Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday, 28 May 2014

Ber'bowling' dengan jiran tetangga

Assalamualaikum


Hari ni nak bercerita tentang entry tertangguh...kejadian yang berlaku pada 18 May yang lepas. Macam kes apa je kan ada 'kejadian' bagai hehehe. Sebenarnya pada hari tersebut saya dan 18 keluarga lain (jiran-jiran Denai ni) ada pertandingan bowling. Kami buat dekat Wangsa Bowl di Setia City Mall. Ni kira macam acara tahunan la di samping banyak lagi aktiviti lain yang dijalankan untuk merapatkan ukhwah sesama kami. Memang best dan meriah sangat event hari tu...geng mak bapak satu group ada dua couple. Geng anak-anak pun ada group diorang sendiri. Jom layan gambar dulu...

My kids...si Abang je yang main

Fahim & his geng

My team...with Intan & Hazlan

The kids

Kaum ibu ber'monopod'

Kek yang disediakan oleh one of the members
Secara ringkasnya, peserta sampai dalam pukul 9.45 pagi. Pastu breakfast dulu...ada disediakan nasi lemak dan kuih-muih. Game start lebih kurang pukul 10.20...nak start tepat pukul 10 as planned memang tak dapat la hehehe...Semua group main 2 game dan habis kurang dua jam. Lepas tu continue makan kejap disulam dengan tukar-tukar gift between families. Selasai acara tu baru la umumkan nama para pemenang pelbagai kategori. Kumpulan kami diberi nama 'Fantastic 4' tak menang dan tak kalah...tengan-tengah gitew. Ok la jugak sebab dah 12 tahun tak main bowling ni...yang penting tak dapat gelaran 'Ratu Longkang'. Tapi yang paling seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan meriah dengan sorakan jiran-jiran yang sporting...we had soooo much fun!

Next year kita buat lagi yer...maybe lagi ramai boleh join:)



Tuesday, 27 May 2014

Set resdung yang berkesan

Assalamualaikum

Dah beberapa hari tak update blog...memang banyak sangat benda yang nak buat dan weekend baru-baru ni memang pack sangat. Hari ni baru la boleh bernafas hehehe...

Anda tak tahu yang anda ada resdung? Senang saja kalau pagi-pagi mandi air sejuk lepas tu selalu bersin, itu adalah antara tanda anda ada resdung. Selain daripada tu kalau makan masakan yang ada belacan lepas tu gatal-gatal hidung...itupun tanda-tanda resdung jugak...antara tanda-tanda lain adalah:
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Gatal-gatal di kawasan mata, hidung, muka dan telinga
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Kebanyakan dari kita memandang remeh masalah resdung ni. Tapi kena ingat ye kalau dibiarkan berlarutan boleh membahayakan kesihatan dan membawa maut. Antara alternatif yang anda ada selain makan ubat adalah mengambil vitamin atau suplemen. Shaklee turut menawarkan kombinasi set yang boleh membantu masalah resdung. Jom kita tengok dulu jenis vitamin dan fungsi-fungsinya...


Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vita C Sustained Release
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jadi kepada mereka yang ada masalah resdung, jangan teragak-agak untuk mencuba set ni. Vitamin Shaklee diperbuat dari bahan semulajadi dan berkesan jika diambil mengikut cara yang betul. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 21 May 2014

Reunion on Labour Day

Assalamualaikum

Haaa...dah 20 hari berlalu baru nak update pasal reunion aritu...ampun ye! Actually geng sekolah menengah buat reunion on 1st May aritu kat TGIF Alamanda. Dah lama gak la tak buat reunion nih...kali ni yang berjaya hadirkan diri dalam 50% daripada total of our batch. Kira ok la kan. So activitinya kitorang buat birthday celebration for those yang lahir pada bulan Mei, exchange gifts, lucky draw, borak-borak, berselfie dan ambil group photo. Jom layan gambar dulu...

Ni kelas sesama masa F4 & F5

Ni geng rumah sukan & dorm sama...Shine On Sapphire!
Semua yang hadir pada hari itew

Lepas makan jangan lupa bergambar..hehe
Inilah kengkawan yang sama-sama susah dan senang masa kat boarding school dulu. Bayangkalah dari umur 13-17 tahun hidup bersama...makan sekali, belajar sekali, tidur sekali...banyak lagilah...memang rapat dan dah anggap macam adik-beradik. Kalau nak ingat pengalaman pahit manis 5 tahun kat asrama tu memang banyak sangat. Tapi sampai sekarang semua pengalaman tu lah yang paling manis dan tersemat dalam jiwa. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan sampai bila-bila.

Hari tu saya pergi dengan 3 rakan lain...kami car pool je senang. Sampai area Kota Damansara dalam pukul 4 lebih. One of our friend, Muna ajak minum kat salah satu restoren kat situ...layan...

Tea time @Wood and Steel
From left: Muna, Emi, Nazlin & Me
Thank you to the organizing team. Next year we are planning for our Grand Reunion. Hope ramai yang boleh datang and make the get together the most memorable one!

Once SSPian, forever SSPian...

Monday, 19 May 2014

Monday blues?

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Apa aktiviti anda sekeluarga hari Sabtu & Ahad lepas? Bagi saya hari Sabtu tak kemana-mana...just stay kat rumah buat revision dengan anak sulung yang bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun sekolah Iqra yang bermula hari ni. Pagi Ahad pula kami ada pertandingan bowling dengan jiran-jiran di kawasan sini. Memang best & happening! Nanti saya update pasal bowling tournament tu dan boleh letak gambar sekali. 

Jadi hari ni rutin kembali seperti biasa kan? Yang keluar bekerja tu perlulah bersiap awal pagi dan pergi ke pejabat. Siapa yang rumah dekat dengan pejabat tu memang la best...tak perlu nak tempuh jam lama-lama. Ramai yang rasa hari Isnin ni tak best sebab baru nak mulakan minggu dan lambat lagi nak sampai next weekend. Kalau anda rasa setiap hari Isnin adalah hari yang tidak menyeronokkan untuk memulakan kerja, cuba check balik kenapa? 


Adakah anda tak suka environment di pejabat? 
Adakah anda tak suka pada bos atau rakan sekerja? 
Adakah kerja terlalu banyak? 
Adakah anda tertindas di tempat kerja?
Adakah anda sudah bosan dengan rutin kerja harian?

Jika anda berkata 'YA' pada dua atau lebih daripada soalan-soalan di atas, anda memang perlu melakukan sesuatu. Samada anda perlu intai kerja di tempat lain atau cari sesuatu yang anda suka. Takkan selama-lamanya nak buat kerja yang kita tak sukakan? Yang kita dapat hanya penat dan stress je. 

Bagi yang sedang mengintai bisnes apa yang nak dimulakan dengon modal yang kecil tapi hasil yang besar (bergantung pada usaha masing-masing ye), boleh mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Apa yang menarik? 

1. Produk Shaklee memang terbukti berkesan, selamat dan yang penting halal.
2. Produk Shaklee telah diketahui ramai jadi permintaan sentiasa ada.
3. Shaklee menawarkan tiga jenis bonus iaitu cash, car bonus dan convention (percutian) bertaraf 6 bintang.

Kepada yang berminat dan nak rasa 'everyday is Sunday' dan tiada lagi 'Monday blues', boleh hubungi saya. insya-allah anda akan dibimbing sehingga berjaya...yang penting anda sendiri ada semangat yang kuat dan keiginan yang tebal untuk berjaya.

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 15 May 2014

Kenapa Omega-3 penting untuk kurus?

Assalamualaikum

Kenapa dalam Set Kurus Shaklee ada Omega Guard? Seperti yang kita tahu, Omega Guard adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling tinggi yang penting dalam proses untuk turunkan berat badan. 

Jika anda mahu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih mudah, pastikan anda memasukkan sumber asid lemak omega-3 dalam diet harian.

Terdapat kajian mengenai banyak faedah omega-3, terutamanya yang melibatkan omega-3 dan penurunan berat badan. Seperti yang anda akan ketahui nanti, asid lemak Omega-3 tidak hanya membantu sebaliknya mereka lebih diperlukan dalam pembakaran lemak dan berat badan.

Kenapa?

Kerana asid lemak omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk fisiologi normal tubuh badan kita. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 sendiri, jadi kita perlu mendapatkan mereka daripada makanan atau makanan tambahan.

Omega-3 dan Manfaat kepada Berat Badan:
  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat
  • Asid lemak Omega-3 menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan
  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati 
Jadi sekarang anda dah tahu bagaimana asid lemak Omega-3 dalam Omega Guard berkesan untuk menurunkan berat badan. Pastikan juga Omega Guard termasuk dalam diet harian anda!

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Wednesday, 14 May 2014

Carotomax vitamin untuk mata

Assalamualaikum

Penting ke nak ambil vitamin untuk mata? Pada saya sangat penting sebab mata adalah salah satu organ yang banyak digunakan . Selagi tak lelapkan mata, selagi tu la khidmat mata diperlukan dalam kehidupan seharian. Jadi seelok-eloknya ambil vitamin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang seharian mengadap komputer di ofis, yang mempunyai masalah mata seperti rabun, silau atau katarak. Mata yang selalu kering pun elok ambil Carotomax ni.



Jom kenal Carotomax dulu...

CAROTOMAX adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoid? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.



MANFAAT UTAMA:
1) Lebih selamat daripada Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksin kepada badan.Walau bagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.

2) Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia memperbaiki masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam),rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters,eye bag dan gegelung hitam mata.

3) Meredakan penyakit kulit- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis, senile palgue, kulit kering dan jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies (kudis buta) ,jerawat dan ulser kulit.

4) Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.

5) Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

6) Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru, hepatitis, ashtma,demam dan selsema.

Sebenarnya Carotomax bukan hanya baik untuk mata yang sihat malah lebih dari itu. Satu lagi...Carotomax ni memang 'hot item'. Bila stok baru keluar 2-3 hari je habis licin...siapa yang lambat tu memang tak dapat la nak beli.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Sunday, 11 May 2014

Set kehamilan pilihan ramai

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni ramai betul ibu-ibu mengandung yang mengambil set hamil Shaklee dan ramai jugak yang bagi feedback macam ni

'Saya rasa lain la pregnant kali ni bila consume set hamil Shaklee. Tak penat macam masa pregnant anak sulung dulu'

'Tiap-tiap kali check-up kat klinik doktor cakap HB cantik je'

'Nasib baik jumpa Shaklee, kalau tidak time awal pregnant je mesti lemah tak bermaya'

Waaahhhh...seronoknya ibu-ibu mengandung ni bila ambil set Shaklee kan? Empat tahun dulu saya masih belum kenal Shaklee walaupun dah lama Shaklee bertapak di Malaysia. Kalau tidak bole consume Shaklee masa pregnant anak bongsu. Sebelum ni mana ada orang promote Shaklee kat internet melalui blog dan FB jadi susah sikit la nak dapat info kan? Sekarang ni blog pasal produk Shaklee tumbuh bak cendawan la pulak hik...hik

Jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam set hamil ni. Apa yang sangat membantu kaum ibu kekal cergas dan bersemangat sepanjang tempoh kehamilan.



Apakah kelebihan yang terdapat pada Set Kehamilan Shaklee?
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Asid folik jga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok.
  • Vita-Lea mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan.
  • Vita C Sustained Release yang mencukupi akan membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita C bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 
  • Omega Guard mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi. Ibu boleh mula mengambil Omega pada trimester kedua.
  • Kalsium adalah salah satu mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix adalah kalsium-magnesium yang membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah si ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil.
  • Juga membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
  • ESP adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
Bila ibu sihat dan gembira menjalani tempoh kehamilan, baby kat dalam tu pun happy je. Anda sepatutnya menikmati setiap detik sepanjang tempoh 9 bulan itu dengan penuh kebahagiaan...pilihlah suplemen yang dapat membantu anda dan bayi mencapai tahap kesihatan yang optimum. Yang paling penting pilih yang selamat dan berkesan...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Saturday, 10 May 2014

Vitamin cinta...

Assalamualaikum

Ada vitamin untuk menyemarakkan cinta? Ingat hanya ada 'ubat kuat' yang banyak di pasaran sekarang ni saja. Jangan terkejut ye, Shaklee pun ada 'vitamin cinta' yang bukan saja dapat membantu pasangan yang mengalami kedinginan malah mereka yang mengamalkannya mendapat pelbagai lagi khasiat dan kebaikan.

Pasangan merupakan sahabat, kawan, kekasih dan tempat berkongsi suka dan duka. Jadi jangan disebabkan penat dan stress dengan tugasan harian kita 'hilang mood' untuk bersama dengan pasangan. Mula-mula mungkin tak memberi kesan tapi bagaimana jika masalah ini berlarutan?

Anda perlu bertindak segera dan jangan membiarkan masalah ini berpanjangan. Apa yang anda perlukan hanyalah dua botol vitamin yang amat membantu dan dapat membantu masalah anda. Mari kita lihat dulu apa fungsi kedua-dua vitamin cinta ni...


Alfalfa & Vita E
VITA E COMPLEX 
➡ Memberi lebih tenaga
➡ Ereksi yang lebih lama
➡ Lebih cepat terangsang
➡ Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
➡ Meningkatkan kesuburan
➡ Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi
➡ Melancarkan aliran darah
➡ Sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome"

LAGI KELEBIHAN VITA E
➡ Antioksidan yang hebat
➡ Menyihatkan jantung
➡ Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
➡ Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
➡ Meningkatkan prestasi atlit
➡ Mengendurkan otot kaki dari kekejangan

ALFALFA COMPLEX
➡ Membantu mengurangkan masalah "kering ketika bersama'
➡ Membantu mengurangkan masalah keputihan wanita
➡ Membantu memperhebatkan khazanah wanita.
➡ Membantu detoks dan membantu mengurangkan sembelit (jika ada)
➡ Membantu badan rasa ringan dan bertenaga
➡ Meningkatkan stamina
➡ Bertindak seperti kacip fatimah

LAGI KELEBIHAN ALFALFA
➡ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
➡ Membuang angin dalam badan (toksin punca angin berlebihan dalam badan)
➡ Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
➡ Melegakan elergi dan ekzema
➡ Meneutralkan asid dalam badan (kealkalian yang tinggi)
➡ Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau


Atasi masalah anda secepat mungkin...berikan yang terbaik kepada pasangan anda!


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Friday, 9 May 2014

Sukar hamil?

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga semua sihat sejahtera di hari Jummat yang penuh barakah ni. Selepas berkahwin ramai yang inginkan zuriat tetapi semua itu adalah ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, doa dan tawakal. Tapi ada yang hanya berserah kepada takdir apabila dah lama menanti tapi masih belum dikurniakan zuriat. Patut ke macam tu?

Di zaman yang serba moden dan canggih ni pelbagai alternatif yang boleh diambil oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak. Dari cara yang murah hinggalah kepada rawatan yang berpuluh ribu ringgit. Jadi kita boleh cuba berlandaskan cara yang kita suka dan budget yang kita ada. Insya-allah Tuhan tu maha penyayang dan maha mendengar...

Hari ni saya suka nak berkongsi tentang Set Kesuburan Shaklee yang alhamdullilah telah banyak membantu pasangan yang inginkan zuriat sendiri. Ada yang ambil 1-2 bulan sudah mendapat hasil tak kurang juga ramai yang konsisten selama beberapa bulan dapat hasil yang positif.

Set Kesuburan Shaklee bukan hanya untuk wanita tetapi lelaki pun mainkan peranan juga. Kalau kedua-dua pasangan sihat dan subur baru la senang persenyawaan berlaku. Set Kesuburan ni pun ada dua kategori iaitu basic set dan full set. Kenapa macam tu? Sebenarnya saya akan cadangkan set tertentu mengikut keperluan dan budget pelanggan. Sebab tu semua orang mampu guna produk Shaklee dan ia sebenarnya tak mahal kerana sesetengah vitamin tu boleh tahan sehingga 4-6 bulan.
Set Kesuburan paling basic

Set Kesuburan budget sederhana 

Set Kesuburan lengkap

VITAMIN ASAS UNTUK SUAMI ISTERI

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

VITALEA
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri terlebih dahulu supaya berada pada tahap kesihatan yang terbaik.

VITAMIN C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita -C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

B-COMPLEX
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

VITAMIN KESUBURAN UNTUK SUAMI

VITAMIN E
Terkenal sebagai 'vitamin cinta'. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA), ianya amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, kandungan Selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual yang lebih baik bagi lelaki.

ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif berenang menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.

VITAMIN KESUBURAN UNTUK ISTERI

GLA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, Tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

ALFALFA COMPLEX
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Jadi sebenarya amat penting untuk suami dan isteri berada dalam keadaan yang sihat sebelum perseyawaan berlaku. Semua vitamin di atas dapat membantu anda mencapai kesihatan yang optimum dan membantu tingkatkan peratus untuk hamil. Apa yang penting adalah cara pegambilan yang betul dan istiqamah dalam pengambilannya. Insya-allah hasrat anda untuk mendapat zuriat akan kesampaian. Kita usaha Allah menentukannya...

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi mengenai set yang sesuai...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 8 May 2014

Protein penting untuk nak kurus?

Assalamualaikum...

Siapa dalam proses nak turunkan berat badan? Ni nak bagi satu tip yang penting ok. Pengambilan protein yang mencukupi mampu membantu ada kurangkan berat badan dengan berkesan. Jom baca artikel ni kalau nak tahu bagaimana protein membantu anda untuk kurus...

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak. Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita. Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita. Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita..

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana. Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat.  Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang juga dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.


Jadi sekarang kita dah tahu bagaimana protein dapat membantu mengurangkan berat badan. Kalau anda rasa pengambilan protein tidak mencukupi, Shaklee ada menawarkan produk berasaskan protein soya iaitu ESP dan Cinch Shake. Nanti kita cerita lebih lanjut lagi ye...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Tuesday, 6 May 2014

ESP...all time favourite!

Assalamualaikum


Setakat hari ni tak pernah lagi saya kongsi tentang ESP kan? Jom hari ni saya nak beritahu anda semua kenapa ESP sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap masa. Mula-mula kita berkenalan dulu dengan ESP ni...orang kata tak kenal maka tak cinta. Betul tak?

ESP telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu yang rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah 'energy booster yang boleh bertahan selama berjam-jam.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur samada tua atau muda.

Protein kacang soya adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur dan 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.



Kelebihan & kebaikan ESP:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada asid amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit, anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuatkan otot sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.


4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovari serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.


Haaaa...dah kenalkan ESP dan tahu kebaikan-kebaikan dia. ESP ni sebenarnya bukan untuk tenaga dan kulit saja tapi banyak lagi manfaat lain. Orang kata macam 'all in one' sebab ESP ada pelbagai fungsi. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba tu elok la cuba secepat mungkin...anda pasti jatuh cinta...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Monday, 5 May 2014

Mighty 3 Gems?

Assalamualaikum

Pernah tak anda dengar Mighty 3 Gems? Waaah...apa pulak ni ye? Ok hari ni saya nak kongsi tentang set ni yang sangat popular terutamanya apabila menjelang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun dah tak lama lagi dan sekarang ni ramai yang tengah berpuasa ganti. Maklumlah sekarang dan pun masuk bulan Rejab bermakna tak sampai 2 bulan lagi kita nak menghampiri bulan Ramadhan.

Sebenarnya Set Mighty 3 Gems ni bukan hanya sesuai untuk yang berpuasa, kalau setiap pagi nak dijadikan sarapan segera pun boleh. Biasalah kan sibuk siapkan anak-anak lepas tu nak bergegas ke ofis pulak, selalu tak sempat nak sarapan. Tahu tak kalau orang yang selalu tak ambil sarapan akan cepat bertambah berat badan? Haaa...sebab itulah walau sesibuk mana pun kita sarapan tu adalah perkara yang WAJIB diambil. Jadi set ni memang sesuai sangat untuk mereka yang selalu nak cepat dan nak sarapan yang mudah tapi berkhasiat.

Untuk bulan Ramadhan, set ni  sesuai untuk mereka yang tak lalu nak makan masa sahur, budak-budak yang baru belajar berpuasa, ibu mengandung yang ingin meneruskan puasa dan ibu yang masih menyusukan anak.
Terdapat 3 jenis produk dalam set ini iaitu Mealshakes, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshakes dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran para atlit untuk kekal bertenaga. Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan ibu menyusu yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.


Jadi kesimpulannya...semua golongan boleh ambil set Mighty 3 Gems ni dan bukan di bulan puasa saja ye. Jadikan ianya sarapan 'on the go' anda dan dapatkan khasiat yang lengkap dan terbaik.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com



Saturday, 3 May 2014

Herb-lax ejen detoks terbaik

Assalamualaikum...

Makan apa malam ni? Hari ni nak kongsi tentang produk Shaklee yang sesuai untuk detoks. Kenapa nak detoks? Haaaa...jom kita tengok dulu detoks tu apa maknanya?


Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau suplemen supaya tahap penyerapan nutrien berada pada kadar yang paling optimum.

Jadi sesiapa yang tak pernah detoks tu boleh la cuba Herb-lax ni...yang penting apa-apa suplemen yang kita ambil pun akan lebih berkesan bila usus kita dah bersih.

Apa itu Herb-lax?

Herb-lax merupakan julap lembut yang membantu membersihkan usus. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 jenis herba semulajadi:


# Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
# Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
# Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
# Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
# Anise Seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
# Rhubarb Root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotic.
# Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
# Culver’s Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
# Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.


Kebaikan Herb-Lax
  • pembersihan najis yang tersekat.
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • membantu masalah sembelit.
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • mengempiskan perut.
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.
Siapakah yang perlu amalkan Herb-Lax ?
  1. pengamal tegar ubat tahan sakit.
  2. mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  3. mereka yang banyak jerawat
  4. pesakit gout
  5. mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen
Lepas ambil Herb-lax ni, perut pun rasa lebih kempis dan badan pun lebih ringan. Cuba dulu baru dapat rasa perbezaannya...

Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

Thursday, 1 May 2014

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua para pekerja di luar sana. Bagi WAHM (Work At Home Mum) seperti saya, walaupun kami tidak bekerja di ofis tapi saya rasa kami pun patut meraikan Hari Pekerja. Bekerja sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri....itu yang best! Jadi, apakah aktiviti anda hari ini?

Saya  dan rakan-rakan sekolah menengah (SSP) mengadakan mini reunion di Alamanda Putrajaya. Lebih kurang 40 orang berkumpul dan ini merangkumi lebih kurang 50% daripada jumlah keseluruhan batch kami. Ada yang sanggup datang dari Johor, Kuantan dan Melaka. Seronok sangat dapat bertemu semula rakan-rakan sekolah dan ada 3-4 orang tu memang tak pernah jumpa sejak keluar dari sekolah 19 tahun dulu. Tapi kebanyakan dari mereka memang sama saja muka macam masa sekolah dulu. Awet muda??? Nanti saya kongsikan gambar di lain entry ok.

Jadi bila masuk bulan baru, Shaklee pun mesti ada promotion baru. Pagi tadi ramai yang berteka-teki apakah promo Shaklee untuk bulan ni. Siapa yang nak teka???
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
It's MEALSHAKES....

Ok nanti saya sambung lagi cerita tentang reunion dan Mealshakes ni...good nite!