Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 4 July 2014

LASIK...mataku cerah kembali

Assalamualaikum

Alhamdullilah...hari ni genap sebulan saya buat LASIK untuk membetulkan rabun jauh yang dialami sejak berumur 17 tahun. Selain daripada itu saya memang tak suka pakai spec lama-lama. Kalau pakai contact lens lama sikit kepala saya akan pening dan mata rasa kurang selesa. Kadang-kadang macam tak percaya pun ada yang mata ni boleh cerah kembali tanpa bantuan kaca mata atau contact lense lagi. Syukur sangat!

Jadi hari ni nak berkongsi pengalaman dan procedure sebelum, semasa dan selepas buat Lasik. Jom kita tengok dulu apakah yang dimaksudkan dengan LASIK...

LASIK adalah singkatan kepada laser-assisted in situ keratomileusis iaitu pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh, dekat dan astigmatisme). 

Menurut Prof Muhaya, LASIK untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.

Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.


Kos LASIK adalah RM6,990 untuk mereka yang berumur 36 tahun ke bawah dan RM7,990 untuk yang berumur 36 tahun ke atas.

Pre- LASIK

Saya buat LASIK bersama ibu dan seorang sepupu. Tiga minggu sebelum tarikh yang kami dah pilih, saya call Lasik Center Prince Court Medical Center (PCMC) untuk buat appointment samada tarikh yang kami nak tu available ke tak. Alhamdullilah tarikh tu masih ada kekosongan. Jadi pembantu Prof Muhaya beritahu contact lens dah tak boleh pakai 10 hari sebelum tarikh nak buat pemeriksaan mata. Kami juga tidak dibenarkan memandu sendiri untuk hari pemeriksaan dan hari untuk membuat LASIK.

Jadi pagi 3 June 2014, kami bertolak dalam pukul 7 pagi dari rumah...nak elak jam kan. Tahu jelah nak meredah masuk KL di hari orang ramai bekerja...taknak la sampai hospital lambat sangatkan. Dalam pukul 8.10 sampai PCMC terus pergi register dulu. Lega sebab kami adalah orang pertama yag akan diperiksa pada pagi tersebut. Mula-mula buat dua pemeriksaan di Lasik Centre. Kemudian kena pergi to the other end dan ada a few pemeriksaan lagi. Jumpa juga dengan Optometris dan dia check power mata kita. Lepas tu nurse ada titik ubat mata bertujuan untuk membesarkan kornea mata katanya. Kemudian, masuk bilik Prof Muhaya...dia check menggunaka satu alat ni dan tanya a few questions. Dalam pukul 11.30 baru settle check-up untuk kami bertiga..pheww! Sebelum balik pegi buat payment dulu dalam RM600 lebih.

Nurse ada bagi dua jenis ubat titik iaitu Vigamox dan Isopto Carpine  untuk guna pada hari itu dan pagi esoknya. Kami juga diminta minum banyak air untuk flush ubat dari badan dan supaya kornea mata cepat kembali kepada saiz asal. Kalau tidak tak boleh nak buat LASIK keesokannya. Sepanjang petang dan malam tu memang kurang selesa sebab penglihatan makin blur...ini kesan dari ubat tersebut tapi alhamdullilah bangun pagi esoknya mata dah ok. 

4 JUN 2014

Pagi ni kami keluar dalam 7.20 pagi dan sampai dalam pukul 8.45 pagi...lambat la pulak sebab jalan jam. Sampai dekat kaunter untuk settlekan full payment, ramai yang dah menunggu. Adoiii lambat la turn kami ni....takpe think positif je. Dalam pukul 10 lebih saya diminta masuk ke satu bilik bersama beberapa orang yang lain untuk membuat persiapan. Hanya sarung baju hospital, pakai surgery cap dan selipar yang disediakan saja. Sementara tunggu tu mulut ni asyik berzikir je la untuk nak hilangkan nervous. Takut tu tak la pulak tapi nervous tu tetap ada. 

Sepupu saya orang pertama antara kami bertiga yang dipaggil untuk buat LASIK...saya hanya boleh mengambil gambar beliau dari luar saja. Semua orang dibenarkan masuk untuk melihat prosedur yang dilakukan ke atas orang yang sebelum kita. Kata Prof Muhaya, boleh lihat sendiri betapa mudahnya untuk buat LASIK jadi kita akan kurang rasa takut. Jadi saya pun gigih tengok seorang perempuan ni jalani prosedur tersebut. Memang cepat dan mudah je dengan hanya menggunakan 2 jenis mesin. Selepas tu tibalah turn saya pulak. Kena baring atas katil yang disediakan. Mak saya pulak tengok saya buat prosedur tu. Apabila dah ready, saya ditolak ke arah mesin yang pertama. Prof Muhaya membaca doa dan prosedur pun bermula...dalam 10 minit je dah siap. Lepas tu ditolak ke arah mesin kedua pulak. Di sinilah mata kita akan diproses sehingga jadi terang seperti sedia kala. Prosedur ni pun kejap je dalam 15 minit. Lepas selesai dah boleh bangun dan keluar ke bilik persiapan tadi. Kat sini dah dinasihatkan pakai sunglasses. Ada seorang staf siap minta untuk buat video testimoni lagi. Dalam pukul 11.30 semua dah settle dan dah boleh balik. Masa ni penglihatan tak begitu clear lagi. Ada 3 jenis ubat mata iaitu Vigamox, Maxidex dan Vismed yang perlu dititik mengikut masa-masa tertentu. 

Post-LASIK 

Dalam masa 7 hari berikutnya dua jenis ubat titik perlu diteruskan lagi. Hari kedua mata saya dah betul-betul clear...alhamdullilah. Kadang-kadang tu memang terasa agak kering tapi jangan risau, kita boleh gunakan Vismed sebagai moisturizer. Jadi hari ni genaplah sebulan saya menjalani LASIK dan memang sangat berpuas hati. Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang berkira-kira atau takut nak buat LASIK, hapuskan semua tanggapan negatif tu. Just do it! It's painless and worth it! Niatlah supaya kita dapat melihat kembali alam ciptaan-Nya dengan jelas dan dapat melakukan kerja-kerja harian dan ibadah dengan lebih mudah.

Prosedur di mesin pertama
Prosedur di mesin kedua

Bersama Prof Muhaya lepas LASIK



5 comments:

  1. baru tau psl nih....thanks sharing info pasal lasik nih

    ReplyDelete
  2. I am very enjoyed for this blog. Its an informative topic. It help me very much to solve some problems. Its opportunity are so fantastic and working style so speedy. Michigan Laser Eye Surgery

    ReplyDelete
  3. Thanks for posting this info. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative. I can't wait to read lots of your posts. Yaldo Eye Center Grand Rapids, MI

    ReplyDelete