Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Saturday, 29 November 2014

Testimoni set berpantang

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi sedikit testimoni Set Berpantang Shaklee yang makin digemari ramai. Nak tahu kenapa set ni sangat popular? Yang pastinya set ni memang sangat menjimatkan dan memberi tenaga kepada kaum ibu. Selain daripada itu, ibu lebih tenang serta penghasilan susu juga makin meriah. Bukan setakat kesan kepada ibu, bayi juga lebih mudah untuk diuruskan serta lebih cepat kenyang dan tak banyak ragam. Jom kita lihat testimoni yang dah diberikan oleh para pelangga kami...





Kepada yang berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee boleh hubungi saya ye. Insya-allah saya akan memberikan konsultasi terbaik dan harga yang istimewa.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Instagram : asmin_asris
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Thursday, 27 November 2014

Kulit sihat dan cantik dengan ESP

Assalamualaikum

Siapa taknak kulit bersih dan cantikkan? Kalau tanya semua tak kira lelaki atau perempuan semua nak kulit yang cantik. Tapi tak semua orang ambil berat tentang apa yang perlu dibuat dan dimakan. Ada juga ingat nak kulit cantik ni hanya perlu cuci muka, pakai toner, moisturizer, sun protection dan pergi buat facial tiap-tiap bulan. Itu semua penjagaan luaran sahaja dan anda perlu tahu bahawa penjagaan kulit dari dalam juga sama penting.

Bagaimana kita hendak menjaga kulit dari dalam? Sudah tentulah kita kena pilih makanan tambahan yang sesuai. ESP Shaklee merupakan sumber protein dari kacang soya yang berfungsi untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit. Jadi apabila sel-sel kulit kita sihat, kulit pun akan jadi cantik dan berseri. Kenapa elok kita amalkan ESP sebagai minuman protein harian?

  • ESP telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap satu canister ESP berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
  • ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia sesuai untuk semua peringkat umur – tua ataupun muda.
  • Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavones yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan kesihatan prostat.
  • Menjadikan kulit berseri dan anjal dengan merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan dan ketakutan.
  • Memulihkan pigmentasi dan jeragat, melambatkan proses uban, bantu masalah rambut gugur.
  • Menguatkan daya ingatan dan menigkatkan kecerdasan minda. 



ESP ni kalau diamalkan bukan setakat kulit je cantik, macam-macam manfaat kesihatan lain yang kita dapat. Sebab tu penggemar ESP ni ramai sangat. Saya sendiri pernah jual 28 tong ESP masa promosi bulan Mac dulu. Rugi siapa yang belum cuba.

Berminat? Boleh contact saya ok.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 26 November 2014

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan?

Assalamalaikum
Empat tahun yang lalu, saya lepaskan tugas saya di sebuah bank untuk menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Pada masa tu lagi sebulan saya nak bersalin anak bongsu. Niat saya hanyalah untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada mereka memandangkan jarak anak kedua dan ketiga begitu dekat. Lagi satu saya dan suami tidak dapat mencari nurseri yang kami suka dan pada harga yang berpatutan sebab nak kena hantar 3 orang sekaligus kan? Memang dua tahun pertama tu saya tak buat apa-apa selain menjaga mereka. Tapi setahun yang lalu apabila mereka dan semakin membesar, saya pun mula berfikir dan mencari apa yang saya nak buat untuk mengisi masa dan mencari sumber pendapatan sendiri. Ada juga dapat tawaran untuk bekerja semula di bank tapi saya tak kuat untuk lepaskan anak-anak kembali ke tangan orang lain. Lagipun semasa mereka membesar inilah mereka sangat memerlukan perhatian, kasih sayang dan didikan ibu bapa. Dengan pencapaian anak sulung setakat ini, saya bersyukur dan tak pernah rasa menyesal tinggalkan kerjaya saya dulu. Saya sentiasa dapat bersama dengannya dalam apa jua keadaan.

Sebelum bertemu jodoh dengan Shaklee, lapan bulan saya mencari di internet dan buat kajian untuk memilih online bisnes yang saya minat dan kena dengan jiwa saya. Apa yang paling penting saya nak bisnes yang tak perlu keluar setiap hari bertemu pelanggan. Saya cari dari satu blog ke satu blog yang lain. Akhirnya saya buat keputusan untuk join Shaklee sebab selain boleh menjana pendapatan dengan syarikat yang sudah lama bertapak dan stabil, kami sekeluarga dapat mengekalkan tahap kesihatan dengan suplemen yang selamat, halal dan berkesan. Saya menjadi pengguna dan pada masa yang sama mula menjana pendapatan dengan Shaklee. Orang kata dapat 2 kebaikan pada satu masa. Kebetulan jugak saya mencari suplemen yang sesuai untuk kami suami isteri sebab zaman sekarang ni memang banyak penyakit yang baru dan menakutkan. Sekurang-kurangnya imun sistem kami kuat dan kesihatan terjaga.

Masa nak mencari untuk mendaftar pun pening jugak sebab saya nak mentor (upline) saya area Shah Alam sebab kalau ada kelas atau diskusi senang saya nak pergi. Cari punya cari saya terbaca blog Miakiddles yang dimiliki oleh saudari Azlin Mohd Atan. Bila tengok dia tinggal di Shah Alam saya terus contact dia...masa tu tak tau pun yang dia dah capai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Saya bersyukur dipertemukan dengan group Jutawan di bawah PM Shareeza umumnya dan Group Success Supermommies khasnya di bawah Master Azlin. Bila dah join group ni saya banyak diberi panduan, didikan, motivasi dan galakan untuk saya terus majukan diri dalam bisnes ini. Saya sangat hargai ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Walaupun kebanyakan dari kami hanya berkenalan di alam maya, tapi kami dapat rasakan ikatan persaudaraan yang kuat.

Apa yang seronok ber'Shaklee'? Bagi saya selain mempunyai pendapatan sendiri, feedback positif yang diberikan oleh pelanggan saya adalah yang paling membahagiakan. Walaupun saya tak dapat bantu orang lain dengan wang ringgit tapi saya dapat bantu mereka memilih suplemen terbaik untuk mereka sekeluarga. Selain daripada itu, apa yang saya suka ialah kami sentiasa diingatkan agar memperbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir dan bersedekah. Dalam group ni kami bukan hanya mengejar 'sales' tapi perbanyakkan amalan-amalan yang baik untuk mendapat 'sales' tu. Alhamdullilah...saya rasa bisnes begini memang kena dengan jiwa saya dan apa yang saya cari selama ini.

Memandangkan ekonomi sekarang ni semakin mencabar dengan harga barang yang semakin meningkat dan keperluan yang makin banyak, rasanya semua orang perlu ada 'second income'. Dengan adanya pendapatan tambahan ni, kita boleh jadikan ianya sebagai simpanan untuk masa depan. Bagi sesiapa saja tak kira suri rumah, pelajar atau mereka yang bekerja tetapi masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, boleh join group saya dan anda akan dibimbing sehingga berjaya. Anda hanya perlu ada semangat untuk berjaya dan usaha yang bersungguh-sungguh. Bak kata pepatah 'rezeki tak datang bergolek' jadi kita sendiri yang kena cari jalan. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli dengan yuran berjumlah RM75, anda dah boleh menikmati kebaikan produk Shaklee dengan lebih murah dan dah boleh mulakan bisnes anda. Anda sendiri yang tentukan berapa bonus yang anda nak setiap bulan. Jom berubah!





Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Monday, 24 November 2014

Amalan membaca al-mathurat

Assalamualaikum

Baru-baru ni mentor saya Master Azlin menyarankan supaya kami mengamalkan membaca al-mathurat setiap pagi dan petang. Dah lama jugak saya tak baca al-mathurat ni...sekarang insya-allah nak cuba istiqamah. Al-mathurat ni zikir-zikir yang dibaca oleh Rasullulah setiap hari. Elok diamalkan sebab memang banyak sangat kebaikannya. Nak baca pun tak lama...hanya 15 minit je. 

Kebaikan mengamalkan al-mathurat:

  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-piutang
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa dan berbagai lagi kelebihan.
Credit : Blog Melangkahterus



Sunday, 23 November 2014

Hari Anugerah Cemerlang SKBJ

Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas bersamaan 21 November 2014, saya dan suami berkesempatan untuk menghadiri Hari Anugerah Cemerlang anak sulung kami di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Sebenarnya ini kali pertama Fahim dapat naik pentas sebab sejak masuk sekolah ni tahun 2012 (masa pertengahan tahun), SKBJ mengamalkan KSSR sepenuhnya. Ini bermakna tiada kedudukan dalam kelas, setiap mata pelajaran hanya dinilai melalui 'band' 1 hingga 6. Jadi masa Fahim di Tahun 2 & 3 memang tiada penyampaian hadiah.

Tetapi tahun ini, peperiksaan bermarkah diadakan seperti biasa jadi wujudlah kembali kedudukan dalam kelas dan darjah. Alhamdullilah Fahim berjaya dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 7 daripada 427 orang murid Tahun 4. Bagi saya penting juga kedudukan dalam kelas dan darjah ni sebab dari sini kita boleh tahu prestasi setiap pelajar. Hari Anugerah Cemerlang juga elok diadakan untuk menaikkan semangat para pelajar. Mereka akan rasa usaha mereka dihargai dan tentunya akan berusaha untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi pada tahun hadapan. Ada satu anugerah yang dinamakan 'Lonjakan Saujana' yang diberikan kepada seorang murid di dalam setiap kelas yang menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dari peperiksaan penggal pertama ke penggal kedua. Ini juga sesuatu yang baik kerana ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih.



Semoga Fahim lebih bersemangat untuk mendapat kedudukan yang lebih baik pada tahun hadapan. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Fahim... 

Saturday, 22 November 2014

Kebaikan bawang putih

Assalamualaikum

Di pagi yang dingin ni saya nak share kebaikan Garlic Complex yang tak berapa famous tapi sebenarnya banyak kelebihan. Mungkin ramai yang kurang tahu fungsi dan kebaikannya jadi hari ni mari kita sama-sama tambah sedikit ilmu tentang bawang putih ni. Seperti yang kita sedia maklum, bawang putih memang tak asing lagi dalam masakan dan ada juga yang suka jadikannya ulam untuk makan dengan nasi.

Kelebihan bawang putih:

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar  
Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser 
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Anti-virus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin 
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Miningkatkan Sistem Imunisasi

Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Anti-inflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Melindungi Tanaman

Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam? Hama sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.

Membantu Sistem Pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh

Kandungan di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut

Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Membersihkan Jerawat
Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 20 November 2014

Hari Ihtifal Genius Aulad dan Sri Iqra' Al-Hafiz

Assalamualaikum

Rindunya nak berblogging...banyak cerita yang tak berupdate lagi ni. Line internet kat rumah ni ada masalah sikit sejak hari Isnin lepas. Masalahnya tak tau kenapa tetiba bil internet jadi sampai rm600 lebih...padahal memang tak miss bayar pun tiap-tiap bulan. Dari hari Selasa husband call Maxis Home, tengah hari tadi barulah masalah settle. Haaa...nilah masa yang terluang untuk update blog kesayangan ni hehehe...

Sebenarnya setiap weekend di bulan November ni ada saja aktiviti/majlis yang kami kena buat atau attend. Memang tiap-tiap Sabtu Ahad mesti tak lekat kat rumah. Weekend lepas pulak hari Sabtu ada Hari Ihtifal Genius Aulad yang diadakan di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam. Adik dan kakak belumlah graduate lagi sebab baru 4 dan 5 tahun. Tapi diorang involved dalam konsert kelas masing-masing. Kelas kakak buat coral speaking tajuk 'Siti Hajar and Nabi Ismail'. Sebelum ni dia ada la menghafal skrip tu kat rumah tapi bila tengok show hari ni impressed la jugak sebab bukan setakat nak hafal skrip, diorang kena ikut lagu lepas tu kena stop buat a few actions pulak. Kelas adik pulak buat show pasal 'The Obidient Bee'. Comel tengok budak-budak 4 tahun ni atas stage. Rasa bangga juga dengan diorang berdua ni sebab eventhough ni first time buat show depan orang ramai tapi nampak confident je. Good job anak-anak mama. Gambar tak banyak pun sebab husband banyak ambil video.

Kakak berbaju purple

Coral speaking kelas 5 tahun

Adik happy je atas pentas

Adik dan kawan-kawan

Adik with her best buddies Arisa & Airis

Hari Ahad pagi pula ada Hari Ihtifal sekolah agama si abang, Sri Iqra' Al-Hafiz. Majlis diadakan di dewan Masjid Bukit Jelutong. Senang la sikit sebab dekat dengan rumah...pukul 8.20 pagi kami pun sampai. Alhamdullilah tahun ni Fahim dapat nombor satu dalam kelas dan dalam aliran jadi dia dapat anugerah Mumtaz dan Imtiyaz. Alhamdullilah Fahim dapat kekalkan kedudukan tahun lepas. Selain daripada itu, Fahim dapat terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Tauhid/Fekah. Tahniah Fahim...moga dapat kekalkan kedudukan tahun hadapan...insya-allah you can do it!

Baru sampai Masjid Tengku Ampuan Jemaah

Anugerah Imtiyaz dari Ustazah Hairina

Anugerah mata pelajaran terbaik

Tahniah Abang Fahim!

Tahniah anak-anak semua. Tahun hadapan kita usaha lebih lagi ok. Semoga anak-anak mama berjaya dunia akhirat.

Friday, 14 November 2014

Analogi sebuah rumah dengan Ostematrix

Assalamualaikum

Tadi saya teringat satu perkara yang saya belajar masa hadiri Bengkel Nutrisi Ahad lepas. Rasa nak kongsi dengan anda semua supaya kita semua faham apa fungsi setiap bahan dalam Ostematrix. Ramai yang sedia maklum Ostematrix ni kalpet kalsium yang mudah untuk diambil untuk melengkapkan keperluan kalsium harian kita. Tak semua orang suka minum susu atau ambil produk yang kaya dengan kalsium seperti keju, yogurt, sayuran hijau, salmon, kacang soya, oat dan tofu. Jom kita tengok berapa banyak keperluan kalsium seseorang mengikut peringkat umur.


Jadi anda di kategori mana? Apakah gejala yang akan terjadi jika seseorang kekurangan kalsium? Anda boleh check jika anda ada mana-mana tanda seperti di bawah.
  • Badan mudah mengalami masalah kekejangan atau kebas-kebas
  • Sering mengalami sembelit
  • Mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam
  • Sering mengalami sakit dan lenguh pada bahagian pinggang
  • Emosi tidak stabil dan mudah naik angin
  • Proses pembekuan darah dan penyembuhan luka sangat lambat
  • Menyukarkan pembentukan tisu kolagen, ia boleh membawa kepada masalah arthritis
  • Merendahkan kadar metabolisme dalam badan
  • Boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, 'lemau', tidak bersemangat dan cepat letih
  • Risiko mendapat masalah tulang reput (osteoporosis) sangat tinggi
Okey, berbalik kepada analogi yang saya nak kaitkan dengan Ostematrix. Dalam Ostematrix ada lima bahan utama iaitu kalsium, magnesium, vitamin d, boron dan mangan, tembaga, zink. Bayangkan anda hendak membuat sebuah rumah...

Kalsium
- umpama batu bata yang akan digunakan untuk membuat dinding rumah.

Magnesium
- simen yang digunakan untuk mencantumkan batu bata dan menjadikan dinding rumah tersebut lebih cantik.
- Ini bermakna magnesium sangat penting untuk mencantumkan kalsium dalam tulang.

Vitamin D
- umpama pintu dan tingkap rumah yang terbuka.
- vitamin d membuka pintu untuk meningkatkan penyerapan kalsium di dalam badan.
- jika kalsium yang diambil tiada vitamin d, penyerapan yang sempura tidak akan berlaku.

Boron
- umpama supervisor/mandur kepada kontraktor yang membuat rumah tersebut. 
- memastikan agar semua menjalankan tugas masing-masing dengan lebih efisien.

Mangan, tembaga & zink
- umpama kontraktor yang membuat rumah.
- ketiga-tiganya membantu enzim untuk penghasilan kalsium.

Haaa...sekarang jelas tak kenapa kesemua bahan di atas perlu diambil bersama kalsium? Kalsium juga lebih elok diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium bergantung kepada kekerapan kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke tandas, jadi tubuh dapat menyerap kalsium lebih banyak. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan dan pada jam yang ke-empat penyerapan kalsium berada di tahap yang paling optimum.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


Wednesday, 12 November 2014

Bengkel Nutrisi yang santai tapi padat

Assalamualaikum

Hari Ahad lepas saya dapat menghadiri Bengkel Nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee di Home Office, Sunway Pinnacle. Ini kali pertama saya join bengkel satu hari dari pukul 10 pagi sampai 5 petang. Banyak sangat info yang menarik bila join Bengkel Nutrisi ni rupanya. Saya belajar tetang semua vitamin dan suplemen Shaklee dan dapat tahu fakta-fakta penting tentang setiap produk. 

