Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Saturday 26 July 2014

Selamat Hari Raya 1435H

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Mesti yang ramai dah balik kampungkan? Hari ni ramai yang update tentang trafik...sana sini jam. Harap semua yang memandu setiasa sabar dan berhati-hati di jalan raya. Memang susah nak elak jam ni especially masa musim perayaan...apa yang kita boleh buat selalu check keadaan trafik kat twitter, Waze, download apps PLUS dan mungkin update dari kawan-kawan ya memang dalam perjalanan. Memang agak mencabar memandu di bulan puasa dengan cuaca yang panas dan trafik yang sesak...apapun semoga semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.


Sempena bulan yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya coretkan di blog ini ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Matlamat saya menulis di blog ini  hanyalah ingin berkongsi tentang kebaikan produk yang saya guna dan jual di samping isu-isu lain yang berkaitan dengan kehidupan saya, ilmu kesihatan dan keibubapaan.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...

Thursday 24 July 2014

Slip Disc dan Shaklee

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesihatan yang baik sepanjan bulan Ramadhan ni. Kesihatan merupakan satu nikmat dan rezeki yang selalu kita lupa. Ramai yang menggangap rezeki hanya jika kita kaya dan mewah. Sebenarnya kekayaan adalah rezeki dan juga dugaan dariNya. Ada orang yang kaya harta tapi miskin jiwa. Tapi ada yang kaya jiwa tapi miskin harta. Anda dalam kategori mana? Apapun kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada terutamanya kesihatan yang baik, makan minum yang mencukupi dan anak-anak yang sihat dan cerdik. Sama-samalah kita berdoa dan meningkatkan amalan di penghujung Ramadhan ni. Semoga segala amalan kita diterima Allah...

Hari ni saya nak berkongsi tentang slip disc. Sebenarnya ramai yang mengalami slip disc tapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang tu rasa sakit tapi hanya sangkakan sakit sendi biasa dan tidak mendapat rawatan lanjut. Sebenarnya slip disc ni tiada ubat tetapi terdapat cara yang tertentu atau suplemen yang dapat mengurangkan kesakitan dan memberi lebih keselesaan.

APA ITU SLIP DISC?

Slip disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.


PUNCA SLIP DISC TERJADI

  • cara mengangkat beban yang salah
  • selalu mengangkat beban yang terlalu berat
  • orang yang pernah terjatuh tetapi tidak mendapatkan rawatan
  • duduk atau baring pada postur yang tidak betul
  • kecederaan ketika bersukan
  • pernah mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang
  • berat badan yang berlebihan

CARA MERAWAT SLIP DISC

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan.
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Selain daripada kaedah-kaedah di atas, suplemen Shaklee juga mampu membantu mereka yag mengalami masalah ini. Ramai yang berpuas hati setelah mengamalkan Set Sendi Shaklee bersama Vivix.



ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
- memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat.
- menyokong keselesaan sendi.
- meningkatkan kesan kusyen.

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen.
- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.
- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi.
- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

VIVIX
- Merupakan agen anti penuaan yang menjaga keanjalan struktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc.
- Menyokong kesihatan sendi.
- Menyokong kesihatan menyeluruh.

Set sendi ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sendi selain dari slip disc. Apa yang penting, produk Shaklee selamat, halal dan berkesan...semestinya tiada kesan sampingan seperti steroid atau ubat-ubatan lain.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 22 July 2014

Promosi Vivix...jangan lepaskan peluang

Assalamualaikum

Salam 24 Ramadhan...

Pejam celik pejam celik lagi 6 hari je nak raya. Memang cepat sungguh masa berlalu. Seperti yang semua sedia maklum bulan ni bulan promosi Vivix jadi cuma tinggal 10 hari saja lagi untuk anda grab peluang ni. Kenapa saya sarankan sangat anda consume Vivix ni?

1) Senang untuk diambil sebab anda hanya perlu minum satu sudu teh je sehari. Mereka yang dah berusia memang susah sikit nak telan tabletkan jadi Vivixlah yang paling sesuai untuk mereka. Rasanya juga sedap macam ribena yang agak pekat. Yummms!

2) Semuanya dalam satu botol. Vivix membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Vivix merupakan sirap anti-penuaan dan anti-oksida yang hebat.

3) Sudah banyak testimoni daripada mereka yang mengalami penyakit kronik seperti diabetes, strok, jantung dan kanser sembuh dengan mengamalkan Vivix. Ini kerana Vivix memperbaiki sel pada tahap DNA.

4) Mereka yang mengamalkan Vivix secara berterusan nampak lebih muda dari usia sebenar sesuai dengan taglinenya 'look 25 years younger, live 25 years longer'. Ini bukanlah bermaksud kalau umur anda 40, anda jadi macam budak umur 15 tahun. Apa yang dimaksudkan ialah sel-sel dalam badan anda masih baru macam anda berusia 15 tahun. Kulit pun tegang dan anjal. Proses penuaan mampu dilambatkan dengan Vivix.

5) Dihasilkan daripada tumbuhan 4 jenis tumbuhan yang berkualiti tinggi dan mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan. Boleh baca di sini.

6) Walaupun harganya agak mahal tapi apa yang boleh saya katakan, ianya sangat berbaloi dengan setiap sen yang anda laburkan. Kalau nak dibandingkan kos perubatan penyakit kronik dengan harga Vivix dan tahap kesihatan yang anda dapat, memang anda akan jatuh cinta dengan Vivix. Jadi masa promosi macam ni lah kita patut rebut peluang dan jangan biarkan ia berlalu macam tu je. Tak tau la bila lagi akan ada promosi Vivix ni ye.

Apa anda dapat jika beli sekarang?

1) Beli 6 botol tapi dapat 7 botol...free 1 botol ye. Tak semestinya anda beli semua untuk diri sendiri...boleh kongsi beli dengan mak ayah atau adik-beradik. Biar semua dapat merasa manfaat kesihatan yang besar dengan Vivix. 

2) Dapat keahlian secara percuma. Ini bermakna anda secara automatik menjadi ahli Shaklee dan dapat membeli semua produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah. 

3) Dapat cash bonus pada 15 Ogos nanti. Haaa...jika anda beli time promosi ni ada akan dapat bonus sebanyak RM241 tau. Banyak tu!

Jadi jom sama-sama kita rasai kebaikan dan kehebatan Vivix dan jadikan Vivix suplemen harian all-in-one kita...




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday 19 July 2014

Hadiah istimewa sempena Syawal

Assalamualaikum

Salam 21 Ramadhan. Dah tak lama kita akan menyambut Syawal. Budak-budak dah semestinya excited nak sambut Hari Raya...mestilah seronok dapat banyak duit raya nanti. Dalam kepala masing-masing mesti dah ada benda yang nak dibeli dengan duit raya tu hehehe. 

Ramai di antara kita yang suka beli hadiah kepada ibu bapa masa balik beraya di kampung. Selain daripada duit raya mesti ada yang belikan baju, tudung, kain pelekat, brooch, kasut, beg tangan dan lain-lain. Kuih raya tu memang perkara biasalah anak-anak bawa balik untuk ibu bapa. 

Apakata tahun ni kita tukar sikit jenis hadiah nak diberi untuk ibu bapa tersayang. Saya cadangkan anda hadiahkan GET CLEAN WATER PITCHER dari Shaklee yang sangat best ni. Memang elok sangat diberi terutama kepada mereka yang masih belum ada water filter (penapis air) di rumah. Yang bestnya penapis air ni ianya tak perlukan elektrik dan boleh dibawa kemana-mana saja.



Caranya mudah saja...tak perlu nak install macam water filter lain dan sangat mesra pengguna. Anda cuma perlu isi air di bahagian hijau tu, air yang ditapis akan turun ke bahagian bawah dan anda dah boleh terus minum!

Didatangkan dalam kotak yang cantik sesuai untuk dijadikan hadiah hari raya, kepada kawan-kawan yang baru berpindah rumah, hadiah perkahwinan dan lain-lain lagi. Yang seronoknya jika anda seorang yang suka travel dan  concern tentang air untuk diminum, water pitcher nilah jawapannya. Sangat compact dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Satu set water pitcher didatangkan dengan 1 jug, housing kit dan satu penapis serta 3 biji penapis untuk refill apabila sudah tamat tempohnya.



KEISTIMEWAAN GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT - menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain.Berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar merbahaya yg terkandung dalam air.

PILIHAN BIJAK - menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi membeli air mineral. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja ,water pitcher dapat menberi air yang bersih, selamat & sihat.

HANDAL - lebih banyak air bersih pada setiap masa. Dengan menuras 303 liter air/80 galen air pada setiap penuras bermakna 2 kali ganda lebih banyak berbanding yg lain.

MESRA ALAM - memelihara alam sekitar. Water pitcher menggunakan sistem penuras jug air dengan blok karbon isian semula yg pertama dimana ia dapat mengurangkan timbunan sisa. Setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yg tahan lasak & baik terhadap alam sekitar.

Yang paling best ialah Water Pitcher ni ada meter auto. Bila sampai masa utk tukar penuras ia akan ditunjukkan pada meter. Mudah je...

Kesimpulannya, inilah hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada ibu dan bapa kita. Kalau nak order sempat lagi ye...silalah contact saya ye.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

MH17...Al-Fatihah

Assalamualaikum

Sayu rasa bangun sahur pagi semalam bila tahu berita MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine. Peristiwa MH370 pada 8 Mac lepas pun masih segar dalam ingatan dan tak selasai lagi, sekarang tambah lagi satu kejadian menyayat hati. Kali ini seramai 295 penumpang termasuk krew mati apabila pesawat tersebut didakwa ditembak jatuh oleh 'pengganas' menggunakan peluru berpandu dari darat.

Sekarang pelbagai spekulasi telah dibuat dan siasatan rasmi telah pun dimulakan. Memang tak sangguplah nak tengok gambar mayat-mayat bergelimpangan bersama serpihan kapal terbang dan barang-barang peribadi milik mangsa. Yang paling terkesan pemergian 6 sekeluarga yang akan balik menetap kembali di Malaysia setelah bapa mereka mendapat 'transfer' untuk kembali bertugas di sini setelah hampir 3 tahun berkhidmat di luar negara.

Sungguh besar dugaan Allah pada bulan Ramadhan tahun ini. Inilah masa untuk kita muhasabah diri dan tingkatkan amal ibadah. Al-fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam dan takziah kepada yang lain-lain. Di samping itu teruslah berdoa untuk penduduk Palestin di Gaza yang menerima serangan bertalu-talu rejim Zionis. Allahuakbar!



Wednesday 16 July 2014

Vita-Lea multivitamin terbaik

Assalamualaikum

Alhamdullilah dah masuk hari ke-18 berpuasa. Cepat sangat rasanya...tak berapa hari lagi dah nak raya. Anda semua dah siapkan kelengkapan raya? Tahun ni saya siapkan semua awal-awal...malas dah nak buat last minute preparation. 

Hari ni saya nak berkongsi tentang Vita-Lea....ini adalah antara produk pertama yang saya cuba masa join member dulu. Vita-Lea ni multivitamin yang lengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi harian kita. Saya percaya bukan setiap hari kita boleh mengambil pemakanan yang seimbang. Lagi satu bukannya semua makanan yang kita masak nutriennya kekal sebab ada yang hilang sepanjang proses penyediaan dan semasa memasak. Jadi bila kita makan tu kadang-kadang tak banyak mana nutrisi yang kita dapat. Tambahan lagi zaman sekarang kita terdedah kepada pencemaran, tekanan dan pelbagai penyakit yang mana doktor pun kadang-kadang tak tahu apa puncanya. Jadi, bagi saya pengambilan multivitamin sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

APA ISTIMEWANYA VITA-LEA?

Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan multimineral pertama dicipta di dunia. Pada asalnya ia dikenali sebagai 'Vitalized-Minerals' dan disingkatkan kepada perkataan 'Vita-min' dan ianya digunakan sehingga sekarang.

Peningkatan teknologi telah mengubahnya dari bentuk cecair (90 tahun yang lalu) kepada tablet dan digelar Vita-Lea. Setiap satu tablet mengandungi 28 vitamin dan mineral yang penting yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan dihasilkan dengan kaedah yang terkini serta teknologi eksplosif yang kompleks yang disebut sebagai 'Explo-Tab'. Vita-Lea merupakan multivitamin yang paling pantas larut di adalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pegambilan Vita-Lea secara konsisten selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre of Science di Amerika Syarikat sebagai 'The Best Multivitamin' di dalam Public Interest pada tahun 2000.






KELEBIHAN UTAMA VITA-LEA

  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • - 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
  • - 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • - 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • - 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • - 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • - 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • - 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

KEBAIKAN VITA-LEA


Pemberi tenaga segera - menambah tenaga, memberi kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian (sangat setuju kerana saya sendiri dah merasai kehebatan ini!)

Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutama mereka yang mengamalkan pemakana sayuran (vegetarian) dan anemia (ni pun saya setuju, kerana sebelum kenal shaklee saya seorang yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang kerana jadual harian yang padat, menyebabkan sering sakit kepala. Sekarang, boleh bilang berapa kali sakit kepala.. tu pun kerana tak cukup tidur)

Tingkatkan keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.

Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Bagi mereka yang masih tercari-cari multivitamin untuk keperluan harian, memang saya syorkan Vita-Lea Iron Formula ni. 


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com




Tuesday 15 July 2014

Turunkan kadar kolestrol untuk elak serangan jantung

Assalamualaikum

Ramai orang yang takut kalau tahap kolestrol tinggi dalam darah tapi berapa ramai yang menjaga pemakanan, membuat pemeriksaan secara rutin dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kolestrol merupakan salah satu punca terjadinya serangan jantung. Bagaimana serangan jantung terjadi?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.


Cadangan suplemen yang dapat membantu masalah kolestrol

1) Lecithin - bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengemulsi dan memetabolismakan lemak, menurunkan kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.


2) Omega Guard - merendahkan paras 'LDL' (kolestrol jahat) dan keseluruhan kolestrol.


3) Phytocol-ST - produk terbaru Shaklee ini mampu menghalang kolestrol sebelum ia  memasuki salur darah.



Bagi mereka yang ada masalh kolestrol atau yang bimbang tentang kolesrtol, bolehlah mengambil suplemen yang telah disarankan dan yang penting suplemen Shaklee selamat, semulajadi dan berkesan.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday 13 July 2014

Set migrain membantu anda

Assalamulaikum

Siapa yang pernah kena migrain? Mesti sakit sangat dan hanya nak baring je kan? Nak buat kerja pun tak larat. Ramai di antara kita kalau kena migrain mesti telan ubat atau pain killer. Sebenarnya ubat hanya memberi kelegaan sementara dan bukannya membantu menghilangkan penyakit tersebut. Berbeza dengan vitamin yang mana jika diambil secara konsisten ia mampu mengurangkan dan lama-kelamaan dapat hilangkan masalah migrain tersebut.

Apakah antara faktor yang menyebabkan migrain terjadi?

1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Hormon estrogen yang tidak stabil bagi wanita
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres atau tekanan melampau
9. Menahan lapar atau makan tak tentu masa
10. Perubahan cuaca yang tidak menentu
11. Mengambil minuman berkafein atau bergas secara berlebihan
12. Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah

Cadangan vitamin Shaklee yang dapat membantu anda:




1) Ostematrix.
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D. Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala. Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap migrain. Ostematrix juga sangat bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.

2) B complex
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress,strok dan depressi. Juga sangat terkenal dengan panggilan "painkiller semulajadi".

Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplemen juga dapat membantu.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday 11 July 2014

Tingkatkan kesuburan anda

Asslamualaikum

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan yang telah berkahwin. Memang seronok dengar pasangan yang baru dua tiga bulan kahwin dah berisi. Tetapi banyak juga pasangan yang dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ada yang gigih berusaha dan ada juga yang sekadar menerima takdir yang mereka tidak boleh memiliki zuriat. Sebenarnya ada pelbagai cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pasangan yang belum mempunyai anak...antara nak dengan tak je.

Teringat baru-baru ni ada terjumpa seorang kawan yang mengandung anak kedua selepas sebelas tahun. Rupa-rupanya bila dikorek-korek, selepas beberapa tahun mendapat anak pertama mereka memang berusaha untuk mendapat anak kedua tapi tidak berhasil. Apabila jarak dah agak jauh, mereka mula membuat pemeriksaan doktor dan mendapati ada yang tersumbat di saluran tiub fallopio. Jadi lepas di'gerudi' oleh doktor barulah beliau disahkan mengandung. Jadi kalau yang dah dua tiga tahun kahwin tapi masih belum berjaya mengandung, eloklah pergi berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar.

Selain itu faktor pemakanan juga boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan. Jadi jom kita tengok apakah makanan yang elok diambil unyuk mereka yang merancang untuk hamil.

Betik
Kaya vitamin C, merupakan antioksida yang baik untuk tubuh. Berupaya meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Jadi amalkan buah betik dalam menu harian dan 500mg vitamin C untuk kesihatan.

Kerang
Kerang dan makanan laut yg tinggi zink kekurangan zink mempengaruhi kesuburan, baik wanita atau lelaki.Bagi lelaki, makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma.

Taugeh
Tinggi vitamin E dan antioksida. Vitamin E bagus untuk kesuburan dan keinginan seksual . Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Disebabkan sifatnya yang tinggi antioksida, Vitamin E terbukti mampu melindungi membran sperma dari krosakan akibat oksidasi. Rosaknya DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan.

Sayur-sayuran hijau dan kekacang
Mengandungi folat yang penting untuk persediaan ibu hamil dan semasa mengandung. Digalakkan mengambil asid folik beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil lagi.


Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman berkafein. Selain daripada itu, pengambilan vitamin juga dapat membantu meingkatkan tahap kesuburan. Cadangan vitamin dari Shaklee adalah seperti berikut:

Untuk wanita

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.


2. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Di samping itu, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Untuk lelaki

1. Vitamin E & Selenium

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

2. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.



Asmin Fahmi

012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday 10 July 2014

Atasi gastrik di bulan puasa

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Macam mana anda semua hari ini? Alhamdullilah dah masuk hari ke-12 kita di bulan Ramadhan. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ni agar kita dapat beribadah dengan lebih baik.

Tapi tak dinafikan ada di antara kita yang diuji dengan kesakitan semasa berpuasa. Ada yang berazam dan semangat nak puasa, tiba-tiba diserang gastrik pula. Apa itu penyakit gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Antara punca gastrik adalah amalan waktu pemakanan yang tidak menentu, kesan sampingan ubat-ubatan, pengambilan alkohol, masalah anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Antara tips yang boleh dikongsi untuk mengurangkan masalah gastrik ialah:
  • Berbuka dengan makanan yang ringan terlebih dahulu. Elok berbuka dengan kurma dan kuih-muih terlebih dahulu untuk mengelakkan kejutan kepada perut.
  • Elakkan berbuka dengan minuman sejuk, berkafein atau bergas. Seeleok-eloknya berbuka dengan air suam.
  • Tidak digalakkan berbuka dengan makanan yang pedas, berminyak dan berlemak. Sebaiknya cuba berbuka dengan bubur, sup atau sayur-sayuran.
  • Makanan dengan jumlah yang sederhana. Tidak perlu habiskan makanan sekaligus, boleh sambung makan lepas bersolat kelak.
Selain daripada itu, anda boleh mencuba Set Gastrik Shaklee yang telah banyak membantu ramai orang yang mengalami masalah ini lebih-lebih lagi semasa bulan puasa.


Ostematrix
  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex

  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Elakkan mengambil pain killer terlalu kerap.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya non- GMO dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
Testimoni pesakit gastrik





Alhamdullilah ramai yang sudah merasai kebaikan vitamin dan suplemen Shaklee. Kalau anda ada masalah yang sama jangan ragu-ragu untuk mencuba ya.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 8 July 2014

Kebaikan Garlic Complex

Assalamualaikum

Pernah tak makan bawang putih mentah? Suka tak dengan rasanya? Saya tak berapa suka sangat dengan baunya tapi kalau yang dah digorng tu bolehlah jugak. Selalunya masa dalam pantang mak saya hiris bawang putih nipis-nipis dan suruh saya makan bersama nasi panas..boleh buang angin katanya. Bawang putih ni sememangnya elok di amalkan mentah macam tu je. Tapi kalau ada yang tak suka pada baunya boleh je amalkan bawang putih ni sebab sekarang dah ada dalam bentuk pil.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai anti-bakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.



Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma
KEBAIKAN GARLIC COMPLEX
  1. Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung dan sistem penghadaman.
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat untuk kegunaan jangka panjang bagi tingkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis.
  4. Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
  5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi.
  6. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  7. Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Stabilkan glukosa - membantu stabilkan glukosa dalam badan kita.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 7 July 2014

Segar dengan Cinch Energy Tea...

Assalamualaikum

Alhamdullilah dah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Tak lama lagi dah setengah bulan kita puasa...cepatkan? Apa menu berbuka hari ni? Saya plan nak buat ayam ala-ala Kenny Rogers dan spageti bolognese je. Dessert saya nak buat puding koktail. Cepat, mudah dan yang penting seisi keluarga suka.

Ada hari-hari tertentu dalam bulan puasa ni lepas berbuka tu rasa macam letih dan malas dah nak buat kerja. Tapi time tu la nak basuh pinggan-mangkuk, nak kemas meja, nak terawikh. Balik terawikh nak tengok buku-buku sekolah anak kejap, pastu dah nak siap tidurkan diorang. lepas budak-budak dah tidur kadang-kadang bangun balik sambung kerja-kerja lain. Kalau letih sangat memang tidur sampai ke sahur la.

Jadi 5 hari lepas saya cuba Cinch Energy Tea ni. Sebelum ni memang tengok banyak testimoni yang kata teh ni kalau minum memang segar bugar lepas tu, padahal sebelum tu mata macam tak boleh nak buka. Jadi lepas berbuka hari tu, saya masukkan satu sachet serbuk teh ke dalam shaker, masukkan air dan beberapa ketul ais. Goncang-goncang lepas tu minum sikit-sikit. Bila dah minum setengah shaker, rasa macam ada satu aliran tenaga masuk ke dalam badan. Memang rasa segar dan hilang rasa lemau letih semua. Baru la bersemangat nak sambung kerja-kerja dapur tu. Ini baru betul kata orang 'rasa sendiri dulu baru tau!'


KEBAIKAN CINCH ENERGY TEA MIX

1) Rendah kandungan kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan



BAHAN-BAHAN DALAM CINCH ENERGY TEA MIX

Taurina
* meningkatkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori 4 kali ganda

White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

Red Tea Extract
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


Banyakkan kelebihan teh ni. Kalau yang ada masalah lemau, letih atau penat selepas seharian berpuasa, memang saya sarankan sangat minum teh ni. Sejuk-sejuk memang best sangat!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Saturday 5 July 2014

Vivix membantu pesakit diabetes

Assalamualaikum

Sempena bulan promosi Vivix ni memang saya nak kongsi kebaikan dan testimoni produk ni dengan semua orang. Bagi saya Vivix merupakan produk yang terbaik...anti-oksidan dan anti-penuaan hebat. Semua orang patut merasai kebaikan Vivix dan menjadikan ianya suplemen harian. Tapi saya faham harganya yang agak mahal menyebabkan ramai yang berfikir sepuluh kali untuk membeli. Tapi kata orang 'kesihatan lebih penting dari wang ringgit'. Jadi saya sarankan bagi mereka yang mampu eloklah amalkan pengambilan Vivix samada untuk meningkatkan tahap kesihatan ataupun menjadikannya suplemen yang dapat membantu masalah-masalah tertentu.

Ramai mereka di luar sana yang mengalami diabetes atau kencing manis sudah mencuba Vivix dan berpuas hati dengannya. Jadi bagaimana Vivix membantu pesakit diabetes?
  • Vivix membantu membaikpulih sel-sel dalam badan yang telah rosak. Setiap hari banyak serangan yang berlaku ke atas sel DNA kita. Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang dapat menembusi DNA kita, oleh itu ia mampu membaiki dan melindungi sel-sel DNA kita dengan lebih efisien.
  • Ramuan Vivix mampu meningkatkan pembentukan mitokondria dan seterusnya meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel.
  • Vivix membantu melambatkan kerosakan sel dalam badan kita.
  • Vivix membantu melambatkan penuaan sel dan merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia.
TESTIMONI VIVIX








Anda berminat untuk mencuba Vivix atau nak hadiahkan Vivix kepada mak ayah tersayang sempena hari raya nanti? Inilah masa terbaik untuk anda membeli kerana promosi Vivix hanyalah sepanjang bulan Julai ni saja. 

Dengan promosi beli 6 percuma 1 anda layak mendapat keahlian percuma dan bonus tunai pada pertengahan Ogos nanti. Kalau nak beli 2 botol saja pun layak mendapat keahlian percuma tau. Jangan lepaskan peluang ni ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Friday 4 July 2014

LASIK...mataku cerah kembali

Assalamualaikum

Alhamdullilah...hari ni genap sebulan saya buat LASIK untuk membetulkan rabun jauh yang dialami sejak berumur 17 tahun. Selain daripada itu saya memang tak suka pakai spec lama-lama. Kalau pakai contact lens lama sikit kepala saya akan pening dan mata rasa kurang selesa. Kadang-kadang macam tak percaya pun ada yang mata ni boleh cerah kembali tanpa bantuan kaca mata atau contact lense lagi. Syukur sangat!

Jadi hari ni nak berkongsi pengalaman dan procedure sebelum, semasa dan selepas buat Lasik. Jom kita tengok dulu apakah yang dimaksudkan dengan LASIK...

LASIK adalah singkatan kepada laser-assisted in situ keratomileusis iaitu pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh, dekat dan astigmatisme). 

