1. Salmon
Ikan ini adalah sumber terbaik lemak omega-3 (DHA dan EPA) yang berperanan penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil lemak Omega-3 yang mencukupi mempunyai pemikiran yang tajam dan daingatan yang tinggi. Menurut kajian juga, ikan tuna juga mengandungi lemak omega-3, namun kandungannya tidak sebanyak ikan salmon.
2. Telur
Telur telah lama dikenal sebagai sumber penting protein yang mudah didapati dan harganya pun tidak mahal. Walaupun mengandung kolesterol, bahagian kuning telur ternyata kaya akan kolin, iaitu suatu zat yang membantu perkembangan daya ingat atau memori.
3. Kekacang
Kekacang kaya dengan vitamin E, antioksidan yang berperanan dalam melindungi membran-membran sel saraf. Bersama tiamin, vitamin E akan membantu sel saraf dan otak untuk menggunakan glukosa sebagai keperluan tenaga.
4. Gandum
Otak memerlukan glukosa dari tubuh. Gandum mempunyai peranan untuk memenuhi keperluan tersebut. Serat yang terkandung di dalamnya membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Makanan ini juga memiliki kandungan vitamin B yang berguna dalam memelihara kesihatan sistem saraf.
5. Oat
Oat atau oatmeal adalah sejenis cereal yang selalu dijadikan sarapan. Oat merupakan sumber nutrisi penting bagi otak. Oat mampu menyediakan tenaga untuk otak yang sangat diperlukan anak-anak dalam menjalani aktiviti di waktu pagi. Selain itu, serat pada oat juga memiliki peranan untuk daya pemikiran kanak-kanak di waktu pagi. Kandungan lain seperti potasium, vitamin B dan vitamin E yang ada pada oat dapat meningkatkan fungsi tubuh dan otak pada tahap yang optimum.
6. Buah beri
Buah berry seperti strawberi, blackberi, rasberi, blueberi kerana buah-buahan ini mengandungi banyak nutrisi penting yang baik untuk kesihatan. Antioksidan yang tinggi pada buah berry, terutama vitamin C, memiliki peranan untuk mencegah kanser. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak strawberi dan blueberi mempunyai fungsi untuk tingkatkan daya ingatan. Biji buah berry juga mengandung lemak omega-3.
7. Sayuran berwarna
Bayam, labu, ubi, dan tomato merupakan sayuran-sayuran kaya nutrisi dan antioksidan yang akan membuat sel-sel otak jadi lebih kuat dan sihat.
8. Daging lembu tanpa lemak
Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi adalah mineral penting yang dapat membantu anak-anak tingkatkan kosentrasi dan lebih bertenaga.
9. Susu dan Yogurt
Makanan-makanan dari produk susu cenderung mengandung vitamin B dan protein yang tinggi. Kedua jenis nutrisi penting ini dapat membantu pertumbuhan otak, enzim dan neurotransmitter. Susu dan yogurt juga dapat membantu perut lebih kenyang kerana kandungan karbohidrat dan proteinnya menjadi sumber tenaga untuk otak.
Tetapi jika anda jarang dapat mengamalkan makanan di atas anda tak perlu risau. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang kaya dengan lemak omega-3, DHA dan EPA. Ia juga sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur untuk kesihatan otak.
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment