Petang Sabtu yang lepas saya dan anak-anak berkesempatan untuk join aktiviti yang diadakan di Rumah Amal Al-Firdaus. Rumah ini menempatkan lebih 20 orang anak-anak yatim dan kesemuanya adalah budak perempuan. Sememangnya sedih tengok budak-budak tu, masih kecil tapi dah kehilangan kasih sayang ibu bapa.
Rumah Al-Firdaus ni terletak di Denai Alam. Petang tersebut kami anjurkan satu majlis pot luck di kalangan ahli kumpulan yang setiap bulan membuat sumbangan kepada rumah anak yatim ni. Alhamdullilah, pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh rakan-rakan, ada goodie bag untuk budak-budak dan persembahan dari clown untuk menghiburkan semua yang hadir. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang berusaha untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Insya-allah tahun depan kita boleh buat lagi:)
Semua setia tunggu belon dari clown |
Magic show |
Game balut jadi mumia |
Comel-comel anak-anak Al-Firdaus |
Cantik je balutan dua budak ni |
No comments:
Post a Comment