Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Thursday, 20 November 2014

Hari Ihtifal Genius Aulad dan Sri Iqra' Al-Hafiz

Assalamualaikum

Rindunya nak berblogging...banyak cerita yang tak berupdate lagi ni. Line internet kat rumah ni ada masalah sikit sejak hari Isnin lepas. Masalahnya tak tau kenapa tetiba bil internet jadi sampai rm600 lebih...padahal memang tak miss bayar pun tiap-tiap bulan. Dari hari Selasa husband call Maxis Home, tengah hari tadi barulah masalah settle. Haaa...nilah masa yang terluang untuk update blog kesayangan ni hehehe...

Sebenarnya setiap weekend di bulan November ni ada saja aktiviti/majlis yang kami kena buat atau attend. Memang tiap-tiap Sabtu Ahad mesti tak lekat kat rumah. Weekend lepas pulak hari Sabtu ada Hari Ihtifal Genius Aulad yang diadakan di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam. Adik dan kakak belumlah graduate lagi sebab baru 4 dan 5 tahun. Tapi diorang involved dalam konsert kelas masing-masing. Kelas kakak buat coral speaking tajuk 'Siti Hajar and Nabi Ismail'. Sebelum ni dia ada la menghafal skrip tu kat rumah tapi bila tengok show hari ni impressed la jugak sebab bukan setakat nak hafal skrip, diorang kena ikut lagu lepas tu kena stop buat a few actions pulak. Kelas adik pulak buat show pasal 'The Obidient Bee'. Comel tengok budak-budak 4 tahun ni atas stage. Rasa bangga juga dengan diorang berdua ni sebab eventhough ni first time buat show depan orang ramai tapi nampak confident je. Good job anak-anak mama. Gambar tak banyak pun sebab husband banyak ambil video.

Kakak berbaju purple

Coral speaking kelas 5 tahun

Adik happy je atas pentas

Adik dan kawan-kawan

Adik with her best buddies Arisa & Airis

Hari Ahad pagi pula ada Hari Ihtifal sekolah agama si abang, Sri Iqra' Al-Hafiz. Majlis diadakan di dewan Masjid Bukit Jelutong. Senang la sikit sebab dekat dengan rumah...pukul 8.20 pagi kami pun sampai. Alhamdullilah tahun ni Fahim dapat nombor satu dalam kelas dan dalam aliran jadi dia dapat anugerah Mumtaz dan Imtiyaz. Alhamdullilah Fahim dapat kekalkan kedudukan tahun lepas. Selain daripada itu, Fahim dapat terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Tauhid/Fekah. Tahniah Fahim...moga dapat kekalkan kedudukan tahun hadapan...insya-allah you can do it!

Baru sampai Masjid Tengku Ampuan Jemaah

Anugerah Imtiyaz dari Ustazah Hairina

Anugerah mata pelajaran terbaik

Tahniah Abang Fahim!

Tahniah anak-anak semua. Tahun hadapan kita usaha lebih lagi ok. Semoga anak-anak mama berjaya dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment