Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Saturday, 22 November 2014

Kebaikan bawang putih

Assalamualaikum

Di pagi yang dingin ni saya nak share kebaikan Garlic Complex yang tak berapa famous tapi sebenarnya banyak kelebihan. Mungkin ramai yang kurang tahu fungsi dan kebaikannya jadi hari ni mari kita sama-sama tambah sedikit ilmu tentang bawang putih ni. Seperti yang kita sedia maklum, bawang putih memang tak asing lagi dalam masakan dan ada juga yang suka jadikannya ulam untuk makan dengan nasi.

Kelebihan bawang putih:

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar  
Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser 
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Anti-virus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin 
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Miningkatkan Sistem Imunisasi

Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Anti-inflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Melindungi Tanaman

Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam? Hama sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.

Membantu Sistem Pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh

Kandungan di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut

Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Membersihkan Jerawat
Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.




Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment