Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday 22 August 2014

Sembang Santai BWN ke-5

Assalamualaikum

Hari ni sempat join Sembang Santai BWN (Business Women Network) yang ke-5. Hari ni topik yang dibincangkan ialah Travel Party. Sembang Santai (SS) kali ni diadakan di rumah salah seorang ahli BWN iaitu Pn Emi. Yang specialnya hari ni ada pelakon Ako Mustafa sebagai presenter. Huih! Glamer BWN ada artis datang...

Untuk pengetahuan semua, Business Women Network ni diasaskan oleh salah seorang penduduk Denai Alam iaitu Pn Anne. Dia yang ketengahkan idea ni dan ajak pengusaha-pengusaha wanita untuk bersatu di bawah satu kelab. Kebanyakan ahli merupakan usahawan dari pelbagai cabang perniagaan tak kira secara kecil-kecilan atau yang dah establish. Ramai jugak antara ahli BWN ni yang buat home-based business macam baking, online business, jual tudung dan pakaian dan makanan sejuk beku (frozen food). Selain itu, tujuan BWN ni diwujudkan adalah untuk meluaskan jaringan perniagaan dan dapat berkenalan-antara satu dengan lain. Pelbagai program yang dianjurkan antaranya Sembang Santai, Refer Me Program dan lain-lain.

Berbalik kepada program SS hari ni, satu topik menarik dibincangkan iaitu melancong dengan harga yang rendah tapi mendapat layanan VIP...haaah mesti semua orang suka kan? Business ni bukan sekadar dapat travel dengan harga murah je, kalau join ahli boleh dapat 'passive income' yang berbaloi. Memang sangat menarik, kalau kena gaya siap boleh dapat melancong free lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh email saya ye. Peluang perniagaan ni baru je menapak di Malaysia dan ahli seluruh dunia baru 480,000 orang je. Siapa yang suka travel atau yang berminat dengan bisnes memang sesuai grab peluang ni.

Lepas dah selesai presentation dari Ako, host Pn Emi ada sediakan nasi kerabu, kuih lopez dan cupcake. Memang best SS ni selain dapat info baru...boleh beramah-mesra dengan ahli-ahli yang datang. Stay tuned for next SS pada 12 September nanti. Kepada yang berminat nak join BWN pun boleh email saya k!


Ako Mustafa sebagai 'Presenter'

Today's host Pn. Emi yang berbaju hitam

Sekitar Sembang Santai ke-5
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment