Hari Ahad lepas saya dapat menghadiri Bengkel Nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee di Home Office, Sunway Pinnacle. Ini kali pertama saya join bengkel satu hari dari pukul 10 pagi sampai 5 petang. Banyak sangat info yang menarik bila join Bengkel Nutrisi ni rupanya. Saya belajar tetang semua vitamin dan suplemen Shaklee dan dapat tahu fakta-fakta penting tentang setiap produk.
Bengkel diterajui oleh nutritionist Shaklee iaitu Nurul Hidayah. Kami menerima sebuah buku tentang produk dan boleh mengisi tempat kosong semasa slide ditunjukkan dan semasa penerangan diberikan. Sepanjang kelas berlangsung, ada jugak diselit game tentang produk dan semestinya siapa yang dapat jawab mendapat hadiah. Pukul 12.30 tengah hari kami dibawa ke sebuah restoran makanan dari Yaman iaitu Restoran Marhaba, lima minit jalan kaki dari bangunan Pinnacle. Kami dijamu nasi arab yang sedap dan portionnya sangatlah besar...boleh kongsi dua orang patutnya. Alhamdullilah...kenyang!
Kelas disambung semula pada pukul 2.20 petang lepas kami siap tunaikan solat. Kami teruskan lagi tentang produk-produk seterusnya dan selepas itu kami diberikan satu ujian...25 soalan objektif. Akhir sekali macam biasalah dapat sijil yag mengesahkan kami dah hadiri bengkel tu. Banyak ilmu bermanfaat yang saya dapat dan lepas ni bolehlah kongsi dengan customer tersayang. Terima kasih Master Azlin tumpangkan pergi dan balik:)
Buku nota |
Nurul Hidayah, Nutritionist Shaklee |
Besar portionnya...setengah ekor ayam |
Peserta yang hadir |
Sebelum start bengkel |
Success Supermommies |
Sijil dan hadiah sebab dapat antara markah tertinggi |
No comments:
Post a Comment