Bengkel diterajui oleh nutritionist Shaklee iaitu Nurul Hidayah. Kami menerima sebuah buku tentang produk dan boleh mengisi tempat kosong semasa slide ditunjukkan dan semasa penerangan diberikan. Sepanjang kelas berlangsung, ada jugak diselit game tentang produk dan semestinya siapa yang dapat jawab mendapat hadiah. Pukul 12.30 tengah hari kami dibawa ke sebuah restoran makanan dari Yaman iaitu Restoran Marhaba, lima minit jalan kaki dari bangunan Pinnacle. Kami dijamu nasi arab yang sedap dan portionnya sangatlah besar...boleh kongsi dua orang patutnya. Alhamdullilah...kenyang!

Kelas disambung semula pada pukul 2.20 petang lepas kami siap tunaikan solat. Kami teruskan lagi tentang produk-produk seterusnya dan selepas itu kami diberikan satu ujian...25 soalan objektif. Akhir sekali macam biasalah dapat sijil yag mengesahkan kami dah hadiri bengkel tu. Banyak ilmu bermanfaat yang saya dapat dan lepas ni bolehlah kongsi dengan customer tersayang. Terima kasih Master Azlin tumpangkan pergi dan balik:)


Buku nota

Nurul Hidayah, Nutritionist Shaklee

Besar portionnya...setengah ekor ayam

Peserta yang hadir

Sebelum start bengkel

Success Supermommies

Sijil dan hadiah sebab dapat antara markah tertinggi
Next time kalau ada boleh pergi lagi. Kepada SID yang belum pernah pergi lagi, saya syorkan supaya cuba hadiri Bengkel Nutrisi ni sebab boleh tambah ilmu yang sedia ada.

Tuesday, 11 November 2014

Santai Sabtu

Assalamualaikum

Dah tak lama...dua minggu je lagi dah nak cuti penghujung tahun. Cepat betul 2014 nak meninggalkan kita. Anak-anak pun makin besar dan makin bijak dalam pelbagai perkara.

Bagi kami sekeluarga, weekend memang masa untuk buat aktiviti bersama-sama. Walaupun saya buat bisnes secara online, tapi weekdays kami jarang keluar sebab anak sulung sekolahkan jadi weekendlah masa untuk bawa anak-anak berjalan. Hari Sabtu lepas semasa nak ambil Ipad yang dah siap repair (cermin pecah), ada satu pameran lukisan 3D atau dipanggil artifyreality di E@Curve. Cantik-cantik juga lukisan yang dipamerkan dan kita boleh ambil gambar pelbagai aksi. Jom tengok gambar yang sempat saya snap...











Wednesday, 5 November 2014

Omega Guard untuk kecerdasan otak janin

Assalamualaikum

Kalau kita dapat tahu dah pregnant mesti terus nak cari vitamin atau suplemen yang sesuai supaya janin yang dikandung dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Seingat saya masa mengandungkan anak pertama 10 tahun lalu, tak banyak orang memperkatakan tentang kebaikan DHA dan EPA untuk kecerdasan otak bayi dan kanak-kanak. Kalau sekarang ni memang berlumba-lumba ibu hamil cari produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan otak bayi masing-masing. Kita pun sedia maklum kanak-kanak sekarang memang ramai yang bijak-bijak belaka!

Sebab itu pentingnya ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi kalau si ibu rasa pengambilan nutrien tak begitu lengkap, mereka boleh mengambil Set Hamil yang sudah terbukti telah membantu meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Pengambilan Omega Guard sebagai suplemen tambahan adalah untuk perkembangan otak janin.

Mengapa Omega Guard dikatakan minyak ikan terbaik? Ini kerana ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA dan EPA. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak manusia.

Selain untuk fungsi otak, ibu hamil disarankan untuk mengambil Omega Guard untuk kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah semasa mengandung. Minyak ikan ini juga dapat mengurangkan risiko bayi terkena ekzema dan kelahiran pra-matang.

Jadi pengambilan minyak ikan memang sangat baik untuk ibu hamil tetapi pastikan anda memilih yang terbaik.  




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 4 November 2014

Aktiviti bersama anak-anak Al-Firdaus

Assalamualaikum

Petang Sabtu yang lepas saya dan anak-anak berkesempatan untuk join aktiviti yang diadakan di Rumah Amal Al-Firdaus. Rumah ini menempatkan lebih 20 orang anak-anak yatim dan kesemuanya adalah budak perempuan. Sememangnya sedih tengok budak-budak tu, masih kecil tapi dah kehilangan kasih sayang ibu bapa. 

Rumah Al-Firdaus ni terletak di Denai Alam. Petang tersebut kami anjurkan satu majlis pot luck di kalangan ahli kumpulan yang setiap bulan membuat sumbangan kepada rumah anak yatim ni. Alhamdullilah, pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh rakan-rakan, ada goodie bag untuk budak-budak dan persembahan dari clown untuk menghiburkan semua yang hadir. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang berusaha untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Insya-allah tahun depan kita boleh buat lagi:)

Semua setia tunggu belon dari clown

Magic show

Game balut jadi mumia

Comel-comel anak-anak Al-Firdaus

Cantik je balutan dua budak ni

Monday, 3 November 2014

Promosi Omega Guard kembali...

Assalamualaikum

Bulan November adalah bulan promosi Omega Guard. Kenapa Omega Guard ni best? Pertamanya ia adalah suplemen untuk semua peringkat umur. Jadi dalam satu family tu tak kira umur berapa semua boleh ambil Omega ni. Kedua, Omega Guard adalah minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang baik untuk kesihatan jantung, perkembangan minda kanak-kanak, mengawal kolestrol jahat, membakar lemak untuk mereka yang nak turunkan berat badan, membanru masalah asma dan ekzema serta banyak lagi. Memang banyak sangat khasiat Omega Guard ni dan saya memang syorkan untuk anda sekeluarga mengamalkan Omega Guard dalam diet seharian.

Promosi bulan ini seperti biasa bila ada beli 6 botol anda dapat percuma satu botol yang berharga rm136. Anda juga dapat keahlian seumur hidup secara percuma. Lepas ni dah jadi ahli bolehlah beli vitamin dan suplemen lain dengan harga yang lebih murah. Berbaloi sangat tau! Selain itu bila anda juga dapat cash back sebanyak rm32.70...siapa nak bagikan? Lagi satu, bagi yang beli 2 botol, anda layak mendapat diskaun sebanyak 5%. Jom sama-sama rasai kelebihan Omega Guard dan rebut promosi yang best bulan ini...



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 2 November 2014

Johor trip part two

Assalamualaikum

Sebelum nak start cerita hari terakhir kami di Johor, saya nak bagitau sikit tentag hotel yang kami duduk sepanjang dua malam kat sini. Kami pilih hotel M Suite sebab harga yang berpatutan dan dekat dengan town. Walaupun hotel tu tak baru sangat tapi bilik dia bersih dan masih cantik. Yang penting mestilah ada pool yang menjadi kesukaan anak-anak. Dalam bilik yag kami pilih ada dua katil super single dan kami tambah satu extra bed. Harga bilik dalam rm240 dan bila ambil extra bed dapat satu lagi kupon breakfast.




Hari last ni as usual lepas breakfast budak-budak ni mandi pool lagi. Kasi chance la dah nak balik kan. Pukul 11 ajak diorang naik untuk mandi dan siapkan barang. Alhamdullilah pukul 12 tgh hari dah selamat check-out. Bye-bye M Suite...



Lepas tu kami pegi makan dulu kat Restoren LC Katering. Ni sebenarnya restoran kawan husband tapi hari tu tak dapat jumpa sebab dia kat Mekah lagi. Kami order nasi serai ayam, nasi serai udang butter, nasi goreng pataya dan nasi goreng paprik. Lepas selesai makan teka kami pegi mana??? Pergi JPO balik la sebab husband tak beli lagi barang yang dihajati. So kami pusing lagi satu round JPO tu tapi kali ni si kakak & adik dah tak larat nak jala so kami pun sewa la troli budak-budak tu. Mahal gak la kalau yang double seat tu RM50 dan deposit RM200. Nasib baik diorang tak boring duduk atas tu sampai setengah hari...kalau sekejap je duduk dah nak keluar rugi la kan. Petang dalam pukul 5 lebih dah start hujan tapi boleh lagi shopping sebabboleh dikatakan kawasan JPO ni semua berbumbung...maksud saya sepanjang kedai-kedai tu la. Pukul 7 malam kami gerak dari JPO dan masuk highway. Jalan lancar pada awal tu tapi bila nak sampai Seremban jam la pulak. Kami pun berenti makan da solat dulu...lepas tu jalan still jam lagi. Rupanya ada accident tapi tak la teruk. Lepas tu lajulah sikit tapi kami sampai rumah pukul 12 lebih la jugak. Penat tapi seronokkan dapat bawa anak-anak bercuti...nanti kita pegi tempat yang lagi best ok kids?