Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 7 December 2015

Graduation & Concert Genius Aulad 2015

Assalamualaikum...

Pada 14.11.15 telah berlangsung konsert pelajar-pelajar Genius Aulad Denai Alam di Wisma PKPS Shah Alam. Farha dah 6 tahun jadi adalah majlis graduasi untuk dia dan kawan-kawan. Semua eksaited tak sabar nak buat persembahan.

Selepas ucapan dari Guru Besar, murid-murid 6 tahun masuk ke dalam dewan siap pakai jubah & topi graduasi. Comel-comel je kecik-kecik dah grad macam budak U.




Selepas majlis graduasi baru mula konsert. Start dengan opening show dari semua pelajar dari 4 hingga 6 tahun. Diorang nyanyi lagu 'Assalamualaikum Dunia' yang dipimpin oleh Guru Besar, Pn Hanim. Pelajar perempuan pakai jubah hitam dan tudung putih, pelajar lelaki pula pakai jubah putih.


Konsert mula dengan Kelas 4 tahun. Tahun ni semua konsert bertemakan ocean & sea creatures. Lepas tu baru Kelas 5 tahun, Farza & the geng. 




Kelas Farha (6 tahun) bergabung dengan kelas lagi satu buat konsert bertajuk 'The Ocean'. Farha jadi salah seorang dari 5 orang dancer. Ada la satu script 4 ayat yang dia kena hafal. Sepanjang konsert tu senyum je dia buat show...




Semua happy je dapat buat konsert. Dah sebulan lebih dok practice di sekolah dan rumah. Apa yang saya suka, anak-anak berani buat persembahan depan orang ramai. Self confident tu kan penting?