Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Tuesday 27 May 2014

Set resdung yang berkesan

Assalamualaikum

Dah beberapa hari tak update blog...memang banyak sangat benda yang nak buat dan weekend baru-baru ni memang pack sangat. Hari ni baru la boleh bernafas hehehe...

Anda tak tahu yang anda ada resdung? Senang saja kalau pagi-pagi mandi air sejuk lepas tu selalu bersin, itu adalah antara tanda anda ada resdung. Selain daripada tu kalau makan masakan yang ada belacan lepas tu gatal-gatal hidung...itupun tanda-tanda resdung jugak...antara tanda-tanda lain adalah:
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Gatal-gatal di kawasan mata, hidung, muka dan telinga
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Kebanyakan dari kita memandang remeh masalah resdung ni. Tapi kena ingat ye kalau dibiarkan berlarutan boleh membahayakan kesihatan dan membawa maut. Antara alternatif yang anda ada selain makan ubat adalah mengambil vitamin atau suplemen. Shaklee turut menawarkan kombinasi set yang boleh membantu masalah resdung. Jom kita tengok dulu jenis vitamin dan fungsi-fungsinya...


Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vita C Sustained Release
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jadi kepada mereka yang ada masalah resdung, jangan teragak-agak untuk mencuba set ni. Vitamin Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi dan berkesan jika diambil mengikut cara yang betul. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment