Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Thursday, 26 June 2014

Susu badan merudum di bulan puasa?

Assalamualaikum

Tak beberapa hari je lagi kita dah nak menyambut bulan Ramadhan. Mesti ramai yang dah plan setiap petang nak masak apa untuk menu berbuka. Tentu ada juga yang dah susun pasar Ramadhan mana yang nak diterjah lepas balik kerja...hehehe...

Tapi yang paling seronok bagi mereka yang bekerja sudah tentu la dapat balik awal, masak untuk keluarga, ada lebih banyak masa dengan anak-anak dan boleh sama-sama menunaikan solat terawih. Selain daripada tu satu benda yang saya suka masa bulan puasa ni, kita boleh jumpa banyak kuih-kuih tradisional yang susah nak dapat pada waktu lain. Dapat la lepaskan ngidam ye tak?

Berbalik pada topik kita hari ni, ramai ibu-ibu menyusu di luar sana yang risau bekalan susu mereka merudum masa bulan puasa. Mengapa? Antara sebabnya kita tak boleh minum air lebih banyak pada waktu siang. Tapi sebenarnya bukan kurang makan atau minum air saja punca susu merudum, banyak lagi faktor lain yang anda perlu tahu. Antaranya ialah:

1) Tekanan/Stress
Tekanan di tempat kerja atau selalu sangat memikirkan samada susu akan cukup atau tidak untuk anak.

2) Pumping
Tidak 'pump' secara konsisten. Jarak antara sesi mengepam janganlah terlalu lama. Seelok-eloknya 3-4 jam sekali.

3) Teknik penyusuan yang tidak betul
Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Pastikan bayi anda menyusu dengan betul dan posisi ketika menyusu juga amat penting.

4) Tidak bersahur
Penting untuk ibu menyusu bersahur supaya dapat nutrisi yang diperlukan dan lebih bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan untu mengelakkan masalah susu berkurangan semasa di bulan puasa?

1) Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan rezeki
Apa yang kita fikir itu yang kita dapat. Fikir dan katakan pada diri sendiri yang susu akan sentiasa cukup untuk anak anda. Kuasa minda sangat hebat jadi jangan selalu fikirkan yang negatif.

2) Jangan kurangkan sesi mengepam/direct feeding
Apa yang anda lakukan sebelumnya, perlu diikut juga semasa bulan puasa. Jangan fikir anda kurang minum di bulan puasa jadi sesi mengepam juga patut dikurangkan. Ini yang akan menyebabkan kuantiti susu jatuh kerana ia bergantung kepada 'demand & supply'.

3) Penting untuk bersahur
Jangan 'skip' sahur anda. Cuba ambil makanan yang seimbang dan minum air sebanyak yang boleh. Pengambilan kurma juga mampu menambah tenaga ibu dan meningkatkan penghasilan susu badan.

4) Tenangkan diri dan selalu berzikir
Semasa menyusu atau mengepam sentiasa tenangkan fikiran tanpa memikirkan masalah-masalah lain di luar sana. Tumpukan pada sesi tersebut sepenuh hati. Rajin berzikir 'Ya Mattin' yang bermaksud 'Maha Sempurna KekuatanNya'.

5) Ambil suplemen tambahan
Jangan risau, banyak suplemen yang dapat membantu anda mengekalkan kuantiti susu badan walaupun anda berpuasa. Shaklee juga menawarkan produk yang dapat membantu anda kekal bertenaga dan kurangkan hidrasi.

ESP
  • bekalkan tenaga yang berpanjangan
  • sebagai 'milk booster' dan menjadikan susu lebih pekat
  • memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • menjadikan kulit ibu dan bayi lebih cantik

Performance Drink
  • mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi
  • memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • berperisa oren yang sangat sedap

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment