Apa khabar semua? Dah habis beraya ke belum hihihi...blog ni pun seminggu beraya...tak berupdate. Kasi chance la kan...bukannya selalu. Bukannya apa laptop tak bawa balik...malas nak guna laptop suami...tak feel hehehe. Entry ni nak cerita skali lalu pasal raya kitorang tahun ni.
Kami sekeluarga bertolak dari Denai Alam pukul 1.30 pagi Ahad (27/7)...ni kononnya nak elak jam dan plannya sempat la bersahur di Penang dalam pukul 5 pagi camtu. Biasanya kalau trafik lancar 4 jam confirm boleh sampai. Mula-mula masuk highway trafik lancar...tak lama lepas tu mulalah slow and steady jer. Memang banyak la kereta walaupun tengah-tengah malam ni...so terpaksa lah redha. Bila tengok jam dah pukul 4.30 baru kat Ipoh, kitorang pun keluar kat Ipoh cari tempat nak bersahur. Pusing-pusing kejap lepas cari tempat makan kat Waze, jumpa la satu kedai mamak ni...so bersahurlah kat situ....alhamdullilah.
So lepas sahur tu nak masuk la highway balik...tengok-tengok highway punya la jam...memang tak boleh jadi ni sebab jam sampai terowong Menora...so kitorang decide nak guna jalan lama. Sebelum tu gi solat kat satu surau kat kawasan perumahan mana tah. Jalan lama ni tak banyak sangat la kereta tapi jalan dia la tak berapa smooth...bergegar je. Sampai Kuala Kangsar baru masuk balik highway...sampai satu R&R tu berenti jap...tak tahan dah ngantuk. Tido jap dalam 30 minit pastu sambung balik...time ni trafik lancar walaupun kereta banyak jugak. Akhirnya sampai Penang rumah parent-in-law pukul 9.30 pagi...fuhhhh 8 jam la jugak atas jalan.
Hari raya pertama lepas balik solat Hari Raya seperti biasa sesi bermaaf-maafan dan ambil gambar. Lepas tu pergi beraya kat rumah nenek suami...rumah dekat kawasan yang sama gak...dekat gile. Lepas tu balik rumah semula, tukar baju masuk dapur masak nasi tomato. Petang baru ada sedara-mara datang sampai ke malam. Raya kedua pagi-pagi sebelum subuh adik ipar yang bongsu sampai dari PJ. Dalam pukul 12.30 tgh hari keluar beraya ke Teluk Bahang...sebelum tu singgah solat jap kat Masjid Terapung sebelum Batu Feringgi tu. Dekat Teluk Bahang pergi dua rumah...Tokcik Limah dan Tokcik Misah (dua-dua ni adik nenek kepada suami). Tokcik Limah alhamdullilah masih kuat dan sihat. Tokcik Misah pulak beberapa tahun lepas kena strok so memang dah tak boleh bangun...makan pun dah tak boleh just minum susu ikut tiub. Suami sempat la sembang-sembang dengan suami Tokcik Misah ni iaitu Tokcik Seman. Suami bagitau Tokcik Seman ni antara orang yang paling baik dia pernah jumpa. Dalam pukul 6 petang baru la kami gerak balik. Malam ada lagi kawan-kawan MIL datang. Adik ipar yang no. 2 pun sampai dalam 8 lebih...jam jugak dari Bangi ke Penang. Pukul 11 malam kitorang gerak balik Alor Star pulak.
Hari raya ketiga dan keempat beraya ke rumah saudara-mara di Alor Star saja. Hari Jumaat petang siap packing barang terus gerak ke Penang semula. Rehat-rehat jap dan bertolak balik ke Denai Alam dalam pukul 11.40 malam. Trafik lancar...alhamdullilah sampai rumah pukul 3 pagi. Lega time balik ni tak payah tempuh jam. Syukur sangat...kitorang suka travel malam sebab masa tu anak-anak tidur so tak banyak la soalan 'bila nak sampai kampung' dan suhu pun sejuk sikit. Hari Sabtu petang kawan suami on the way nak balik Taiping dari Johor singgah rumah. Lepas dah makan semua masa diorang nak balik dapat berita yang Tokcik Seman meninggal sebab jatuh...tapi tak tahu sangat full story. Innalillah..terkejut dan tak sangka sangat. Nasib baik sempat jumpa dan beraya hari tu. Semoga Tokcik Seman di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Itu je la citer raya kitorang...happy bercampur sedih. Anak-anak la paling seronok sebab dapat banyak duit raya. Apa-apa pun kitorang happy sebab masih diberi kesempatan berhari raya bersama yang tersayang.
No comments:
Post a Comment