Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Tuesday 20 January 2015

Kenapa protein penting untuk kulit yang cantik?

Assalamualaikum...

Ramai yang gunakan pelbagai jenis suplemen untuk mencantikkan kulit. Tapi tak semua orang mendapat kecantikan kulit yang mereka idamkan. Mengapa? Apa yang penting untuk diambil bagi mendapatkan kulit yang cantik? Protein merupakan makanan asas yang penting untuk kita dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah.

Protein penting untuk pembaik pulih tisu serta membina tisu yang baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangka hayatnya. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.

Kebanyakan sel darah putih diganti setiap 10 hari. Sel kulit pula diganti setiap 24 hari.
Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun. Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein? Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Fakta Penting Protein

Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.

Bagaimana protein mencantikkan kulit?

Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan. KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara protein yang penting di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan diet rendah protein sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Jadi pengambilan protein memang sangat penting dalam diet seharian kita. Bagi kecantikan kulit pula selain protein, vitamin A,C dan E juga penting untuk diamalkan.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment