Assalamualaikum
Apa khabar semua? Rindu kat blog ni...lama tak berupdate. Sebenarnya boleh je curi masa nak update tapi sebab macam-macam hal sejak seminggu ni tu yang menyepi sekejap.
Hari Khamis lepas parents from Alor Star datang sebab ada kenduri kawin cousin saya 16 & 17 Ogos tu. Jadi hari Jumaat tu adik bawa parents jalan-jalan dulu...duduk rumah pun boring gak kan? Malam tu kami buat barbeku kat rumah my sister. Bakar ayam, ikan dan sosej....nasi dengan lauk pun ada. Saya masak spagethi je untuk menambah menu malam tu. Lepas dah settle makan ada SUPRISE! Adik bawa keluar sebiji kek siap dipasang lilin....menyambuat birthday mereka yang lahir pada bulan Ogos. Family saya dan husband memang ramai yang lahir bulan Ogos. Bermula dengan adik lelaki saya (6/8), adik ipar (10/8), husband (15/8), yours truly (16/8), biras (29/8) dan adik bongsu saya (31/8). Ada anak merdeka lagi hehehe...
The next day (16/8) dalam pukul 12 tgh hari kami bergerak ke Kinrara untuk wedding cousin. Seronok dapat jumpa ramai sanak-saudara. Selain time raya, masa kendurilah nak jumpa pun...time lain memang susahlah kan. Makcik-pakcik dari Alor Star pun ramai yang datang. Dessert table memang best...penuh dengan pelbagai jenis cake...al-maklum la adik pengantin memang terror baking:) Semoga Hirni & suami bahagia hingga ke syurga...selamat pengantin baru!
Hari Jumaat malam dah dapat call dari FIL...dia bagitau MIL kena tahan kat hospital. Mulanya sebab sakit perut (sebelah kanan) teramat sangat...doktor terus suruh buat scan dan kena admit dulu untuk pengawasan dan pemeriksaan lanjut. Jadi hari Sabtu tu tunggu result test, kalau serius memang kami nak balik. Malam lepas maghrib, FIL call cakap macam ada batu dalam hempedu dan doktor suggest buat operation. Mula-mula plan nak gerak dalam pukul 10 malam tapi memandangkan penat berjalan kat Sunway Pyramid lepas kenduri dan barang pun belum pack lagi, jadi tunda gerak sebelum pukul 5 pagi. So malam tu start la pack barang, pukul 12 tido, pkl 4 bangun semula, angkut barang masuk kereta pastu dalam 5.15 pagi bertolak. Sampai di Lembah Beringin tayar pancit pulak...nasib baik tak jauh dari tempat berenti tu ada Shell...reverse dalam 500m then tukar tayar kat Shell tu. Lepas solat Subuh kat situ dalam pkl 7 pagi teruskan perjalanan ke Penang. Pukul 10 baru la sampai rumah.
Jadi, hari Ahad, Isnin dan Selasa memang berulang-alik ke hospital. Memandankan laptop hubby je yang bawa balik dan Wifi yang slow, tu yang blog tak berupdate. Hari Isnin MIL kena buat scan skali lagi dan lepas tu memang doktor confirm ada batu dalam hempedu. Jadi doktor suggest buat 'laparoscopy' untuk buang batu dan hempedu sekali. Hari Selasa pukul 1 tgh hari MIL dah kena bius, procedure start pukul 2 rasanya. Pukul 4.45 doktor keluar dari OT tapi nak dekat pukul 7 baru diorang hantar MIL ke wad. Jadi malam tu memang plan ak balik KL sebab hubby kena kerja. Lepas singgah hospital dan settlekan a few things, kami bertolak pukul 10.40 malam (terlewat sikit dari plan asal). Sudahnya sampai rumah pukul 3 pagi...angkut barang pastu tidur dalam pukul 3.30 pagi...phewww!
No comments:
Post a Comment