Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Monday 30 June 2014

Atasi keputihan dengan berkesan

Assalamualaikum

Ramai wanita yang mengalami masalah keputihan tetapi tak ramai yang betul-betul serius untuk mengatasinya. Pada peringkat awal mungkin keputihan itu tidak begitu ketara tetapi jika dibiarkan berlarutan ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan, tidak berbau hanyir atau tiada keradangan di bahagian faraj bermakna tiada jangkitan yang berlaku.

Antara punca masalah keputihan ialah perubahan hormon, jangkitan bakteria, kencing manis, tiroid dan ubat-ubatan. Jika anda menghadapi masalah keputihan yang serius, segeralah berjumpa dengan doktor atau anda boleh mencuba vitamin Shaklee yang dapat membantu masalah tersebut.

Produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan adalah Alfalfa Complex. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya bagi mereka mempunyai masalah dalam "hubungan" suami isteri.

Jadi bagi mereka yang ada masalah keputihan, jangan malu, jangan segan untuk cuba Alfalfa Complex. Selain membantu masalah keputihan, banyak lagi kelebihan alfalfa yang bakal anda perolehi.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


No comments:

Post a Comment