Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday, 9 June 2014

Bahan istimewa dalam Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum

Pernah tak anda survey harga produk-produk yang berasaskan kolagen? Mesti ada pernah jumpa yang mahal dan yang murahkan? Kenapa kita perlu berhati-hati dalam memilih produk kolagen? Sebabnya bukan semua produk yang mengandungi kolagen akan memberikan kesan yang kita kehendaki. Memang tulis pada kotak tu bahan utamanya adalah kolagen tapi dapatkan kolagen tu menyerap sepenuhnya ke dalam badan anda? 

Hari ni saya nak berkongsi bahan-bahan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder (SCP) dan mengapa ia merupakan collagen yang terbaik. Sudah ramai yang mencuba SCP dan tidak beralih arah kepada produk kolagen yang lain. Kenapa? Jom tengok dulu apa bahan utama dalam SCP...

1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen terbaik. Merupakan ikan laut dalam, kurang pencemaran , tahan lasak dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica, terdiri daripada asid oleik yang dapat melembapkan kulit secara hebat, juga merupakan antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Juga dikenali sebagai Ginseng Brazil, bilamana bergabung dengan ekstrak biji Camellia Japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

5. Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B meningkatkan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.

6. Ekstrak Kekerang
Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus Acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula usus yang sihat, yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.




Kenapa SCP mudah diserap oleh badan?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yg mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Colagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah. Kenapa sisik ikan merah? Ikan Merah merupakan satu-satunya ikan yang boleh tahan hidup di bawah paras laut yang kedalamannya sehingga 5000m di bawah paras laut pada keadaan bertekanan tinggi dan selamat dari pencemaran. Ini menunjukkan sisik ikan merah ini sangat kuat menahan tekanan tinggi dan juga merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak.



Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1000 dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Jadi inilah sebabnya anda perlu memilih SCP kerana kebaikannya dan penyerapan yang mudah mampu memberikan kesan yang terbaik. Jangan bertangguh lagi jika anda inginkan kulit yang cantik, anjal dan licin.

Beli 3 kotak sekaligus, anda layak mendapat keahlian percuma dan cash bonus. Dah la dapat kulit cantik, dapat beli pada harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat duit lagi. Memang berbaloi!

Hubungi saya segera...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment