Kita sering terlupa untuk mensyukuri nikmat yang kita perolehi tak kira kecil atau besar. Setiap pagi kita bangun dan masih bernafas juga antara nikmat yang patut disyukuri. Banyak sebenarnya nikmat yang kita perolehi setiap hari tapi ada di antaranya yang kita tidak sedar jadi kita terlupa untuk bersyukur.
Bagaimana cara yang kita boleh lakukan untuk melahirkan rasa kesyukuran atas nikmat yang kita dapat?
1. Syukur dengan Hati
Syukur dengan hati dilakukan dengan menyadari sepenuhnya bahwa nikmat yang kita peroleh baik besar, kecil, banyak mahupun sedikit semata-mata kerana anugerah dan kemurahan ALLAH.
Syukur dengan hati dapat mengantar seseorang untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa rungutan, betapa pun kecilnya nikmat tersebut. Syukur ini akan melahirkan betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang ALLAH sehingga terucap kalimat pujian kepada-NYA.
Ketika hati seseorang sangat yakin bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah dari ALLAH, secara spontan dia akan mengucapkan “Alhamdulillah” (segala puji bagi ALLAH). Jadi, apabila kita memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji ALLAH. Sebab kita yakin dan sedar bahawa orang tersebut hanyalah perantara yang ALLAH berikan untuk “menyampaikan” nikmat itu kepada kita.
Syukur dengan perbuatan bererti segala nikmat dan kebaikan yang kita terima harus digunakan di jalan yang diredhai-NYA. Misalnya untuk beribadah kepada ALLAH, membantu orang lain dalam kesulitan dan lain-lain perbuatan baik. Nikmat ALLAH harus kita gunakan secara sederhana dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.
4. Menjaga Nikmat yang diperolehi
Apabila kita mendapat sesuatu nikmat, cubalah untuk menjaganya sebaik mungkin. Contohnya selama ini kita diberi kesihatan yang baik, maka wajiblah kita menjaganya dengan selalu bersenam, makan makanan yang berkhasiat dan mengelak dari terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
No comments:
Post a Comment