Semalam berkesempatan hadir Start Bright Series (SBS) yang ke 8. SBS adalah kelas yang dikendalikan oleh Puteri & Friends (PAF) yang diketuai oleh Master Puteri. Setiap bulan mereka akan organize SBS ni secara percuma kepada ahli kumpulan mereka. Walaupun saya bukan di bawah PAF tapi Master Puteri memberi peluang juga kepada kumpulan lain yang berminat.
Memang untung sangat dapat leader-leader yang bersemangat untuk memberi ilmu kepada anak-anak buah. Inilah keistimewaan yang kami dapat apabila mendaftar di bawah group Jutawan Muslimah. Semua leader memang akan berusaha untuk membantu ahli-ahli di bawah mereka.
Saya suka attend kelas-kelas yang macam ni sebab selain dapat ilmu, dapat kenal dengan ahli-ahli lain, dapat lucky draw produk-produk Shaklee yang best-best, ada makanan dan minuman free flow dan yang paling best kami tak perlu tinggal anak-anak di rumah kalau tiada penjaga. Bawa je sama-sama bagi dia belajar pasal Shaklee gak...hahahaha...
So SBS semalam diadakan di Ours Cafe, Bandar Sri Damansara. Semalam ahli yang ahdir lebih kurang 15 orang. Kelas semalam dikendalikan oleh Coordinator Fadlina dan Supervisor Bad. Untuk pengetahuan semua, setiap kelas SBS akan membincangkan tajuk yang berlainan dan dikendalikan oleh orang-orang yang berlainan juga. Sebelum ni saya pernah menyertai SBS ni tapi tak ingat bulan berapa. Masa tu Master Puteri sendiri yang kendalikan kelas tersebut di training room Shaklee, Empire Subang.
Jadi semalam kami ditanya apakah plan kami untuk masa 6 bulan akan datang. Apa target dan apa yang kami perlu buat. Selepas tu Fadlina cerita tentang Minda Usahawan. Bagaimana cara kita nak ada produk tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Bagaimana kita nak kendalikan duit bonus yang diperolehi supaya kita nampak hasil usaha kita selama ini. Bad pula menyentuh tentang medium yang kita boleh gunakan untuk kongsi kebaikan produk dengan mereka di luar seperti Facebook, Instagram, Wechat dan blog. Menurut beliau, perkongsian di blog lebih baik kerana ramai orang yang boleh baca sekiranya mereka mencari tajuk yang betul. Kalau guna Facebook pula hanya limited pada kawan-kawan yang ada dalam friend list dan kawan-kawan orang yang 'like' entry kita sahaja. Itupu sebenarnya hanya 20% daripada friend list kita yang dapat tengok apa yang kita tulis. Kalau kawan kat FB beribu-ribu ok la jugak kan...
Lepas dah habis topik-topik yang dibentangkan, apalagi sesi bergambar kenangan la. Thanks to Fadlina & Bad. Sebelum balik boleh tapau makanan lagi...dapat cupcake red velvet sorang satu...suke! Jadi kesimpulannya kalau kita nak menyertai mana-mana MLM, pastikan ianya sesuai dengan jiwa anda (pernah sertai bisnes lain tapi cara mereka tak kena dengan jiwaku..tsk..tsk). Kalau yang berminat mimilih Shaklee sebagai bisnes anda, pilihlah kumpulan yang dapat membimbing anda sehingga berjaya mencapai impian masing-masing. Jom sertai saya di bawah Success Supermmomies!
Sepervisor Bad |
Coordinator Fadlina |
Sebahagian dari mereka yang hadir |
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment