Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Saturday 19 July 2014

MH17...Al-Fatihah

Assalamualaikum

Sayu rasa bangun sahur pagi semalam bila tahu berita MH17 terhempas di sempadan Rusia-Ukraine. Peristiwa MH370 pada 8 Mac lepas pun masih segar dalam ingatan dan tak selasai lagi, sekarang tambah lagi satu kejadian menyayat hati. Kali ini seramai 295 penumpang termasuk krew mati apabila pesawat tersebut didakwa ditembak jatuh oleh 'pengganas' menggunakan peluru berpandu dari darat.

Sekarang pelbagai spekulasi telah dibuat dan siasatan rasmi telah pun dimulakan. Memang tak sangguplah nak tengok gambar mayat-mayat bergelimpangan bersama serpihan kapal terbang dan barang-barang peribadi milik mangsa. Yang paling terkesan pemergian 6 sekeluarga yang akan balik menetap kembali di Malaysia setelah bapa mereka mendapat 'transfer' untuk kembali bertugas di sini setelah hampir 3 tahun berkhidmat di luar negara.

Sungguh besar dugaan Allah pada bulan Ramadhan tahun ini. Inilah masa untuk kita muhasabah diri dan tingkatkan amal ibadah. Al-fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam dan takziah kepada yang lain-lain. Di samping itu teruslah berdoa untuk penduduk Palestin di Gaza yang menerima serangan bertalu-talu rejim Zionis. Allahuakbar!



1 comment:

  1. The Best Slots | Casino Roll
    The septcasino best slots at Casino Roll. If you love table games, https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ to play febcasino.com blackjack, you have to casino-roll.com bet twice for the dealer to win. The dealer 바카라 must

    ReplyDelete