Menurut Prof Muhaya, LASIK untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.

Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.


Kos LASIK adalah RM6,990 untuk mereka yang berumur 36 tahun ke bawah dan RM7,990 untuk yang berumur 36 tahun ke atas.

Pre- LASIK

Saya buat LASIK bersama ibu dan seorang sepupu. Tiga minggu sebelum tarikh yang kami dah pilih, saya call Lasik Center Prince Court Medical Center (PCMC) untuk buat appointment samada tarikh yang kami nak tu available ke tak. Alhamdullilah tarikh tu masih ada kekosongan. Jadi pembantu Prof Muhaya beritahu contact lens dah tak boleh pakai 10 hari sebelum tarikh nak buat pemeriksaan mata. Kami juga tidak dibenarkan memandu sendiri untuk hari pemeriksaan dan hari untuk membuat LASIK.

Jadi pagi 3 June 2014, kami bertolak dalam pukul 7 pagi dari rumah...nak elak jam kan. Tahu jelah nak meredah masuk KL di hari orang ramai bekerja...taknak la sampai hospital lambat sangatkan. Dalam pukul 8.10 sampai PCMC terus pergi register dulu. Lega sebab kami adalah orang pertama yag akan diperiksa pada pagi tersebut. Mula-mula buat dua pemeriksaan di Lasik Centre. Kemudian kena pergi to the other end dan ada a few pemeriksaan lagi. Jumpa juga dengan Optometris dan dia check power mata kita. Lepas tu nurse ada titik ubat mata bertujuan untuk membesarkan kornea mata katanya. Kemudian, masuk bilik Prof Muhaya...dia check menggunaka satu alat ni dan tanya a few questions. Dalam pukul 11.30 baru settle check-up untuk kami bertiga..pheww! Sebelum balik pegi buat payment dulu dalam RM600 lebih.

Nurse ada bagi dua jenis ubat titik iaitu Vigamox dan Isopto Carpine  untuk guna pada hari itu dan pagi esoknya. Kami juga diminta minum banyak air untuk flush ubat dari badan dan supaya kornea mata cepat kembali kepada saiz asal. Kalau tidak tak boleh nak buat LASIK keesokannya. Sepanjang petang dan malam tu memang kurang selesa sebab penglihatan makin blur...ini kesan dari ubat tersebut tapi alhamdullilah bangun pagi esoknya mata dah ok. 

4 JUN 2014

Pagi ni kami keluar dalam 7.20 pagi dan sampai dalam pukul 8.45 pagi...lambat la pulak sebab jalan jam. Sampai dekat kaunter untuk settlekan full payment, ramai yang dah menunggu. Adoiii lambat la turn kami ni....takpe think positif je. Dalam pukul 10 lebih saya diminta masuk ke satu bilik bersama beberapa orang yang lain untuk membuat persiapan. Hanya sarung baju hospital, pakai surgery cap dan selipar yang disediakan saja. Sementara tunggu tu mulut ni asyik berzikir je la untuk nak hilangkan nervous. Takut tu tak la pulak tapi nervous tu tetap ada. 

Sepupu saya orang pertama antara kami bertiga yang dipaggil untuk buat LASIK...saya hanya boleh mengambil gambar beliau dari luar saja. Semua orang dibenarkan masuk untuk melihat prosedur yang dilakukan ke atas orang yang sebelum kita. Kata Prof Muhaya, boleh lihat sendiri betapa mudahnya untuk buat LASIK jadi kita akan kurang rasa takut. Jadi saya pun gigih tengok seorang perempuan ni jalani prosedur tersebut. Memang cepat dan mudah je dengan hanya menggunakan 2 jenis mesin. Selepas tu tibalah turn saya pulak. Kena baring atas katil yang disediakan. Mak saya pulak tengok saya buat prosedur tu. Apabila dah ready, saya ditolak ke arah mesin yang pertama. Prof Muhaya membaca doa dan prosedur pun bermula...dalam 10 minit je dah siap. Lepas tu ditolak ke arah mesin kedua pulak. Di sinilah mata kita akan diproses sehingga jadi terang seperti sedia kala. Prosedur ni pun kejap je dalam 15 minit. Lepas selesai dah boleh bangun dan keluar ke bilik persiapan tadi. Kat sini dah dinasihatkan pakai sunglasses. Ada seorang staf siap minta untuk buat video testimoni lagi. Dalam pukul 11.30 semua dah settle dan dah boleh balik. Masa ni penglihatan tak begitu clear lagi. Ada 3 jenis ubat mata iaitu Vigamox, Maxidex dan Vismed yang perlu dititik mengikut masa-masa tertentu. 

Post-LASIK 

Dalam masa 7 hari berikutnya dua jenis ubat titik perlu diteruskan lagi. Hari kedua mata saya dah betul-betul clear...alhamdullilah. Kadang-kadang tu memang terasa agak kering tapi jangan risau, kita boleh gunakan Vismed sebagai moisturizer. Jadi hari ni genaplah sebulan saya menjalani LASIK dan memang sangat berpuas hati. Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang berkira-kira atau takut nak buat LASIK, hapuskan semua tanggapan negatif tu. Just do it! It's painless and worth it! Niatlah supaya kita dapat melihat kembali alam ciptaan-Nya dengan jelas dan dapat melakukan kerja-kerja harian dan ibadah dengan lebih mudah.

Prosedur di mesin pertama
Prosedur di mesin kedua

Bersama Prof Muhaya lepas LASIK



Thursday 3 July 2014

Kurus langsing dengan Cinch Shake

Assalamualaikum

Sekejap je dah masuk hari kelima berpuasa. Macam mana puasa anda semua? Mesti ada macam-macam ragam kan terutamanya anak-anak yang baru belajar berpuasa. Apa menu berpuasa anda sekeluarga hari ni? Saya selalu ikut apa anak sulung saya nak makan sebab dia sorang je yang puasa...adik-adik belum lagi. Hari ni dia suruh masak lasagna...actually dari last week lagi tapi ada je barang yang tak cukup. so hari ni mesti la kena masak kan...

Hari ni saya nak berkongsi satu produk unyuk kuruskan badan. Al-maklum la tak lama lagi dah nak raya. Mesti semua orang nak nampak cantik dengan baju raya yang glamer tu. Kalau nak senang dan pada masa yang sama nak kurus, ambillah Cinch Shake yang mampu membuat anda kenyang dan bertenaga lebih lama. 

Cinch Shake merupakan minuman yang lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot.

Di antara kebaikan CINCH ialah:
  • Terdapat 24g protein dalam setiap hidangan bagi memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  • mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6g dalam setiap hidangan.
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yang susah nak mengawal nafsu makan.
  • Menberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian.
  • Meningkatan metabolisme badan dan membakar lemak yang tidak diingini.
  • Memelihara otot bagi mengelakkan berat badan naik semula dengan cepat bila dah kurus.
  • Anda boleh mengambil karbohidrat seperti nasi dsb tetapi dengan kadar yang sedikit. 
  • Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan.

Jadi jika anda memang berniat nak turunkan berat badan, pilihlah Cinch Shake Mix ini yang didatangkan dalam tiga perasa iaitu coklat, vanila dan cafe latte. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi cara pengambilan yang betul dan berkesan.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 1 July 2014

Promosi Vivix di bulan Julai

Assalamualaikum

Just nak bagitau semua yang sepanjang bulan Julai ni Shaklee buat promosi Vivix yang juga dipanggil 'Tonik Ajaib'. Memang best sangat sebab Vivix ni merupakan minuman kesihatan terbaik untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Bagi mereka yang ada penyakit seperti kencing manis, stroke, kanser, sakit jantung lagilah elok amalkan Vivix ni.

Vivix bukan hanya membantu mereka yang mengidap penyakit kronik, mereka yang mementingkan kesihatan juga patut ambil Vivix sebab ia merupakan anti-oksidan yang hebat. Vivix memperbaiki sel dari tahap DNA seseorang dan menghalang radikal bebas yag menyebabkan pelbagai jenis penyakit masa kini. Selain daripada itu, Vivix juga merupakan minuman anti-penuaan yang berkesan sesuai dengan 'tagline'nya FEEL 25 YEARS YOUNGER...

Kalau beli bulan ni apa lagi yang anda akan dapat? Yes! Anda akan dapat FREE lifetime membership dan cash bonus pertengahan Ogos nanti. Best tak? Jadi silalah rebut peluang promo bulan ni....beli 6 dapat 7. Lagi best kalau kita dapat hadiahkan Vivix kepada orang yang tersayang sempena Syawal yang bakal tiba. Apa kata raya kali ni hadiah Vivix untuk mak ayah sebagai ganti duit raya. Sure pakcik makcik kat kampung tu happy je kan. 





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com