Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts

Monday, 15 June 2015

Bulan kecantikan

Assalamualaikum...

Tak lama lagi dah nak puasa maknanya dah tak lama jugaklah nak raya. Time raya memang sinonim dengan kita akan berjumpa dengan sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat. Bila nak jumpa ramai orang ni, mestilah nak pakai cantik-cantik, badan langsing dan yang paling penting muka pun cantik berseri.

Memang bertepatanlah dengan promosi yang Shaklee tawarkan bulan ni...produk untuk cantik iaitu Vita C dan E. Vitamin C Sustained Release ni memang sangat popular di kalangan mereka yang menjaga kecantikan kulit. Satu masa dulu bila Vita C takde stok ramai yang meroyan:)

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Bagi Vita E Shaklee pula, ia dihasilkan dari minyak soya organik dan minyak biji gandum
yang sememangnya kaya dengan vitamin E juga dari ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocoperol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E. Ia merupakan vitamin E yang lengkap.

Vita E complex dilengkapi dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kaya menyerap vitamin E dengan lebih efisyen. Ia juga memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Vita E juga tinggi anti-oksidan dan penyahtoksik yang hebat.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Vita C & Vita E hari ini pada harga promosi...buat pengetahuan semua dari sekarang hingga October 2015, pendaftaran ahli baru akan mendapat sebotol Vitalea (multivitamin lengkap) secara percuma. Jom join Shaklee!

Sihat dan cantik dengan vitamin semulajadi...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Tuesday, 20 January 2015

Kenapa protein penting untuk kulit yang cantik?

Assalamualaikum...

Ramai yang gunakan pelbagai jenis suplemen untuk mencantikkan kulit. Tapi tak semua orang mendapat kecantikan kulit yang mereka idamkan. Mengapa? Apa yang penting untuk diambil bagi mendapatkan kulit yang cantik? Protein merupakan makanan asas yang penting untuk kita dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah.

Protein penting untuk pembaik pulih tisu serta membina tisu yang baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangka hayatnya. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.

Kebanyakan sel darah putih diganti setiap 10 hari. Sel kulit pula diganti setiap 24 hari.
Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun. Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein? Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Fakta Penting Protein

Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.

Bagaimana protein mencantikkan kulit?

Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan. KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara protein yang penting di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan diet rendah protein sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Jadi pengambilan protein memang sangat penting dalam diet seharian kita. Bagi kecantikan kulit pula selain protein, vitamin A,C dan E juga penting untuk diamalkan.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 20 December 2014

Siapa perlukan Omega-3?

Assalamulaikum


Ramai yang sedia maklum Omega-3 (DHA & EPA) sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kalau kita perhatikan susu formula anak-anak mesti terdapat kandungan DHA, EPA, AA, SA dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak lagi manfaat Omega-3 kepada semua golongan. Jom kita baca dulu kelebihannya...

1. Ibu hamil

Omega 3 sangat membantu:
  • untuk perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • mengawal kenaikan berat badan yang akan mencanak naik semasa hamil

2. Ibu menyusu

Omega 3 membantu:
  • tingkatkan sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak kanak-kanak
  • untuk penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

3. Kanak-kanak

Omega 3 membantu:
  • pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan kecerdasan otak
  • memperkuatkan sistem imunisasi badan terutamanya untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, asma dan ekzema

4. Mereka yang ada masalah berat badan

Omega 3 membantu:
  • pembakaran lemak dalam badan lebih cepat berbanding lecithin
  • meningkatkan hormon leptine yang mana ia sangat membantu dalam mengawal selera makan

5. Mereka yang ada masalah kesihatan

Omega 3 membantu :
  • mengurangkan batuk dan selsema
  • menyihatkan paru-paru
  • memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan
  • merendahkan kolestrol
  • mengembalikan kenormalan tekanan darah tinggi

6. Golongan wanita yang mementingkan kecantikan

Omega 3 membantu:
  • mendapatkan kulit wajah yang cantik
  • mengimbangi perubaan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • membantu menentang kanser paru-paru, payudara
Memang banyak manfaat Omega-3 dalam kehidupan seharian kita. Satu botol boleh dikongsi bersama semua ahli keluarga. Di dalam Omega Guard Shaklee terkandung 90% Omega-3 dan ianya adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Berikanlah yang terbaik untuk keluarga anda!




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 13 December 2014

Kulit makin licin berseri dengan Shaklee

Assalamualaikum

Ramai yang nak kulit licin, cerah, tegang dan flawless tapi ramai yang tak konsisten makan suplemen. Saya dapat lihat perbezaan pada customer yang konsisiten amalkan suplemen dan mereka yang selalu skip ambil suplemen. Kalau yang ikut cara yang saya berikan dan minum air kosong secukupnya memang cepat saja dapat lihat hasilnya. 

Suplemen apa yang selalu diambil oleh customer saya? Kalau ambil yang basic pun ok asalkan amalkannya setiap hari. Di bawah ni merupakan suplemen yang basic untuk nak dapatkan kulit yang cantik dan berseri...


B complex
Penting dalam menstabilkan hormon kita dan digelar juga vitamin anti-stress. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C
Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai yang terigin nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E
Sangat terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien
Pengambilan protein sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 1 December 2014

Promosi berkembar Vita C dan Vita E

Assalamualaikum

Tengah hari tadi dapat tahu yang bulan ni ada promosi berkembar lagi. Wahhh...baik hati betul Shaklee ni. Bulan ni bolehlah digelar bulan kecantikan sebab Vitamin E dan Vitamin C memang best untuk kulit. Walau bagaimanapun, kedua-dua vitamin ni ada banyak lagi kelebihan selain untuk kulit. Antaranya Vita E merupakan vitamin yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi jadi pengamalnya akan terhalang dari radikal bebas. Selain daripada itu, Vita E juga sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kesuburan.

Vita C Sustained Release pula bagus untuk tingkatkan imun badan kita jadi susahlah kita nak dapat demam dan selsema jika imun badan kita kuat. Vitamin c juga penting untuk membantu penghasilan kolagen dalam badan. Jadi jom borong dua-dua vitamin cantik ni!



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 27 November 2014

Kulit sihat dan cantik dengan ESP

Assalamualaikum

Siapa taknak kulit bersih dan cantikkan? Kalau tanya semua tak kira lelaki atau perempuan semua nak kulit yang cantik. Tapi tak semua orang ambil berat tentang apa yang perlu dibuat dan dimakan. Ada juga ingat nak kulit cantik ni hanya perlu cuci muka, pakai toner, moisturizer, sun protection dan pergi buat facial tiap-tiap bulan. Itu semua penjagaan luaran sahaja dan anda perlu tahu bahawa penjagaan kulit dari dalam juga sama penting.

Bagaimana kita hendak menjaga kulit dari dalam? Sudah tentulah kita kena pilih makanan tambahan yang sesuai. ESP Shaklee merupakan sumber protein dari kacang soya yang berfungsi untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit. Jadi apabila sel-sel kulit kita sihat, kulit pun akan jadi cantik dan berseri. Kenapa elok kita amalkan ESP sebagai minuman protein harian?

  • ESP telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap satu canister ESP berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
  • ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia sesuai untuk semua peringkat umur – tua ataupun muda.
  • Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavones yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan kesihatan prostat.
  • Menjadikan kulit berseri dan anjal dengan merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan dan ketakutan.
  • Memulihkan pigmentasi dan jeragat, melambatkan proses uban, bantu masalah rambut gugur.
  • Menguatkan daya ingatan dan menigkatkan kecerdasan minda. 



ESP ni kalau diamalkan bukan setakat kulit je cantik, macam-macam manfaat kesihatan lain yang kita dapat. Sebab tu penggemar ESP ni ramai sangat. Saya sendiri pernah jual 28 tong ESP masa promosi bulan Mac dulu. Rugi siapa yang belum cuba.

Berminat? Boleh contact saya ok.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 3 September 2014

Promosi berkembar September

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September...cepat sungguh masa berlalu...tak terkejar rasanya kadang-kadang tu. Bila masuk bulan baru, kami distributor Shaklee memang teruja nak tau apa promosi untuk bulan tu. First day pagi-pagi lagi dah dapat update yang bulan ni ada 'double promotion'. Wahhh! Ni first time sepanjang saya dengan Shaklee ada promosi berganda...

Bulan ni bulan untuk ibu gorjes dan anak bijak'. Yes...untuk mak-mak sekalian (yang belum jadi mak pun boleh guna), bulan ni promo Shaklee Collagen Powder (SCP) beli 6 percuma 1. Memang ramai yang tertunggu-tunggu promo SCP sebab kalau beli time promo memang berbaloi sangat. Anda akan dapat:
  • 6 kotak SCP
  • 1 kotak SCP percuma bernilai RM298
  • Free membership
  • Cash rebate pertengahan October 
Promosi yang kedua adalah Mealshakes beli 3 percuma 1. Ni memang ramai kaum ibu suka sebab boleh stock up untuk keperluan anak-anak. Mealshakes ni multivitamin dalam bentuk serbuk yang mudah disediakan. Hanya campurkan sesudu Mealshakes ke dalam minuman kegemaran anak anda. Mudahkan? Harga promosi ni pun memang jimat sesangat. Bagi peminat setia Mealshakes jangan lepaskan peluang. Bagi yang baru nak cuba anda boleh jugak dapat free membership. Cuma kena tambah beberapa barang je untuk cukupkan 200 uv. Buat pengetahuan semua, Mealshakes bukan untuk kanak-kanak saja, orang dewasa pun boleh ambil terutamanya yang ingin tambahkan berat badan. Kalau badan kurus sangat pun tak cantik ye tak?

Jadi janganlah lepaskan peluang yang best lagi berbaloi ni. Kalau beli dengan saya, anda akan dapat konsultasi yang berterusan dan tip top. Nanti roger-roger ye.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 5 August 2014

Gla Complex suplemen favourite saya

Assalamualaikum

Bulan Ogos ni Shaklee buat promosi beli 6 percuma 1 untuk Gla Complex. Sayalah antara orang yang paling happy sebab Gla ni suplemen kegemaran saya. Rasanya saya paling konsisten ambil Gla berbanding vitamin lain. Nak tahu kenapa?

Saya ni memang dalam kategori yang selalu kena senggugut masa first day period. Period pun tak la every month on time..kekadang lewat 2-3 hari ataupun terawal sikit. Jadi bila first month saya consume Gla ni, next period tu memang tak kena senggugut dan simptom PMS lain macam sakit pinggang dan mood swing pun hilang. Itulah yang menyebabkan saya suka sangat Gla Complex ni. Sekarang boleh dikatakan period memang sama time je tiap-tiap bulan...tak perlu risau lambat atau cepat. Sebenarnya Gla ni banyak lagi kelebihannya dan lelaki pun boleh ambil bukan wanita je ye...


KELEBIHAN GLA COMPLEX 

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal paras kolesterol
  • Membentuk prostaglandin untuk mengawal hormom lelaki
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
Saya memang syorkan sangat kaum wanita terutamanya, mengamalkan Gla Complex ni. Bagi mereka yang sukar hamil pun digalakkan mengambil Gla sebab ia membantu meningkatkan tahap kesuburan. Nak order pm ye...tengah promosi nih:)))


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 9 June 2014

Bahan istimewa dalam Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum

Pernah tak anda survey harga produk-produk yang berasaskan kolagen? Mesti ada pernah jumpa yang mahal dan yang murahkan? Kenapa kita perlu berhati-hati dalam memilih produk kolagen? Sebabnya bukan semua produk yang mengandungi kolagen akan memberikan kesan yang kita kehendaki. Memang tulis pada kotak tu bahan utamanya adalah kolagen tapi dapatkan kolagen tu menyerap sepenuhnya ke dalam badan anda? 

Hari ni saya nak berkongsi bahan-bahan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder (SCP) dan mengapa ia merupakan collagen yang terbaik. Sudah ramai yang mencuba SCP dan tidak beralih arah kepada produk kolagen yang lain. Kenapa? Jom tengok dulu apa bahan utama dalam SCP...

1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen terbaik. Merupakan ikan laut dalam, kurang pencemaran , tahan lasak dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica, terdiri daripada asid oleik yang dapat melembapkan kulit secara hebat, juga merupakan antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Juga dikenali sebagai Ginseng Brazil, bilamana bergabung dengan ekstrak biji Camellia Japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

5. Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B meningkatkan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.

6. Ekstrak Kekerang
Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus Acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula usus yang sihat, yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.




Kenapa SCP mudah diserap oleh badan?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yg mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Colagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah. Kenapa sisik ikan merah? Ikan Merah merupakan satu-satunya ikan yang boleh tahan hidup di bawah paras laut yang kedalamannya sehingga 5000m di bawah paras laut pada keadaan bertekanan tinggi dan selamat dari pencemaran. Ini menunjukkan sisik ikan merah ini sangat kuat menahan tekanan tinggi dan juga merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak.



Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1000 dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Jadi inilah sebabnya anda perlu memilih SCP kerana kebaikannya dan penyerapan yang mudah mampu memberikan kesan yang terbaik. Jangan bertangguh lagi jika anda inginkan kulit yang cantik, anjal dan licin.

Beli 3 kotak sekaligus, anda layak mendapat keahlian percuma dan cash bonus. Dah la dapat kulit cantik, dapat beli pada harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat duit lagi. Memang berbaloi!

Hubungi saya segera...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 6 May 2014

ESP...all time favourite!

Assalamualaikum


Setakat hari ni tak pernah lagi saya kongsi tentang ESP kan? Jom hari ni saya nak beritahu anda semua kenapa ESP sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap masa. Mula-mula kita berkenalan dulu dengan ESP ni...orang kata tak kenal maka tak cinta. Betul tak?

ESP telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu yang rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah 'energy booster yang boleh bertahan selama berjam-jam.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur samada tua atau muda.

Protein kacang soya adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur dan 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.



Kelebihan & kebaikan ESP:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada asid amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit, anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuatkan otot sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.


4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovari serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.


Haaaa...dah kenalkan ESP dan tahu kebaikan-kebaikan dia. ESP ni sebenarnya bukan untuk tenaga dan kulit saja tapi banyak lagi manfaat lain. Orang kata macam 'all in one' sebab ESP ada pelbagai fungsi. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba tu elok la cuba secepat mungkin...anda pasti jatuh cinta...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com