Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Showing posts with label anti-penuaan. Show all posts
Showing posts with label anti-penuaan. Show all posts

Sunday, 26 July 2015

Promo Vivix..tinggal 6 hari lagi


Assalamualaikum...

Bulan ni adalah bulan promosi Vivix. Julai pun dah nak habiskan? Jadi promo Vivix pun bakal meninggalkan kita...jangan terlepas peluang keemasan ni ye...

Kenapa Vivix ni bagus untuk diamalkan sebagai suplemen harian? Vivix ni merupakan Superfood yang mana ia dihasilkan dari 4 bahan utama yang kaya dengan anti-oksidan, anti-kanser dan anti-penuaan. Banyak penyakit kronik yang dapat dibantu dengan pengambilan Vivix. Saya memang sarankan sangat mereka yang pentingkan kesihatan dan nak sihat serta kelihatan muda dari usia sebenar untuk mengambil Vivix. Kesihatan paling penting kan? Kalau banyak duit tapi asyik tak sihat pun kita tak happy betul tak? Jagalah kesihatan yang Allah dah kurniakan dengan baik...antara masalah yang terbukti berkesan dengan mengamalkan Vivix:


• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut, jeragat, garis halus)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf






Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 7 December 2014

Fungsi selenium dalam vitamin E

Assalamualaikum

Sempena bulan promosi vitamin e ni saya nak berkongsi sedikit tentang kepentingan selenium dalam vitamin e. Kenapa selenium bagus digabungkan dengan vitamin e? Mari kita fahami dulu apakan selenium itu sebenarnya.

Selenium adalah komponen pada sejenis enzim dalam badan yang disebut glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair badan dan sekeliling sel tubuh kita yang berfungsi memelihara sel dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.

Seperti juga vitamin e, selenium bertindak sebagai antioksidan malah kuasa antioksidannya semakin efektif apabila bergabung dengan vitamin e. Selenium juga mengawal tiroid, iaitu kelenjar kecil berbentuk rama-rama yamg bertindak mengawal segala proses metabolik di dalam badan dan memastikan sistem badan berfungsi dengan baik sempurna. Selenium membolehkan badan kita menghasilkan sel darah putih yang bertindak sebagai agen melawan penyakit dan serangan virus atau bakteria. Jadi apabila selenium digabungkan dengan vitamin e, tentulah fungsinya lebih hebat dalam menentang radikal bebas yang menyebabkan kita mudah terkena pelbagai penyakit. Buat pengetahuan semua, radikal bebas ni ada di mana-mana, contoh yang paling dekat ialah dari handphone yang kita guna sepanjang masa.

Secara ringkasnya, fungsi selenium ialah:
  • Melawan radikal bebas, tubuh badan memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.
  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki sistem imuniti (kekebalan tubuh) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil kajian, selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanser kulit akibat sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, kerana itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan lebih cepat daripada waktunya.
  • Kita dicadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi kelenjar tiroid.

Jadi selenium memang penting dalam kehidupan seharian kita. Makanan yang kaya dengan selenium adalah seperti brokoli, tiram, buah tembikai, bawang putih, dan bayam. Tapi jika anda rasa anda tidak mampu untuk mengambil selenium yang cukup dari sumber makanan setiap hari, anda boleh mengambil sebiji Vita E Complex yang mengandungi 65 mikrogram selenium di dalamnya.


Dapatkan promosi Vita E bulan ini...beli 6 percuma 1 botol atau beli 2 botol dapat diskaun 5%. Anda juga layak mendapat percuma keahlian seumur hidup dan juga cash bonus. Dapatkan stok anda hari ini!



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Tuesday, 22 July 2014

Promosi Vivix...jangan lepaskan peluang

Assalamualaikum

Salam 24 Ramadhan...

Pejam celik pejam celik lagi 6 hari je nak raya. Memang cepat sungguh masa berlalu. Seperti yang semua sedia maklum bulan ni bulan promosi Vivix jadi cuma tinggal 10 hari saja lagi untuk anda grab peluang ni. Kenapa saya sarankan sangat anda consume Vivix ni?

1) Senang untuk diambil sebab anda hanya perlu minum satu sudu teh je sehari. Mereka yang dah berusia memang susah sikit nak telan tabletkan jadi Vivixlah yang paling sesuai untuk mereka. Rasanya juga sedap macam ribena yang agak pekat. Yummms!

2) Semuanya dalam satu botol. Vivix membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Vivix merupakan sirap anti-penuaan dan anti-oksida yang hebat.

3) Sudah banyak testimoni daripada mereka yang mengalami penyakit kronik seperti diabetes, strok, jantung dan kanser sembuh dengan mengamalkan Vivix. Ini kerana Vivix memperbaiki sel pada tahap DNA.

4) Mereka yang mengamalkan Vivix secara berterusan nampak lebih muda dari usia sebenar sesuai dengan taglinenya 'look 25 years younger, live 25 years longer'. Ini bukanlah bermaksud kalau umur anda 40, anda jadi macam budak umur 15 tahun. Apa yang dimaksudkan ialah sel-sel dalam badan anda masih baru macam anda berusia 15 tahun. Kulit pun tegang dan anjal. Proses penuaan mampu dilambatkan dengan Vivix.

5) Dihasilkan daripada tumbuhan 4 jenis tumbuhan yang berkualiti tinggi dan mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan. Boleh baca di sini.

6) Walaupun harganya agak mahal tapi apa yang boleh saya katakan, ianya sangat berbaloi dengan setiap sen yang anda laburkan. Kalau nak dibandingkan kos perubatan penyakit kronik dengan harga Vivix dan tahap kesihatan yang anda dapat, memang anda akan jatuh cinta dengan Vivix. Jadi masa promosi macam ni lah kita patut rebut peluang dan jangan biarkan ia berlalu macam tu je. Tak tau la bila lagi akan ada promosi Vivix ni ye.

Apa anda dapat jika beli sekarang?

1) Beli 6 botol tapi dapat 7 botol...free 1 botol ye. Tak semestinya anda beli semua untuk diri sendiri...boleh kongsi beli dengan mak ayah atau adik-beradik. Biar semua dapat merasa manfaat kesihatan yang besar dengan Vivix. 

2) Dapat keahlian secara percuma. Ini bermakna anda secara automatik menjadi ahli Shaklee dan dapat membeli semua produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah. 

3) Dapat cash bonus pada 15 Ogos nanti. Haaa...jika anda beli time promosi ni ada akan dapat bonus sebanyak RM241 tau. Banyak tu!

Jadi jom sama-sama kita rasai kebaikan dan kehebatan Vivix dan jadikan Vivix suplemen harian all-in-one kita...




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 24 April 2014

Kelebihan dan kebaikan Vivix

Assalamualaikum

Hari nak sambung tentang kelebihan dan kebaikan Vivix pula. Jom kita tengok mengapa ramai yang dah jatuh cinta dengan Vivix...

Kelebihan Vivix

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam badan telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh).


Vivix sebenarnya merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang hebat. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan amat digalakkan mecuba Vivix. Mereka yang ingin sentiasa sihat dan awet muda pun elok amalkan Vivix. Memang diakui harganya yang agak mahal tetapi kalau result yang kita dapat lebih dari harga sebotol Vivix, tak ke berbaloi namanya tu? Bak kata orang 'health is wealth'. Kalau duit banyak pun tapi badan tak sihat, tak seronok juga kan?

Kepada sesiapa yang ingni merasai khasiat kebaikan Vivix boleh hubungi saya ye...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 21 April 2014

Vivix tonik kesihatan hebat

Assalamualaikum

Hari ni saya nak bercerita tentang satu produk premium dari Shaklee iaitu Vivix. Vivix merupakan tonik kesihatan dan anti-penuaan yang dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan. Hanya dengan satu sudu teh sehari, Vivix mampu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani dan merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi.





Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Sekarang mari kita berkenalan dengan setiap bahan yang terkandung dalam Vivix.


Anggur Muscadine (Muscadine Grape)

  • Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polifenol dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Saiznya adalah sebesar sebiji bola golf.
  • Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.
  • Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.
  • Untuk mencipta profil polifenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet Ungu.
  • Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.


Elderberi Eropah (European Eldeberry)

  • Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.
  • Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
  • Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit sendi atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.
  • Walau bagaimanapun, Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan tetapi juga vitamin A, B dan C dan nutrien seperti asid, amino acids, carotenoid, tannin dan rutin.
  • Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberi.
  • Selain dari menguatkan sistem imun, untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes.
  • Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL.
  • Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.
  • Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk, strok dan serangan sakit jantung.
  • Seterusnya manfaat penting dari elderberry adalah mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Lobak Ungu (Purple Carrot)

  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi fitokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.
  • Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.
  • Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutama sekali blueberry, yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi
  • Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh lobak ungu-oren.
  • Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.
  • Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Polygonum Cuspidatum

  • Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
  • Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.
  • Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol.
  • Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta mengurangkan berat badan.
  • Supplemen resveratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita.
  • Ujian sebenar untuk supplemen anti-penuaan ini adalah masa.
  • Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplemen Resveratrol akan berterima kasih untuk satu lagi penemuan saintifik yang penting ini.
Memang banyak kan khasiat yang diperolehi daripada 4 jenis tumbuhan yang dirumuskan dalam menghasilkan Vivix? Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan hendak kelihatan muda dari usia sebenar bolehlah amalkan Vivix.

Nanti kita sambung lagi cerita tentang Vivix ni...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com