Assalamalaikum
Empat tahun yang lalu, saya lepaskan tugas saya di sebuah bank untuk menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Pada masa tu lagi sebulan saya nak bersalin anak bongsu. Niat saya hanyalah untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada mereka memandangkan jarak anak kedua dan ketiga begitu dekat. Lagi satu saya dan suami tidak dapat mencari nurseri yang kami suka dan pada harga yang berpatutan sebab nak kena hantar 3 orang sekaligus kan? Memang dua tahun pertama tu saya tak buat apa-apa selain menjaga mereka. Tapi setahun yang lalu apabila mereka dan semakin membesar, saya pun mula berfikir dan mencari apa yang saya nak buat untuk mengisi masa dan mencari sumber pendapatan sendiri. Ada juga dapat tawaran untuk bekerja semula di bank tapi saya tak kuat untuk lepaskan anak-anak kembali ke tangan orang lain. Lagipun semasa mereka membesar inilah mereka sangat memerlukan perhatian, kasih sayang dan didikan ibu bapa. Dengan pencapaian anak sulung setakat ini, saya bersyukur dan tak pernah rasa menyesal tinggalkan kerjaya saya dulu. Saya sentiasa dapat bersama dengannya dalam apa jua keadaan.
Sebelum bertemu jodoh dengan Shaklee, lapan bulan saya mencari di internet dan buat kajian untuk memilih online bisnes yang saya minat dan kena dengan jiwa saya. Apa yang paling penting saya nak bisnes yang tak perlu keluar setiap hari bertemu pelanggan. Saya cari dari satu blog ke satu blog yang lain. Akhirnya saya buat keputusan untuk join Shaklee sebab selain boleh menjana pendapatan dengan syarikat yang sudah lama bertapak dan stabil, kami sekeluarga dapat mengekalkan tahap kesihatan dengan suplemen yang selamat, halal dan berkesan. Saya menjadi pengguna dan pada masa yang sama mula menjana pendapatan dengan Shaklee. Orang kata dapat 2 kebaikan pada satu masa. Kebetulan jugak saya mencari suplemen yang sesuai untuk kami suami isteri sebab zaman sekarang ni memang banyak penyakit yang baru dan menakutkan. Sekurang-kurangnya imun sistem kami kuat dan kesihatan terjaga.
Masa nak mencari untuk mendaftar pun pening jugak sebab saya nak mentor (upline) saya area Shah Alam sebab kalau ada kelas atau diskusi senang saya nak pergi. Cari punya cari saya terbaca blog Miakiddles yang dimiliki oleh saudari Azlin Mohd Atan. Bila tengok dia tinggal di Shah Alam saya terus contact dia...masa tu tak tau pun yang dia dah capai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Saya bersyukur dipertemukan dengan group Jutawan di bawah PM Shareeza umumnya dan Group Success Supermommies khasnya di bawah Master Azlin. Bila dah join group ni saya banyak diberi panduan, didikan, motivasi dan galakan untuk saya terus majukan diri dalam bisnes ini. Saya sangat hargai ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Walaupun kebanyakan dari kami hanya berkenalan di alam maya, tapi kami dapat rasakan ikatan persaudaraan yang kuat.
Apa yang seronok ber'Shaklee'? Bagi saya selain mempunyai pendapatan sendiri, feedback positif yang diberikan oleh pelanggan saya adalah yang paling membahagiakan. Walaupun saya tak dapat bantu orang lain dengan wang ringgit tapi saya dapat bantu mereka memilih suplemen terbaik untuk mereka sekeluarga. Selain daripada itu, apa yang saya suka ialah kami sentiasa diingatkan agar memperbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir dan bersedekah. Dalam group ni kami bukan hanya mengejar 'sales' tapi perbanyakkan amalan-amalan yang baik untuk mendapat 'sales' tu. Alhamdullilah...saya rasa bisnes begini memang kena dengan jiwa saya dan apa yang saya cari selama ini.
Memandangkan ekonomi sekarang ni semakin mencabar dengan harga barang yang semakin meningkat dan keperluan yang makin banyak, rasanya semua orang perlu ada 'second income'. Dengan adanya pendapatan tambahan ni, kita boleh jadikan ianya sebagai simpanan untuk masa depan. Bagi sesiapa saja tak kira suri rumah, pelajar atau mereka yang bekerja tetapi masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, boleh join group saya dan anda akan dibimbing sehingga berjaya. Anda hanya perlu ada semangat untuk berjaya dan usaha yang bersungguh-sungguh. Bak kata pepatah 'rezeki tak datang bergolek' jadi kita sendiri yang kena cari jalan. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli dengan yuran berjumlah RM75, anda dah boleh menikmati kebaikan produk Shaklee dengan lebih murah dan dah boleh mulakan bisnes anda. Anda sendiri yang tentukan berapa bonus yang anda nak setiap bulan. Jom berubah!
No comments:
Post a Comment