Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 31 October 2016

Anak sedara baru...

Assalamualaikum

Apa khabar semua ? Lama betul tak ngadap blog ni. Alhamdullilah, 6 October hari tu dapat anak sedara baru. Bayi lelaki anak adik saya telah selamat dilahirkan melalui c-section. Apa-apa pun tahniah kepada adikku dan suami.

Sepanjang bulan September memang banyak sangat aktiviti dan peristiwa untuk family besar kami seperti yang saya ada update dalam entry sebelum ni. Alhamdullilah semua yang dirancang berjalan dengan lancar...dengan izinNya jua.

Pada 5-8 September anak sulung saya Muhammad Fahim selesai menduduki exam UPSR. Syukur sepanjang exam dia tenang dan sihat-sihat je. Risau jugak kan hehe. Lepas exam start curi sekolah seminggu. Masa tu sibuk uruskan preparation adik nak kawin pada 17 September. Sekali lagi sangat2 bersyukur majlis berjalan lancar, ramai tetamu yang hadir dan cuaca pun ok walaupun agak panas sikit...takpe lah kan daripada hujan lebat:)

Lepas tu dah rileks sikit...tunggu majlis bertandang je di Muar pada 24 September. Saya dan plan nak bawa anak-anak bercuti ke Legoland sebab dari Muar terus ke JB dah tak jauh sangat. Nanti saya buat separate entry untuk wedding adik dan Legoland ye.