Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label kecantikan kulit. Show all posts
Showing posts with label kecantikan kulit. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Promosi baru bulan December

Assalamualaikum

Tiba-tiba hari ni dapat mesej dari Shaklee...ada satu lagi promosi baru untuk bulan ini iaitu Collagen Powder. Adoiiii...memang bulan ni bulan untuk cantiklah sebab semua produk kecantikan ada promosi. Apalagi...bagi yang memang amat mementingkan kecantikan tu wajiblah grab semua promosi bulan ni...Vita E, Vita C dan Collagen Powder. Kalau konsisten ambil ketiga-tiga ni memanglah akan dapat kulit cantik, anjal, cerah, gebu dan muda jelita.

Mesti ada yang tanya kenapa tiba-tiba 10hb baru Shaklee announce promosi tambahan? Jawapannya mudah je sebab Shaklee bermurah hati nak bagi korang semua cantik dan comei hehehe...YEAR END SALE gitew. Okaylah sebenarnya tahun depan Collagen Powder tak akan dijual dalam jangka masa 9-12 bulan sebab kena ikut garis panduan proses pendaftaran yang baru. Ini perkara biasa kalau produk yang akan diupgrade nak masuk semula ke Malaysia memang ambil masa agak lama untuk proses-proses tertentu. Ingat tak tahun 2013 hampir setahun juga Vita C Sustained Released takde di pasaran...ni pun atas sebab yang samalah.

Jadi kepada peminat tegar Shaklee Collagen Powder silalah buat stok setahun siap-siap sebab ada yang kata macam mana nak hidup kalau Collagen Powder takde. Sampai macam tu sekalilah tahap fanatiknya. Jadi jangan terlepas okay...sementara stok masih ada ni...




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 16 June 2014

Kelebihan B Complex

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi kenapa elok kalau kita jadikan B Complex sebagai vitamin harian. B Complex turut dikaitkan dengan kecantikan kulit dan membantu mengurangkan stress. Jom kita lihat dulu apakah manfaat utama B Complex...

1) Menukarkan makanan kepada tenaga 
B Complex membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan tekanan (Anti-stress)
B Complex memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu tumbesaran 
B Complex menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan rambut 
B Complex memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Sangat sesuai bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan mata 
B Complex mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia
B Complex membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan senggugut 
B Complex baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8) Mengurangkan risiko mendapat Perleche
B Complex boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi 

B Complex Shaklee menganngi lapan kumpulan vitamin B , dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee.


Siapa yang memerlukan B Complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:

  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migrain
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang ingin kelihatan cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang
Dengan suplemen B Complex Shaklee anda sudah mendapat semua vitamin B yang lengkap dan diperlukan oleh badan. Jadi jangan tunggu lama-lama...pastikan anda mendapat bekalan vitamin B dari Shaklee yang semestinya halal, selamat dan berkesan.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com






Friday, 6 June 2014

Vitamin E vitamin cantik

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi melancong atau balik kampung kan? Tengok status kawan-kawan kat FB dan instagram pun ramai yang makan angin sana-sini. Memang elok pergi melawat tempat orang ni...jauh perjalanan luas pengalaman. Kami sekeluarga pun weekend baru-baru ni balik kampung sebab ada wedding sepupu belah suami. Memang meriah dapat berkumpul jumpa sanak-saudara. Time wedding & hari raya je la boleh jumpa ramai sikit sedara-mara...kalau tak semua sibuk dengan urusan masing-masing betul tak?

Bulan Jun ni sempena promosi Vita E memang tepat pada masanya sebab tak sampai 2 bulan lagi dah nak raya. Jadi mesti la ramai yang nak kulit cantik, badan cantik sebab nanti jumpa ramai kawan-kawan dan sanak saudara bila balik kampung nanti. Ada yang memang setahun sekali baru jumpa...bila kulit wajah dah cantik tu mesti ramai yang tanya & puji kan?




Vita E ni memang antara vitamin yang masuk dalam kategori Set Kecantikan selain Vita C dan B complex. Jom kita lihat dulu kelebihan Vita E secara menyeluruh... 

  • Sebagai anti-oksidan yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular. 
  • Mencegah penyakit jantung 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan produksi air mani untuk kesuburan lelaki 
  • Anti penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari dapat melambatkan proses penuaan, mengurangi kedutan, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kulit dan tona muka yang sekata 
  • Merangsang rambut menjadi lebih sihat dan mencegah keguguran rambut 
  • Boleh dijadikan masker dan membantu masalah parut. 
  • Mencegah keguguran 
  • Mengurangi risiko kanker prostat di kalangan penghisap rokok 
  • Memperbaiki arthritis dan memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer 
  • Meningkatkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama memperkuat dinding kapilari darah 
  • Memperbaiki peredaran darah 
  • Membantu dalam masalah “premenstrual syndrome” dan penyakit fibroid 
  • Merawat sakit sendi 
  • Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan 
  • Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat 
  • Mencegah penyakit katarak 
Antara lain kelebihan vitamin E ni kepada kejelitaan kulit adalah dengan membantu:-
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut.
Artis-artis yang kulit cantik putih gebu tu memang kebanyakannya mengamalkan vitamin E dan C. Anda semua pun mesti nak kan kulit yang cantik? jom beli ramai-ramai sempena promosi Vita E bulan ni. Beli 6 botol dapat free 1 botol. Selain daripada tu secara automatik dapat free membership dan cash bonus. Rugi siapa tak grab peluang yang julung-julung kali datang ni. 

Sekarang kita tengok pula testimoni dari mereka yang dah gunakan vitamin cantik ni. [ihsan google]



Bestkan tengok mereka yang dapat kulit wajah yang mereka idamkan...jadi apa tunggu lagi sementara promosi sedang berlangsung ni...jom beli cepatttt...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com