Sebenarnya 8 bulan saya meng'google' bisnes apa yang saya hendak jalankan secara online dan yang paling penting tak perlu keluar appointment sana-sini. Al-kisahnya, 3 tahun lepas saya berhenti kerja atas niat nak menjaga sendiri 3 orang anak yang masih kecil. Jadi apabila anak-anak dah semakin besar, saya mula berfikir apa yang saya nak buat untuk menambah pendapatan keluarga bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Selain daripada itu, saja juga inginkan 'kerjaya' sendiri dan mempunyai kelompok kawan-kawan untuk berkongsi idea dalam pelbagai perkara.
Alhamdullilah, dengan beberapa final option yang saya dapat, saya mula study tentang bisnes-bisnes tersebut dari pelbagai segi. Yang paling penting, produk/barang yang saya nak jual nanti selamat untuk kegunaan orang ramai dan mestilah yang statusnya confirm HALAL. Takut pula kalau tiba-tiba apa yang kita buat atau barang yang kita jual tu diragui status halalnya.
Akhirnya tanggal 24 Ogos 2013, saya secara sah menjadi Distributor Shaklee. Syarikat suplemen dan vitamin yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun menjadi pilihan saya. Saya juga bersyukur dipertemukan dengan group Jutawan Muslimah di bawah susur galur PM Cery dan Master Azlin. Dengan adanya mentor yang bagus, sistem dan ilmu yang betul sesuatu bisnes akan menjadi lebih mudah.
Semoga dengan permulaan blog ini saya dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang ingin sihat dan cantik dengan produk yang selamat, halal dan berkesan. Selain daripada itu, saya juga hendak membantu/menunjukkan jalan kepada mereka yang ingin menambah/menjana pendapatan dengan Shaklee.
TIME & FINANCIAL FREEDOM
Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com
No comments:
Post a Comment