Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas bersamaan 21 November 2014, saya dan suami berkesempatan untuk menghadiri Hari Anugerah Cemerlang anak sulung kami di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Sebenarnya ini kali pertama Fahim dapat naik pentas sebab sejak masuk sekolah ni tahun 2012 (masa pertengahan tahun), SKBJ mengamalkan KSSR sepenuhnya. Ini bermakna tiada kedudukan dalam kelas, setiap mata pelajaran hanya dinilai melalui 'band' 1 hingga 6. Jadi masa Fahim di Tahun 2 & 3 memang tiada penyampaian hadiah.
Tetapi tahun ini, peperiksaan bermarkah diadakan seperti biasa jadi wujudlah kembali kedudukan dalam kelas dan darjah. Alhamdullilah Fahim berjaya dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 7 daripada 427 orang murid Tahun 4. Bagi saya penting juga kedudukan dalam kelas dan darjah ni sebab dari sini kita boleh tahu prestasi setiap pelajar. Hari Anugerah Cemerlang juga elok diadakan untuk menaikkan semangat para pelajar. Mereka akan rasa usaha mereka dihargai dan tentunya akan berusaha untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi pada tahun hadapan. Ada satu anugerah yang dinamakan 'Lonjakan Saujana' yang diberikan kepada seorang murid di dalam setiap kelas yang menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dari peperiksaan penggal pertama ke penggal kedua. Ini juga sesuatu yang baik kerana ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih.
Semoga Fahim lebih bersemangat untuk mendapat kedudukan yang lebih baik pada tahun hadapan. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Fahim...
No comments:
Post a Comment