Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan yang telah berkahwin. Memang seronok dengar pasangan yang baru dua tiga bulan kahwin dah berisi. Tetapi banyak juga pasangan yang dah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ada yang gigih berusaha dan ada juga yang sekadar menerima takdir yang mereka tidak boleh memiliki zuriat. Sebenarnya ada pelbagai cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pasangan yang belum mempunyai anak...antara nak dengan tak je.
Teringat baru-baru ni ada terjumpa seorang kawan yang mengandung anak kedua selepas sebelas tahun. Rupa-rupanya bila dikorek-korek, selepas beberapa tahun mendapat anak pertama mereka memang berusaha untuk mendapat anak kedua tapi tidak berhasil. Apabila jarak dah agak jauh, mereka mula membuat pemeriksaan doktor dan mendapati ada yang tersumbat di saluran tiub fallopio. Jadi lepas di'gerudi' oleh doktor barulah beliau disahkan mengandung. Jadi kalau yang dah dua tiga tahun kahwin tapi masih belum berjaya mengandung, eloklah pergi berjumpa doktor untuk mengetahui masalah sebenar.
Selain itu faktor pemakanan juga boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan. Jadi jom kita tengok apakah makanan yang elok diambil unyuk mereka yang merancang untuk hamil.
Betik
Kaya vitamin C, merupakan antioksida yang baik untuk tubuh. Berupaya meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Jadi amalkan buah betik dalam menu harian dan 500mg vitamin C untuk kesihatan.
Kerang
Kerang dan makanan laut yg tinggi zink kekurangan zink mempengaruhi kesuburan, baik wanita atau lelaki.Bagi lelaki, makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma.
Taugeh
Tinggi vitamin E dan antioksida. Vitamin E bagus untuk kesuburan dan keinginan seksual . Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Disebabkan sifatnya yang tinggi antioksida, Vitamin E terbukti mampu melindungi membran sperma dari krosakan akibat oksidasi. Rosaknya DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan.
Sayur-sayuran hijau dan kekacang
Mengandungi folat yang penting untuk persediaan ibu hamil dan semasa mengandung. Digalakkan mengambil asid folik beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil lagi.
Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman berkafein. Selain daripada itu, pengambilan vitamin juga dapat membantu meingkatkan tahap kesuburan. Cadangan vitamin dari Shaklee adalah seperti berikut:
Untuk wanita
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
2. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Di samping itu, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Di samping itu, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Untuk lelaki
1. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
2. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment