Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Friday, 14 November 2014

Analogi sebuah rumah dengan Ostematrix

Assalamualaikum

Tadi saya teringat satu perkara yang saya belajar masa hadiri Bengkel Nutrisi Ahad lepas. Rasa nak kongsi dengan anda semua supaya kita semua faham apa fungsi setiap bahan dalam Ostematrix. Ramai yang sedia maklum Ostematrix ni kalpet kalsium yang mudah untuk diambil untuk melengkapkan keperluan kalsium harian kita. Tak semua orang suka minum susu atau ambil produk yang kaya dengan kalsium seperti keju, yogurt, sayuran hijau, salmon, kacang soya, oat dan tofu. Jom kita tengok berapa banyak keperluan kalsium seseorang mengikut peringkat umur.


Jadi anda di kategori mana? Apakah gejala yang akan terjadi jika seseorang kekurangan kalsium? Anda boleh check jika anda ada mana-mana tanda seperti di bawah.
  • Badan mudah mengalami masalah kekejangan atau kebas-kebas
  • Sering mengalami sembelit
  • Mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam
  • Sering mengalami sakit dan lenguh pada bahagian pinggang
  • Emosi tidak stabil dan mudah naik angin
  • Proses pembekuan darah dan penyembuhan luka sangat lambat
  • Menyukarkan pembentukan tisu kolagen, ia boleh membawa kepada masalah arthritis
  • Merendahkan kadar metabolisme dalam badan
  • Boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, 'lemau', tidak bersemangat dan cepat letih
  • Risiko mendapat masalah tulang reput (osteoporosis) sangat tinggi
Okey, berbalik kepada analogi yang saya nak kaitkan dengan Ostematrix. Dalam Ostematrix ada lima bahan utama iaitu kalsium, magnesium, vitamin d, boron dan mangan, tembaga, zink. Bayangkan anda hendak membuat sebuah rumah...

Kalsium
- umpama batu bata yang akan digunakan untuk membuat dinding rumah.

Magnesium
- simen yang digunakan untuk mencantumkan batu bata dan menjadikan dinding rumah tersebut lebih cantik.
- Ini bermakna magnesium sangat penting untuk mencantumkan kalsium dalam tulang.

Vitamin D
- umpama pintu dan tingkap rumah yang terbuka.
- vitamin d membuka pintu untuk meningkatkan penyerapan kalsium di dalam badan.
- jika kalsium yang diambil tiada vitamin d, penyerapan yang sempura tidak akan berlaku.

Boron
- umpama supervisor/mandur kepada kontraktor yang membuat rumah tersebut. 
- memastikan agar semua menjalankan tugas masing-masing dengan lebih efisien.

Mangan, tembaga & zink
- umpama kontraktor yang membuat rumah.
- ketiga-tiganya membantu enzim untuk penghasilan kalsium.

Haaa...sekarang jelas tak kenapa kesemua bahan di atas perlu diambil bersama kalsium? Kalsium juga lebih elok diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana penyerapan kalsium bergantung kepada kekerapan kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke tandas, jadi tubuh dapat menyerap kalsium lebih banyak. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan dan pada jam yang ke-empat penyerapan kalsium berada di tahap yang paling optimum.



Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com


No comments:

Post a Comment