Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday, 14 May 2014

Carotomax vitamin untuk mata

Assalamualaikum

Penting ke nak ambil vitamin untuk mata? Pada saya sangat penting sebab mata adalah salah satu organ yang banyak digunakan . Selagi tak lelapkan mata, selagi tu la khidmat mata diperlukan dalam kehidupan seharian. Jadi seelok-eloknya ambil vitamin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang seharian mengadap komputer di ofis, yang mempunyai masalah mata seperti rabun, silau atau katarak. Mata yang selalu kering pun elok ambil Carotomax ni.



Jom kenal Carotomax dulu...

CAROTOMAX adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene dan zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoid? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.



MANFAAT UTAMA:
1) Lebih selamat daripada Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksin kepada badan.Walau bagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932 satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya.

2) Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia memperbaiki masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam),rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters,eye bag dan gegelung hitam mata.

3) Meredakan penyakit kulit- Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis, senile palgue, kulit kering dan jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies (kudis buta) ,jerawat dan ulser kulit.

4) Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.

5) Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

6) Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru, hepatitis, ashtma,demam dan selsema.

Sebenarnya Carotomax bukan hanya baik untuk mata yang sihat malah lebih dari itu. Satu lagi...Carotomax ni memang 'hot item'. Bila stok baru keluar 2-3 hari je habis licin...siapa yang lambat tu memang tak dapat la nak beli.


Asmin Fahmi
012-7747857
FB: Asmin AG
FB Page: Alam Wellness
Email: asmin.fahmi@gmail.com

1 comment:

  1. Salam perkenalan juga buat Asmin.... Saya pun ahli Shaklee. Good luck for you....

    ReplyDelete