Hi! I'm your trusted Shaklee Independent Distributor

Dapatkan konsultasi percuma dan cara pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee yang betul dari saya. Cash on delivery (COD) area Denai Alam, Bukit Subang, Bukit Jelutong, Subang Bestari, Subang 2 & Kota Damansara. Penghantaran melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia.

Wednesday, 28 May 2014

Ber'bowling' dengan jiran tetangga

Assalamualaikum


Hari ni nak bercerita tentang entry tertangguh...kejadian yang berlaku pada 18 May yang lepas. Macam kes apa je kan ada 'kejadian' bagai hehehe. Sebenarnya pada hari tersebut saya dan 18 keluarga lain (jiran-jiran Denai ni) ada pertandingan bowling. Kami buat dekat Wangsa Bowl di Setia City Mall. Ni kira macam acara tahunan la di samping banyak lagi aktiviti lain yang dijalankan untuk merapatkan ukhwah sesama kami. Memang best dan meriah sangat event hari tu...geng mak bapak satu group ada dua couple. Geng anak-anak pun ada group diorang sendiri. Jom layan gambar dulu...

My kids...si Abang je yang main

Fahim & his geng

My team...with Intan & Hazlan

The kids

Kaum ibu ber'monopod'

Kek yang disediakan oleh one of the members
Secara ringkasnya, peserta sampai dalam pukul 9.45 pagi. Pastu breakfast dulu...ada disediakan nasi lemak dan kuih-muih. Game start lebih kurang pukul 10.20...nak start tepat pukul 10 as planned memang tak dapat la hehehe...Semua group main 2 game dan habis kurang dua jam. Lepas tu continue makan kejap disulam dengan tukar-tukar gift between families. Selasai acara tu baru la umumkan nama para pemenang pelbagai kategori. Kumpulan kami diberi nama 'Fantastic 4' tak menang dan tak kalah...tengan-tengah gitew. Ok la jugak sebab dah 12 tahun tak main bowling ni...yang penting tak dapat gelaran 'Ratu Longkang'. Tapi yang paling seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan meriah dengan sorakan jiran-jiran yang sporting...we had soooo much fun!

Next year kita buat lagi yer...maybe lagi ramai boleh join:)



1 comment: