Assalamualaikum
Alhamdullilah diberi lagi nafas untuk terus berbakti kepada ibubapa, keluarga dan orang sekeliling. Pagi ni redup dan sejuk je...memang sedap kalau tarik selimut sambung tido tapi bila memikirkan betapa ruginya kalau tak settlekan kerja awal-awal pagi, cepat-cepat tune otak supaya cergas dan bersemangat.
Pagi ni terima satu berita sedih...ibu kepada kawan sekolah dulu telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah kepada arwah makcik Hafsah bt Ismail dan takziah kepada kawanku, Melati Mudzafar Ali. Semoga tabah menghadapi ujian dari-Nya. Yang sedihnya baru Selasa lepas makcik Hafsah disahkan mengidap acute luekimia, tak sampai seminggu dah pergi mengadap Illahi...memang semua yang hidup pasti akan mati tapi cara pemergian seseorang itu yang memberi kesan kepada mereka yang masih hidup. Apapun kita yang masih bernyawa perlu meneruskan kehidupan dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Apa yang penting, sentiasa berhijrah...cuba buat yang lebih baik setiap hari tak kira dalam ibadah, pekerjaan atau aktiviti harian demi mencari redha Allah.
Seperti yang ramai sedia maklum, harta kekayaan bukannya boleh di bawa ke liang lahad tapi dengan kekayaan, seseorang itu mampu memberi lebih banyak sedekah jariah, mampu membantu lebih ramai orang yang memerlukan dan boleh menambah nilai kepada kehidupan orang lain. Hanya tiga perkara yang boleh dibawa selepas mati iaitu:
1) Sedekah jariah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Ramai yang salah anggap tentang makna sedekah ni. Sedekah sebenarnya sangat luas dan semua orang memang mampu bersedekah cuma nak taknak saja. Senyum pun sedekah!
2) Ilmu yang bermanfaat
Orang kata guru, pensyarah atau ahli akademik lain memang dapat banyak pahala sebab tugas mereka ialah memberi ilmu kepada orang lain. Habis tu takkan semua orang perlu berkerja sebagai guru untuk mendapat ganjaran pahala yang besar? Nak memberi ilmu tak semestinya kena menggalas jawatan sebagai guru...sebenarnya semua orang adalah guru. Contohnya ibu bapa mengajar anak-anak mengaji di rumah, cara yang betul pakai baju, ajar membaca dan ajar cara-cara melakukan pelbagai aktiviti harian pun adalah ilmu yang akan dimanfaatkan kelak. Seorang abang juga guru kepada adik-adiknya, seorang rakan pun boleh menjadi guru kepada rakan yang lain. Jadi memang setiap hari kita memberi ilmu kepada seseorang samada kita sedar atau tidak. Jadi selalulah memberikan yang terbaik kepada diri sendiri dan orang lain agar mereka yang menerima mendapat manfaat daripadanya.
3) Doa anak yang soleh
Bagaimana nak mendapat anak yang soleh?Insya-allah kalau dari kecil anak-anak dah didik dengan cara yang betul, mereka akan membesar menjadi anak yang baik. Sebagai ibu bapa, selain memberikan pendidikan yang bagus, doakan anak-anak juga sangat penting. Apabila kita sudah tiada, kita hanya mampu mengharapkan doa daripada mereka.
Jadi hargailah setiap detik dan waktu yang kita masih ada sebab kita tidak akan tahu bila ajal akan datang menjemput. Cubalah buat yang termampu dan terbaik kepada semua makhluk yang ada di sekeliling kita. Semoga semua kebaikan yang kita buat diterima oleh yang Esa.
No comments:
Post a Comment