dan mereka yang mengalami masalah berat badan. Herb-Lax termasuk dalam Set Kurus Shaklee untuk mereka yang nak kurangkan berat badan secara selamat dan berkesan.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Herb-Lax:




Selepas badan dah detoks, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. 

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Ostematrix - Sumber kalsium terbaik!

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita kelebihan Ostematrix yang dah menjadi pilihan ramai. Memandangkan bulan April ni promosi beli 6 percuma 1, memang ramai yang ambil peluang beli dan buat stok. Satu botol memang untuk sebulan sahaja sebab satu hari perlu ambil 4 biji untuk memenuhi keperluan kalsium harian. 


Sebiji ostematrix mengandungi 250mg kalsium, orang dewasa berumur 19-50 tahun memerlukan 1000mg keperluan kalsium sehari. Jadi sehari mestilah wajib ambil 4 biji ostematrix kan? Mari kita lihat apa kelebihan ostematrix ni...


MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX :


Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan saraf. Ia juga merawat tulang reput dan menguatkan gusi.

Membantu masalah kekejangan dan kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat mengurangkan kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi.

Meringankan stress

Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih nyenyak, membantu depresi, mood yang tidak tetap dan sakit kepala.

Membantu masalah haid

Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak dapat meringankan sakit ketika haid.

Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral yang beralkali dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti semasa tua. kalsium juga membantu penyerapan nutrien dan merangsang detoxfikasi.



SIAPA PERLUKAN OSTEMATRIX?
1. Ibu hamil dan menyusukan anak
2. Mereka yang selalu mengalami sakit sendi, kejang dan kebas
3. Mereka yang tidak dapat tidur dengan nyenyak
4. Mereka yang sering sakit kepala
5. Mereka yang mengalami PMS yang teruk
6. Sesiapa yang sering sembelit
7. Golongan yang tidak mengambil susu atau produk tenusu lain.



Jom sama-sama tingkatkan pengambilan kalsium harian kita...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 7 April 2014

Apa ada dengan Shaklee?

Walaupun sudah ramai yang menjadi Distributor Shaklee, tapi kenapa dari hari ke hari masih ramai yang mendaftar?


  1. Ada yang mendaftar untuk menggunakan produk Shaklee untuk kegunaan sendiri & ahli keluarga. Mereka akan dapat membeli produk dengan harga ahli dan jimat 15-20%. Untuk pengetahuan semua, mulai bulan ini Shaklee telah mengeluarkan arahan bahawa harga ahli hanya untuk mereka yang berdaftar sahaja, bagi yang tidak berdaftar terpaksalah membeli dengan harga retail.
  2. Ada yang mendaftar untuk memulakan bisnes. Menambah pendapatan di samping kerja makan gaji atau sepenuhnya mendapat pendapatan dengan Shaklee.

Shaklee menawarkan peluang yang sama rata bagi setiap individu. Secara amnya, Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car Bonus dan Convention (percutian 6 bintang dalam/luar negara yang ditaja sepenuhnya). Selain daripada itu, Shaklee juga menawarkan beberapa incentive lain seperti 'power-up' cek, leadership bonus, coordinator incentive dan beberapa keistimewaan lagi.



Di dalam bisnes Shaklee, tiada istilah orang di atas goyang kaki dapat duit, siapa yang nak duit dia perlu berusaha ke arah matlamat sendiri. Dengan modal serendah RM75 (yuran keahlian seumur hidup), anda boleh tentukan sejauh mana kejayaan yang anda inginkan. Anda akan dibimbing melalui secret group FB, group whatsapp dan personal coaching. 

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kumpulan kami boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday 5 April 2014

Mengapa Shaklee?

Mesti ramai yang tertanya-tanya dalam banyak-banyak bisnes online sekarang ni mengapa MLM Shaklee yang menjadi pilihan saya...

Sebenarnya 8 bulan saya meng'google' bisnes apa yang saya hendak jalankan secara online dan yang paling penting tak perlu keluar appointment sana-sini. Al-kisahnya, 3 tahun lepas saya berhenti kerja atas niat nak menjaga sendiri 3 orang anak yang masih kecil. Jadi apabila anak-anak dah semakin besar, saya mula berfikir apa yang saya nak buat untuk menambah pendapatan keluarga bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Selain daripada itu, saja juga inginkan 'kerjaya' sendiri dan mempunyai kelompok kawan-kawan untuk berkongsi idea dalam pelbagai perkara.

Alhamdullilah, dengan beberapa final option yang saya dapat, saya mula study tentang bisnes-bisnes tersebut dari pelbagai segi. Yang paling penting, produk/barang yang saya nak jual nanti selamat untuk kegunaan orang ramai dan mestilah yang statusnya confirm HALAL. Takut pula kalau tiba-tiba apa yang kita buat atau barang yang kita jual tu diragui status halalnya.

Akhirnya tanggal 24 Ogos 2013, saya secara sah menjadi Distributor Shaklee. Syarikat suplemen dan vitamin yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun menjadi pilihan saya. Saya juga bersyukur dipertemukan dengan group Jutawan Muslimah di bawah susur galur PM Cery dan Master Azlin. Dengan adanya mentor yang bagus, sistem dan ilmu yang betul sesuatu bisnes akan menjadi lebih mudah.

Semoga dengan permulaan blog ini saya dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang ingin sihat dan cantik dengan produk yang selamat, halal dan berkesan. Selain daripada itu, saya juga hendak membantu/menunjukkan jalan kepada mereka yang ingin menambah/menjana pendapatan dengan Shaklee.

TIME & FINANCIAL FREEDOM

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com





Friday 4 April 2014

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum...


Alhamdullilah, akhirnya terhasil juga blog ini. Wujudnya blog ini adalah untuk saya kongsi dengan semua tentang suplemen dan vitamin yang saya sendiri sudah rasai kebaikannya. Benda yang baik elok dihebahkan kepada orang lain kan?

Selain daripada itu, saya juga suka nak berkongsi tentang hal-hal lain seperti tips kecantikan, kesihatan, motivasi dan keagamaan yang boleh memberi manfaat kepada kita semua.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com