Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Thursday, 8 May 2014

Protein penting untuk nak kurus?

Assalamualaikum...

Siapa dalam proses nak turunkan berat badan? Ni nak bagi satu tip yang penting ok. Pengambilan protein yang mencukupi mampu membantu ada kurangkan berat badan dengan berkesan. Jom baca artikel ni kalau nak tahu bagaimana protein membantu anda untuk kurus...

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak. Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita. Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita. Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita..

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana. Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat.  Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang juga dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.


Jadi sekarang kita dah tahu bagaimana protein dapat membantu mengurangkan berat badan. Kalau anda rasa pengambilan protein tidak mencukupi, Shaklee ada menawarkan produk berasaskan protein soya iaitu ESP dan Cinch Shake. Nanti kita cerita lebih lanjut lagi ye...


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

No comments:

Post a Comment