Alhamdullilah...dapat bertemu kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak. Masih diberi kesempatan olehNya untuk mengerjakan ibadah puasa tahun ini. Syukran Ya Allah...
Azam puasa tahun ni nak baca Al-Quran seberapa kerap dan banyak yang boleh. Memang terigin nak habiskan 30 juzuk..insya-allah akan cuba ke arah itu. Bulan Ramadhan ni memang banyak kelebihan dan kebaikannya, jadi marilah kita manfaatkan satu bulan yang mulia ni dengan pelbagai aktiviti yang baik-baik.
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
1) Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
3) Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
4) Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.
5) Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.
6) Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
7) Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

8) Bagi mereka yang beriman, dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan)
Amalan-amalan di bulan Ramadhan:
1. Mengerjakan solat sunat tarawih dan solat-solat sunat lain.
2. Banyak membaca Al-Quran.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran.

Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Sama-samalah kita memperbaiki dan melipat gandakan amalan-amalan yang baik sepanjang Ramadhan ini...
No comments:
Post a Comment