Assalamualaikum
Apa khabar semua? Mesti yang ramai dah balik kampungkan? Hari ni ramai yang update tentang trafik...sana sini jam. Harap semua yang memandu setiasa sabar dan berhati-hati di jalan raya. Memang susah nak elak jam ni especially masa musim perayaan...apa yang kita boleh buat selalu check keadaan trafik kat twitter, Waze, download apps PLUS dan mungkin update dari kawan-kawan ya memang dalam perjalanan. Memang agak mencabar memandu di bulan puasa dengan cuaca yang panas dan trafik yang sesak...apapun semoga semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Sempena bulan yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya coretkan di blog ini ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Matlamat saya menulis di blog ini hanyalah ingin berkongsi tentang kebaikan produk yang saya guna dan jual di samping isu-isu lain yang berkaitan dengan kehidupan saya, ilmu kesihatan dan keibubapaan.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...
No comments:
Post a Comment