Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday 25 February 2015

Rahsia Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi tentang kelebihan Ayat Seribu Dinar...saya dah lama tahu yang Ayat Seribu Dinar elok diamalkan tapi tak pernahnya nak hafal. Baru-baru ni terbuka hati nak menghayati ayat 2 & 3 Surah At-Talaq...4-5 kali baca lepas solat dah terhafal dah...alhamdullilah.

Kalau kita tengok makna Ayat Seribu Dinar ni, memang bagus terutamanya sebagai pembuka rezeki. Tapi kita kena tengok jugak, bukan sekadar amalkan baca saja yang penting kita kena faham maknanya dulu. 


Ayat pertama kita kena faham betul-betul sebab mereka yang bertaqwa kepada Allah barulah akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka, dicukupkan keperluan dan sebagainya. Bertaqwa ni memang luas maksudnya...tapi ringkasannya mestilah melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan semua larangannya. Dan yang paling penting mestilah amalkan ayat ini secara istiqamah. Seeloknya Ayat Seribu Dinar diamalkan setiap kali selepas solat, baca tiga kali sebelum tidur dan tiga kali sebelum keluar rumah.

Antara hikmah mengamalkan Ayat Seribu Dinar:

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Tuesday 24 February 2015

Kenapa Ostematrix best?

Assalamualaikum...

Tak berapa hari je lagi bulan Februari bakal meninggalkan kita...haishh cepat sungguh masa berlalu...banyak lagi tugas yang belum selesai ni huhuhu..bila dah nak hujung bulan bermakna promosi bulan ni pun dah nak habislah...ostematrix, ajht, vitalea dan vitalea kids. Ostematrix ni antara produk yang customer selalu borong bila ada promotion. Bukan apa bila grab promotion beli 6 percuma 1 memang la lebih jimat dan dah ada stok untuk 7 bulan...senangkan? Ostematrix ni satu botol memang untuk sebulan. Sebotol ada 120 tablet dan sehari kena ambil 4 biji untuk cukupkan 1000mg keperluan kalsium harian kita.

Kenapa ramai yang suka sangat Ostematrix ni? Antara sebabnya ramai yang kurang gemar minum susu jadi telan tablet lagi senangkan? Selain daripada tu mereka yang selalu sakit-sakit badan, sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut dan sendi memang dah rasa kesan yang positif bila konsisten ambil pil kalsium ni. Ostematrix bukan hanya kalsium semata...ia juga mengandungi magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Setiap satu mempunyai peranan yang penting untuk memastikan kita mendapat sumber kalsium yang terbaik. Boleh baca di sini untuk penerangan yang lebih detail.

Apa-apa pun jangan lepaskan peluang untuk dapat harga murah bulan ni ok. Sabtu ni dah last day...




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris

Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday 23 February 2015

KLCC sky bridge dan tingkat 86

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Mesti banyak aktiviti sepanjang cuti 4 hari ni kan? Saya pun agak sibuk ke sana sini sebab parents datang sini so banyak la aktiviti dengan diorang dan adik-beradik. Antara aktiviti yang menarik ialah naik sky bridge KLCC dan tingkat 86 dan dapat tengok view Lembah Klang. Memang menarik...dah berbelas tahun KLCC tu siap, tahun ni baru berpeluang naik atas tu.

A day before husband beli tiket and of course dapat diskaun sebab dia keje situ hehehe. Kalau dewasa yang ada MyKad harga tiket RM25 dan kanak-kanak pulak RM12. Tapi kalau yang takde MyKad harga tiket RM80...huhu mahai tu! Tapi pelancong asing kaya-kaya...mampu la nak bayar banyak tu. Siapa yang nak bawak maid bukan warga Malaysia tu pikir-pikir la dulu ye.

Hari Khamis tu kami sampai KLCC dalam pukul 11.45 pagi...tiket pukul 12.15 tengah hari. Bila beratur sebelum nak masuk tu diorang akan bagi tag sorang satu. Satu group satu warna jadi senang diorang nak monitor. Masuk kat dalam je ambil gambar group by group...kiranya kami satu 'big family' la...nak keluar nanti boleh la beli kalau nak...dua keping saiz kecil sikit dari A4 tu RM100. Lepas tu kena tunggu sekejap untuk diberi penerangan tentang sekuriti...


Penerangan thru hologram


Senang je diorang bagi penerangan...pasang hologram projektor halakan ke arah tepi dinding yang keluar 'smoke hologram' tu then keluar la image tu...bagi penerangan untuk semua pelawat. Lepas dah settle, naik lif ke tingkat 41. Menariknya bila dalam lif ni di sekeliling dia kita akan nampak bangunan macam kita tengok di luar cermin jadi bila dah naik tingkat yang tinggi nampak putih je la...awan la tu hehe. Jadi lift tu akan stop di level 41...sky bridge ni ada dua level...tingkat 41 untuk orang awam, tingkat 42 untuk staf Petronas. Bridge ni panjangnya 58.4 meter. Sebelum diberi masa selama 10 minit berada atas bridge tu, kena dengan sikit penerangan dari staf diorang dulu. Lepas tu barulah sesi 'viewing' dan 'posing'.



Sky bridge level 41

Fahim dengan tokwan dan tok umi

Our lovely family

Lepas dah cukup 10 minit, staf di situ akan panggil ikut warna tag kita. Semua kena berkumpul di satu tempat untuk naik lif ke tingkat 83. Lepas tu kena tukar lagi satu lif ke tingkat 86. Haaaa...di sini kita ada 20 minit untuk tengok pemandangan, ambil gambar dan menikmati keindahan Lembah Klang ewahhh...Lepas 20 minit macam biasa la kena panggil dah untuk turun bawah...kat bawah akan lalu souvenier shop...macam-macam ada kat situ..siapkan duit je. Jom layan pemandangan sekitar Lembah Klang...memang nampak jelas la Lembah Klang ni memang dikelilingi oleh bukit...kalau tak mana orang nak panggil Klang Valley ye tak?












Lepas dah selesai, apa lagi cari makan la pulak...tak tau nak pegi mana pulak sebab public holiday banyak restoran yang tutup. Foodcourt KLCC pun ramai yang amat. Last-last pegi Restoran Sawarabina dekat area Jalan Semarak. Makan apa? Nasi Arab la...kami ambil yang family plate ayam dan kambing...memang besar sangat portion dia sampai tapau bawak balik pun tak larat habis.


Nasi berempah dengan kambing

Nasi ayam Mandy


Monday 16 February 2015

Potluck Supermommies

Assalamualaikum

Semalam join potluck yang dianjurkan oleh leader saya Master Azlin...buat kat rumah beliau jugak. Walaupun hanya 8 family yang datang, potluck kami tetap meriah. Biasa la bila ramai budak-budak mesti la hura-hara jugak jadinya.

Tuan rumah sediakan nasi arab, kari daging yang super sedap dan ayam goreng. Ada yang bawa sayur campur, puding triffle, dadih, pavlova, kek coklat, seri muka dan roti sarang lebah. Saya biasalah bawa lasagna kegemaran ramai hehe...rugi sapa tak datang tau!

Salah seorang dari yang datang ni, si cantik Eppi dah nak terbang ke Johannesburg tak lama lagi. Beliau ikut suami yang ditugaskan di sana. Bestnya dapat bermastautin di negara orang. Hopefully your Shaklee empire berkembang dengan pesat di sana nanti ye.

Semoga ukhwah fillah geng Supermommies berkekalan sampai bila-bila...


US...Master Puteri & Azlina tak sempat join bergambar

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris

Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday 10 February 2015

Keberkesanan AJHT

Assalamualaikum...

Bagi mereka yang sering sakit lutut, sakit belakang dan sakit sendi memang elok sangat amalkan AJHT ni...ramai yang bagi feedback dapat rasa keberkesanannya seawal 5 hari ambil AJHT. Apa bahan yang terkandung dalam AJHT yang menjadikannya begitu berkesan?

Ekstrak Boswellia yang berfungsi menyokong keselesaan sendi. Ia berfungsi menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. Ia digunakan dalam perubatan ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya.



Ekstrak jagung yang berfungsi sebagai kusyen antara sendi. Ia membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi dalam meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina merupakan komponen utama membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang supplement ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. 



Zink, tembaga, mangan & vitamin c berfungsi dalam memilihara tisu penyambung yang sihat. Ia adalah nutrien penting dalam kesihatan sendi. Zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.




TESTIMONI











Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday 7 February 2015

Karnival Jom Erat Silaturahim @Denai Alam

Assalamualaikum...

Alhamdullilah hari ni Karnival Jom Erat Silaturahim telah berlangsung dengan jayanya. Ni first time Surau Al-Islah Denai Alam bergabung dengan Business Women Network (BWN) menganjurkan karnival sebegini. Pada asalnya just nak buat gerai-gerai jualan di perkarangan surau tetapi bagi menarik lebih ramai pengunjung, kami adakan beberapa aktiviti lain seperti, persembahan nasyid, pertandingan azan, ceramah dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Terdapat lebih 20 gerai yang menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian, tudung, suplemen, makanan kesihatan, makanan dan minuman. Terdapat juga booth pendaftaran ahli BWN dan pendaftaran serta bayaran pembaharuan khairat kematian.

Sebagai salah seorang AJK yang mewakili BWN, saya rasa berpuas hati dengan perjalanan program dan sambutan hari ni walaupun saya mengharapkan lebih ramai orang yang datang. Dari segi marketing seperti edarkan flyers dan gantung bunting memang dah okey cuma mungkin pada masa akan datang kena buat promosi lebih awal.

Apa-apa pun saya rasa happy hari ni dan berharap karnival sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang supaya penduduk Denai Alam dapat berjumpa dan berkenalan di antara satu sama lain.









Thursday 5 February 2015

Taekwondo class

Assalamualaikum...

Hari Ahad 1 Februari baru ni berkesempatan daftarkan anak sulung, Fahim untuk kelas Taekwondo. Sebenarnya dah lama dari tahun lepas nak masukkan dia ke kelas martial art tapi tak jumpa tempat yang sesuai. Kebetulan hujung tahun lepas ada seorang kawan bagitau anak dia belajar Taekwondo di Bukit Jelutong jadi kami pun start la tahun ni. Rupanya Master Jeg bagitau kat Bukit Subang pun ada buat kelas...baguslah lagi dekat dengan rumah.

Pada pendapat saya zaman sekarang ni memang perlu untuk hantar anak-anak ke kelas seni mempertahankan diri tak kira lelaki atau perempuan. Banyak sangat kes-kes yang sangat ditakuti jadi dengan adanya ilmu mempertahankan diri harapnya anak-anak dapat protect diri sendiri jika ada sesuatu berlaku. Minta dijauhkanlah semua perkara yang tak baik tu kan. 

Kelas Fahim diadakan setiap hari Ahad pukul 5.15 petang hingga 7.15 petang di Dewan MBSA, Bukit Jelutong. Dewan tu luas, selesa dan bersih. Bayaran pendaftaran ialah RM50 dan yuran bulanan pun RM50 sahaja. Uniform kena beli sepasang je...harga RM80. 

Pertengahan tahun ni atau tahun depan nak start hantar kakak dan adik pulak. Biar diorang belajar dari kecil...wajib belajar sampai dapat black belt ok! All the best untuk anak mama...semoga dapat belajar dengan baik dan praktikkan ilmu yang diperolehi.


First class

Monday 2 February 2015

Menarik promosi Februari

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan baru mestilah ada promosi baru kan? Bulan ni memang sesuai sangat untuk mereka yang ada masalah sendi, selalu sakit belakang, sakit lutut atau yang seangkatan dengannya. Sebabnya promosi bulan ni ada ostematrix dan ajht selain promosi vitalea dan vitalea untuk kanak-kanak. 

Ramai sebenarnya yang ada masalah sendi atau sakit belakang ni, tak kira muda atau tua. Ostematrix ni memang banyak membantu sebab ramai yang tak suka minum susu jadi sumber kalsium tu kurang. Kalsium sebenarnya banyak sangat fungsinya...nanti saya kongsi di entry yang lain.

Jadi sempena promosi yang best ni...jom shopping dengan saya...harga pastinya super duper best! Jom hadiahkan kepada ibubapa kita Set Sendi yang sangat membantu mereka dan permudahkan mereka untuk beramal ibadah dengan lebih selesa.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com