Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 19 January 2015

B-complex atasi stress

Assalamualaikum...

Stress atau tekanan merupakan perkara yang dah jadi kebiasaan sekarang ni. Banyak sangat faktor yang boleh menjadikan seseorang itu stress lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Jika dibiarkan, stress dapat menimbulkan masalah kesihatan yang lebih kronik seperti migrain, penurunan berat badan, gangguan emosi dan serangan jantung. Kebanyakan kes yang kita dengar orang yang masih muda tiba-tiba meninggal dunia secara mengejut rata-rata disebabkan oleh stress. Jadi jangan pandang ringan jika anda megalami masalah tekanan yang teruk. Cuba cari jalan penyelesaian tak kira dengan berjumpa doktor, pakar kaunseling atau cari alternatif yang bersesuaian.



Dari segi suplemen, vitamin B sangat membantu mereka yang berhadapan dengan stress atau tekanan ni. Bagaimana pengambilan vitamin B yang mencukupi mampu membantu anda? Pertamanya, vitamin B terutamanya vitamin B12 membantu meningkatkan fungsi sistem saraf. Apabila saraf kita sihat, kita mampu mengendalikan tindak balas tekanan terhadap diri kita. Selain daripada itu, kita akan dapat lebih banyak tenaga dan menjadi lebih aktif dan cergas. Vitamin B meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan tekanan jika diambil secara teratur. Vitamin B juga membantu menangani hormon tekanan dengan lebih cekap.Vitamin B juga menyokong fungsi neurotransmitter dalam otak dan menghasilkan 'feel good' hormon. Jadi memang sangat penting untuk mereka yang selalu stress mengambil vitamin B.

Perbezaan B-Complex Shaklee:

Saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehan serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran ada bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan kesimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan, sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-complex setiap hari.


Manfaat utama B-Complex Shaklee :

* Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan, kelesuan dan stress.
* Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia.
* Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (spina bifida).
* Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
* Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah pembentukan katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
* Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
* Mencegah kerekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment