Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Sunday 31 August 2014

Selamat hari merdeka ke-57

Assalamualaikum

Malaysia dah 57 tahun merdeka...alhamdullilah. Pagi-pagi saya dah kejut anak-anak suruh mereka tengok perarakan dan sambutan hari merdeka kat tv. Tak dapat pergi tengok live kat Dataran Merdeka, tengok kat tv pun ok. Insya-allah kalau ada rezeki tahun depan nak bawa budak-budak ni sambut merdeka secara 'live'.

Apapun, apakah erti kemerdakaan kepada diri anda? Memang Malaysia dah lama bebas dari penjajah. Merdeka sebenarnya mempunyai makna yang luas. Bagi saya sebagai seorang individu, merdeka bermaksud saya mempunyai kebebasan  dari segi masa, wang ringgit, kebebasan berkarya dan sebagainya. Pada zaman sekarang, merdeka boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk. Mari kita sama-sama senaraikan:)



Petang tadi saya berpeluang menghadiri Hi-Tea Appreciation di Ti Chen Chinese Restaurant, Saujana Hotel & Country Resort yang dianjurkan oleh 'mak' Shaklee saya iaitu Master Azlin. Walaupun tak ramai sangat yang hadir tapi majlis tetap meriah. Ada beberapa sharing yang menarik yang diketengahkan terutamanya yang leader-leader kami dapat semasa berada di Shaklee Global Conference pertengahan bulan Ogos baru-baru ini. Antaranya konsep 'Use', 'Share' dan 'Build'. Memang konsep ini yang diterapkan kepada kami semasa mula join Shaklee. Sebagai seorang SID, kami perlu rasa sendiri kebaikan produk, kemudian berkongsi dengan orang lain dan bina kumpulan atau jaringan masing-masing.

Ada juga sharing dari Master Aishah tentang pengalaman manis mereka di sana. Memandangkan sepanjang tahun lepas sales Shaklee di Malaysia naik 300%, leader-leader dari Malaysia seramai 300 orang diberi penghormatan untuk duduk berdekatan dengan stage dan ucapan pembukaan dari CEO Shaklee, Roger Barnett pun sebut tentang Malaysia dulu serta PM Shareeza yang berjaya melahirkan 42 Master Coordinator dalam satu cycle. Saya tumpang bangga dan berasa bertuah kerana turut berada dalam group besar Jutawan Shaklee. Semoga suatu hari saya boleh berjaya seperti semua leader kami...insya-allah.

Master Puteri pula share tentang pendapatan yang berterusan dengan Shaklee dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Katanya di US, mereka tidak begitu mengejar 'rank'. Ada yang masih 'supervisor' walaupun dan 20 tahun bersama Shaklee tetapi mereka setia dan anak-anak mereka juga mendapat income melalui Shaklee. Mereka sudah mempunyai ilmu yang banyak tentang produk-produk Shaklee dan sentiasa berkongsi tentang kebaikan produk dengan orang lain.

Master to-be Sue pula berkongsi pengalaman beliau bertemu dengan saintis-saintis Shaklee yang begitu teliti dan komited dengan kerja-kerja mereka. Shaklee mempunyai sekumpulan saintis yang berpengalaman dan begitu taksub dengan penyelidikan yang mereka jalankan. Sebenarnya banyak produk yang telah dihasilkan di US tetapi belum sampai ke Malaysia kerana beberapa faktor antaranya mereka perlu sesuaikan keadaan produk dengan suhu di Malaysia dan status halal yang penting bagi rakyat Malaysia.

Selepas tu ada perkongsian dari bonda Master Azlin, Puan Siti Rohani yang dulunya juga pernah terlibat dengan MLM. Tujuan utamanya adalah untuk membantu suaminya menampung perbelanjaan anak-anak yang semakin besar. Cara konvensional MLM zaman dulu memang jauh berbeza dengan zaman sekarang. Beliau memang teruja dengan kejayaan anak-anak muda sekarang yang bergiat dalam MLM. Katanya rugi jika kita tidak merebut peluang yang ada di depan mata.

Inilah antara perkongsian ilmu yang saya dapat tadi. Memang seronok dan anak-anak pun happy sebab dapat buat 'sand-art'. Hadiah-hadiah lucky draw pun semua khas didatangkan dari US. Thank you Master Azlin sebab bersusah-payah anjurkan majlis ni untuk anak-cucu-cicit Supermommies.

Antara Supermommies yang hadir

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment